Cikgu Lina: Baik murid-murid, kita sudah selesai belajar tentang pembentukan Malaysia. Sekarang cikgu nak uji kefahaman kamu melalui kuiz ringkas. Sedia? Jom mula!
(*Kuiz dimulakan)
Cikgu Lina: Malaysia dibentuk pada tahun...(a. 1957, b.1961, c.1963, d.1995.)
Alia: Jawapannya adalah C, Cikgu...1963!
Cikgu Lina: Ya, Betul! Tahniah. Jawapannya ialah 1963. Pada 16 September 1963, Malaysia dibentuk secara rasmi hasil gabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura. Tarikh ini sangat penting kerana ia menandakan permulaan penting kerana ia menandakan permulaan sebuah negara yang bersatu walaupun terdiri daripada pelbagai budaya dan negeri.
Cikgu Lina: Seterusnya, soalan nombor 2. Apakah tarian tradisional Sarawak? (a.Sumazau, b.Ngajat, c.Zapin, d.Iban.)
Ada yang nak jawab soalan ini?
Ali: Saya rase jawapannya B, betul ke Cikgu?
Cikgu Lina: Ya, tepat sekali! Jawapannya ialah Ngajat. Tarian ngajat merupakan tarian tradisional masyarakat Iban di Sarawak. Tarian ini biasanya dipersembahkan semasa perayaan dan upacara adat sebagai tanda keberanian, semangat, dan penghargaan terhadap budaya nenek moyang.
Cikgu Lina: Baiklah, sekarang kita masuk soalan ketiga. Siapakah tokoh yang mencadangkan Gagasan Malaysia dan mengetuai usaha pembentukan Malaysia?
Ana: Saya rasa tokoh tersebut ialah Tunku Abdul Rahman, Cikgu.
Cikgu Lina: Bagus! Jawapan kamu tepat. Tunku Abdul Rahman merupakan tokoh utama yang mencadangkan idea pembentukan Malaysia dan berusaha keras untuk menyatukan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Ali: Terima Kasih, Cikgu. Sekarang kami faham bahawa usaha Tunku Abdul Rahman sangat penting dalam menyatukan Tanah Melayu.
Cikgu Lina: Sebagai generasi muda. Kamu semua bertanggungjawab untuk menjaga keharmonian dan mempertahankan perpaduan negara kita. Ingatlah, perpaduan bukanlah hanya satu slogan, tetapi ia adalah amalan hidu[pseharian yang memerlukan toleransi.
Cikgu Lina: Tahniah semua, cikgu bangga sebab kamu boleh jawab kuiz dengan baik. Hari ini kita belajar bahawa Malaysia terbentuk melalui Kerjasama dan perpaduan. Walaupun kita berbeza budaya dan negeri, kita tetap satu negara.
(*Tayangan video lagu "Malaysia Madani")
Cikgu Lina: Sekarang, kita akan buat kuiz menggunakan WordWall untuk menguji kefahaman murid dengan lebih mendalam.
-