CHRIS: Wah, ibu! Hari ini ada ayam goreng kegemaran saya!
IBU: Betul. Tapi ada juga sayur, makanan yang kamu selalu tak mahu makan.
CHRIS: Alaaa, saya tak suka sayur.
IBU: Eh, tak boleh. Kita mesti makan pelbagai jenis makanan untuk kekal sihat.
CHRIS: Tapi kan, makan ayam goreng pun dah sihat. Perlu ke makan benda lain?
IBU: Ayam goreng hanya daripada satu kelas makanan. Kita perlukan tujuh kelas makanan supaya badan sihat dan bertenaga.
CHRIS: Tujuh? Banyaknya! Apa kelas makanan tu?
Ibu: Ada Protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral, pelawas dan air.
Chris: Banyaknya… tak ingat lah saya.
Ibu: Jangan risau. Bila kamu nampak sendiri nanti, kamu akan faham.
Chris: Nampak… apa?
IBU: Jom, ibu bawa kamu ke Dunia Makanan.
Babak 2: Dunia Makanan
Tiba-tiba, ruang makan mereka bertukar menjadi dunia ajaib yang penuh warna-warni! Segala jenis makanan muncul di sekeliling mereka. Inilah Dunia Makanan, tempat semua makanan mempunyai suara dan peranan tersendiri
Chris: Wah! Banyaknya makanan di sini.
Ibu: Betul. Semua makanan ini ada kelas masing-masing. Mari kita dengar mereka perkenalkan diri.
-