Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERANAN & TANGGUNGJAWAB - Coggle Diagram
PERANAN & TANGGUNGJAWAB
PARENTS
- Terlibat dalam mesyuarat RPI dan memberi maklumat tentang keperluan anak.
- Menyokong pembelajaran anak di rumah.
- Bekerjasama dengan guru dalam strategi intervensi.
- Memberi sokongan emosi berterusan.
SEKOLAH (PENGETUA / GB)
- Merancang dan menyelaras strategi pelaksanaan program inklusif.
- Menyediakan jadual waktu, bilik darjah mesra MBPK dan kemudahan sokongan.
- Menjadi penghubung antara ibu bapa, guru, komuniti dan KPM.
- Memupuk budaya sekolah yang inklusif.
GURU PERDANA
- Mengadaptasi PdP mengikut keperluan MBPK.
- Menggunakan strategi pembelajaran pembezaan dan penilaian alternatif.
- Memberi peluang penyertaan aktif murid MBPK.
- Bekerjasama dengan guru pendidikan khas, guru resos dan PPM.
PPM
- Membantu murid MBPK dalam urusan harian (pergerakan, makan, kebersihan, keselamatan).
- Membantu guru mengurus bahan PdP.
- Memastikan murid dapat mengikuti PdP dengan baik.
- Mengurus murid dalam aktiviti luar kelas (kokurikulum, lawatan).
- Memberi sokongan emosi kepada murid MBPK.
GURU RESOS
- Menjadi pakar rujukan dalam pedagogi inklusif.
- Menyediakan bahan bantu khas (Braille, audio, taktil).
- Membimbing guru arus perdana dalam strategi PdP inklusif.
- Menjalankan intervensi sokongan tambahan.
- Menjadi penghubung dengan Unit Pendidikan Khas Daerah/JPN.
KPM
- Menggubal dasar, pekeliling dan garis panduan program inklusif.
- Menyediakan dana, prasarana mesra MBPK, BBM dan teknologi sokongan.
- Menyelaras latihan profesional berterusan untuk guru dan PPM.
- Memantau serta menilai keberkesanan pelaksanaan program.
GURU PK
- Menilai tahap kebolehan murid MBPK.
- Menyediakan dan melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI).
- Memberi intervensi pemulihan akademik, kemahiran sosial dan emosi.
- Membimbing guru arus perdana tentang strategi PdP sesuai.
MEMBER
- Menjadi rakan pembimbing (peer buddy) dalam kelas.
- Memberi galakan sosial, motivasi dan sokongan emosi.
- Membantu MBPK menyesuaikan diri dalam aktiviti kelas dan kokurikulum.
- Mengelakkan diskriminasi serta memupuk persahabatan positif.
NGO
- Menyediakan bantuan dana, kepakaran dan sukarelawan.
- Menganjurkan program latihan, motivasi atau kemahiran tambahan.
- Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan inklusif.