Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Penanda Wacana dalam Penulisan Akademik - Coggle Diagram
Penanda Wacana dalam Penulisan Akademik
Penanda Kronologi
Memberi pengertian kepada persoalan
berkaitan waktu
Mengandungi kata kunci "bila" dan seumpamanya.
Contoh:
1.Kini
2.Lantas
3.Mula-mula
4.Lepas itu
5.Kemudian
6.Pada suatu waktu
Penanda Organisasi
Mempertautkan sesuatu bahagian wacana dengan bahagian lain.
Memulakan idea – Pertama, Mula-mula, Sebagai permulaan
Contoh ayat: Pertama sekali, pendidikan merupakan asas penting dalam pembangunan negara.
Mengembangkan idea – Selain itu, Tambahan pula, Malah, Contohnya, Misalnya
Contoh ayat: Selain itu, aktiviti kokurikulum membantu murid membina keyakinan diri. Contohnya, penyertaan dalam pertandingan pidato melatih keberanian murid.
Pertentangan idea – Walau bagaimanapun, Sebaliknya, Namun begitu
Contoh ayat: Walau bagaimanapun, tidak semua murid dapat menyesuaikan diri dengan aktiviti luar bilik darjah.
Hubungan idea / akibat – Oleh itu, Maka, Justeru, Kesannya
Contoh ayat: Oleh itu, guru perlu membimbing murid agar dapat menyeimbangkan antara akademik dan kokurikulum.
Menutup / merumuskan idea – Kesimpulannya, Ringkasnya, Tuntasnya
Contoh ayat: Kesimpulannya, penanda wacana menjadikan penulisan lebih teratur dan mudah difahami.
Aplikasi penanda wacana dalam rencana
1 ) Mengembangkan Idea
Menambah isi baharu supaya huraian lebih jelas.
Contoh dalam rencana:
Selain itu, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai program untuk menggalakkan rakyat membaca.
2 ) Pertentangan Idea
Menunjukkan pendapat yang berlawanan atau sisi lain sesuatu isu.
Contoh dalam rencana:
Walau bagaimanapun, masih ada segelintir masyarakat yang tidak berminat untuk membaca kerana terlalu leka dengan media sosial.
3 ) Menghubung Idea
Mengaitkan isi dengan sebab, kesan atau langkah penyelesaian.
Contoh dalam rencana:
Oleh itu, pihak sekolah perlu memainkan peranan penting dalam memupuk tabiat membaca sejak kecil.
Perenggan Contoh Rencana dengan Penanda Wacana
Budaya membaca sangat penting dalam melahirkan masyarakat berilmu. Selain itu, aktiviti membaca mampu meningkatkan daya kreativiti dan pemikiran kritis. Walau bagaimanapun, minat membaca dalam kalangan remaja kini semakin berkurangan kerana pengaruh gajet. Oleh itu, pelbagai kempen membaca harus dijalankan secara berterusan untuk menarik perhatian mereka.
Penanda Idea
Menghubungkan antara fakta dengan fakta dan idea dengan idea yang berfungsi untuk:
a ) Mengembangkan idea
b ) Pertentangan idea
c ) Hubungan idea
Mengembangkan idea
Digunakan untuk menambah atau menghuraikan isi.
Contoh: Selain itu, Tambahan pula, Malah, Contohnya, Misalnya
Ayat: Selain itu, aktiviti sukan dapat menguatkan hubungan persahabatan dalam kalangan murid.
Pertentangan idea
Digunakan untuk menunjukkan isi yang berlawanan.
Contoh: Walau bagaimanapun, Namun begitu, Sebaliknya, Akan tetapi
Ayat: Namun begitu, tidak semua murid berminat menyertai aktiviti luar bilik darjah.
Hubungan idea
Digunakan untuk mengaitkan isi dengan kesan atau akibat.
Contoh: Oleh itu, Maka, Justeru, Kesannya, Akibatnya
Ayat: Oleh itu, pihak sekolah perlu menyediakan kemudahan yang selesa untuk murid belajar.
Contoh Ayat :
Pada mulanya, sistem pendidikan di Malaysia banyak dipengaruhi oleh dasar penjajah British.
Pada zaman dahulu, Kerajaan Melayu Melaka merupakan sebuah kerajaan yang kuat.