Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
FAKTOR FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA - Coggle Diagram
FAKTOR FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA
ancaman dan pengaruh komunis
tujuan Pembentukan Malaysia adalah :
menghalang penyebaran ideologi komunis terutamanya di :
Singapura
Sarawak
Singapura dilihat sebagai kubu komunis
berpotensi mengancam keselamatan Persekutuan Tanah Melayu
Dengan penyertaan Singapura dan Wilayah Borneo
dapat menjadi benteng yang kukuh
melemahkan pengaruh komunis
Dekolonisasi British
Pembentukan Malaysia
selaras dengan dasar dekolonisasi British
memberi kemerdekaan kepada tanah jajahan
British mahu negeri negeri kecil seperti
sabah dan serawak
diberi kemerdekaan
memastikan kestabilan politik serantau
kepentingan British terus terkawal
Keseimbangan kaum
Tunku Abdul Rahman bimbang jika hanya Singapura menyertai Persekutuan Tanah Melayu
ia akan menggugat keseimbangan komposisi kaum kerana majoriti penduduk Singapura adalah kaum Cina
Kemasukan Sabah dan Sarawak yang mempunyai majoriti kaum Bumiputera (termasuk Melayu)
mengimbangi semula jumlah kaum dan mengekalkan kedudukan kaum Bumiputera sebagai kumpulan terbesar.
Kerjasama dan Perkembangan Ekonomi
Pembentukan Malaysia akan mewujudkan pasaran yang lebih luas untuk menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian.
kerjasama ekonomi serantau bagi Memanfaatkan sumber yang sedia ada, seperti bijih timah dan getah dari Tanah Melayu, serta sumber balak dan minyak dari Sabah dan Sarawak/Brunei (sebelum Brunei menarik diri).
Mempercepatkan Kemerdekaan
Bagi negeri-negeri yang masih di bawah penjajahan British seperti Singapura, Sabah, dan Sarawak, penyertaan dalam Malaysia dilihat sebagai jalan untuk mempercepatkan proses kemerdekaan mereka
mereka akan merdeka dalam tempoh yang lebih singkat berbanding jika berusaha secara berasingan
Pembangunan Sosioekonomi
Wilayah Borneo Sabah dan Sarawak pada masa itu masih mundur dari segi pembangunan infrastruktur dan sosioekonomi berbanding Tanah Melayu
Penyertaan dalam Malaysia dijangka akan membawa pembangunan ekonomi, politik, dan sosial yang lebih pesat di wilayah-wilayah Borneo dengan bantuan dan kepakaran daripada Kerajaan Persekutuan.
Menjaga Kepentingan Kaum Bumiputera
Selain dari keseimbangan kaum secara keseluruhan, kemasukan Sabah dan Sarawak juga adalah untuk menjaga kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di Malaysia secara keseluruhannya
agar tidak tercabar sekiranya populasi kaum bukan Melayu menjadi terlalu besar
Perpaduan dan Kesepakatan Serantau
Pembentukan Malaysia dilihat sebagai langkah untuk meningkatkan perpaduan dan semangat setia kawan dalam kalangan negeri anggota bagi memajukan negeri masing-masing demi kepentingan bersama
terutamanya untuk membentuk sebuah negara yang kuat dari segi politik, ekonomi, dan sosial