❀BBM berbentuk elektronik seperti OHP, slaid, radio, televisyen, VCR dan komputer yang berperanan memodenkan proses PdPc serta meningkatkan keberkesanan penyampaian guru. Dalam konteks semasa, penggunaan BBM elektronik juga terbukti relevan melalui kajian Julianah Elman et al. (2023), yang mendapati guru pelatih kerap menggunakan platform interaktif seperti Wordwall, Kahoot, dan Quizizz semasa sesi PdPR. Penggunaan bahan digital berasaskan permainan ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi turut menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran tatabahasa.