Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
GEOGRAFI TINGKATAN 1 -ISU DAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR (SISA DOMESTIK),…
GEOGRAFI TINGKATAN 1 -ISU DAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR (SISA DOMESTIK
)
OBJEKTIF KAJIAN
Menjelaskan definisi sisa domestik dengan tepat.
Menerangkan jenis- jenis sisa domestik melalui contoh.
TEORI PEMBELAJARAN
BEHAVIORIS
Pembelajaran yang menekankan tentang perilaku manusia yang dapat dibentuk melalui respons yang diberikan.
kaedah
menggunakan peneguhan positif dan latihan berulang
KOGNITIF
Pembelajaran yang memfokuskan kepada proses mental dalaman pelajar. Pelajar dapat berfikir, megetahui dan mengingati maklumat yang diperoleh.
kaedah
penayangan video tentang sisa-sisa domestik
KONSTRUKTIVISME
Pembelajaran yang berdasarkan idea bahawa pelajar dapat membina pengetahuan secara aktif yang juga dipengaruhi oleh interaksi sosial seperti rakan, guru dan masyarakat sekelilng.
kaedah
sesi soal jawab antara guru dan pelajar serta buat refleksi
Aktiviti
1.Guru menyediakan bahan pembelajaran(Buku teks, animasi , projektor, gambar)
2.Guru memberikan penerangan kepada murid berkaitan dengan jenis sisa domestik secara umum
Guru akan menayangkan video pembelajaran
Sesi soal jawab bersama dengan murid untuk tujuan penilaian
MODEL ADDIE
Analysis (Analisis)
Menentukan sasaran pelajar
Murid memahami jenis-jenis sisa domestik
Design (Reka Bentuk)
Menentukan bentuk bahan
Mereka jalan cerita yang menarik
Development (Pembangunan)
Membina world dalam Spatial.io
Masukkan props 3D dan merakam suara untuk watak
Implementation (Pelaksanaan)
Murid akan mengikuti episod sambil mendengar cerita.
Evaluation (Penilaian)
Murid akan disoal tentang kefahaman mereka terhadap video yang ditayangkan.
HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar dapat menjelaskan definisi.
Pelajar dapat membezakan jenis sisa-sisa domenstik.
Pelajar dapat kesedaran mengenai alam sekitar.
AHLI KUMPULAN
MUHAMMAD AIZAD BIN SAKRI (P163863)
NUR SYAMIMI NADHIRAH BINTI MOHD NOR (P164498)
JOVIANAH LIUS (P163409)
SUSANNA JAMIN (P165100)
ANIMASI 3 EPISOD
PERISIAN
SKETCHFAB
SPATIAL.IO
COGGLE.IT
GOOGLE
CHAT GPT
SUNO
JALAN CERITA
EPISOD 1
Mengisahkan tentang tiga remaja (Suzan, Mimi, Jovie) yang ingin bermain di taman permainan semasa cuti sekolah. Namun, tiba-tiba mereka terhidu bau busuk yang rupanya datang dari arah sungai dan membawa mereka kepada sebuah kilang. Kemudian, mereka melaporkan masalah tersebut kepada ketua kampung (Pak Azad). Lalu, ketua kampung memberitahu kepada mereka bertiga bahawa puncanya adalah dari sebuah kilang. Ketua kampung juga akan memaklumkan perkara tersebut kepada penduduk kampung untuk tindakan selanjutnya.
EPISOD 2
Beberapa hari kemudian, aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sungai dan kampung dijalankan. Semua penduduk berkumpul di hadapan dewan untuk mendengar sedikit taklimat ringkas daripada Ketua Kampung. Seterusnya, Pak Azad menerangkan tentang konsep sisa domestik dan jenis-jenis sisa domestik. Pak Azad menegaskan kepentingan pengasingan sisa yang betul mengikut warna tong yang tepat. Selepas itu, aktiviti gotong-royong dimulakan sehingga selesai.
EPISOD 3
Suasana pagi yang indah, sungai mengalir tenang dengan kicauan burung memenuhi ruang persekitaran. Suzan, Mimi dan Jovie memandang ke arah sungai dengan hati yang gembira kerana sungai telah kembali jernih dan bersih. Pak Azad datang menghampiri mereka sambil tersenyum dan menegaskan bahawa usaha menjaga kebersihan dan kesejahteraan kampung tidak hanya tertumpu kepada satu pihak sahaja, tetapi memerlukan kerjasama daripada semua pihak.
WATAK
Mimi ( Murid)
Jovie (Murid)
Suzan (Murid)
Aizad (Pak Azad)