Cikgu:
"Bagus, Adam! Seterusnya ialah rupa. Rupa ialah bentuk rata yang mempunyai panjang dan lebar sahaja, seperti segi empat sama atau bulatan."
Cikgu:
"Terdapat dua kategori rupa, iaitu rupa geometrik dan rupa organik."
Cikgu:
"Elemen ketiga ialah bentuk. Bentuk mempunyai panjang, lebar, dan tinggi. Contohnya, kubus dan silinder."
Adam:
"Oh, jadi beza rupa dengan bentuk ialah bentuk ada ruang tiga dimensi kan?"
Cikgu:
"Tepat sekali! Sekarang kita pergi ke elemen keempat, iaitu tekstur. Tekstur ialah rasa permukaan sama ada kasar, licin, lembut atau keras."
Adam:
"Papan putih ni nampak macam permukaan kayu dan besi. Teksturnya berbeza!"
Cikgu:
"Pandai Adam! Elemen kelima ialah saiz. Objek boleh kecil atau besar, bergantung pada rekaan."
Cikgu:
"Elemen keenam ialah warna. Warna menjadikan rekaan lebih menarik dan menonjol."
Adam:
"Kalau tanpa warna, mesti nampak bosan je kan?"
Cikgu:
"Betul tu Adam! Dan akhir sekali, ruang. Ruang adalah keluasan yang disediakan bagi sesuatu visual, sama ada sebesar A4, kertas manila mahupun seluas padang bola. Ruang terbahagi kepada dua jenis,iaitu ruang positif dan ruang negatif."
Adam:
"Saya faham sekarang! 7 elemen reka bentuk ni penting untuk menghasilkan sesuatu yang cantik dan praktikal."
Cikgu:
"Tahniah Adam! Awak memang pelajar yang cepat belajar. Sekarang, jom kita main kuiz untuk ujikefahaman awak."
AKTIVITI INTERAKTIF
Aktiviti : Kuiz Educaplay
Murid bermain sambil menjawab kuiz tentang elemen reka bentuk.