Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KETOKOHAN NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI PEMIMPIN - Coggle Diagram
KETOKOHAN NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI PEMIMPIN
PEMIMPIN NEGARA
ANTARABANGSA
Ketokohan Nabi Muhammad SAW terserlah apabila baginda berjaya merangka perlembagaan atau Piagam Madinah yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi.Dalam piagam ini,orang bukan Islam diberikan kebebasan untuk mengamalkan agama dan adat masing-masing.Baginda juga mempersaudarakan masyarakat Islam dan menyatukan masyarakat Islam dan bukan Islam
Ketokohan baginda juga terbukti pada peringkat antarabangsa.Baginda berjaya menghantar perwakilan atau misi dakwahnya ke luar negara seperti ke Habsyah,Mesir,Byzantium dan Parsi
TEMPATAN
PEMIMPIN MASYARAKAT
Selepas berhijrah ke Madinah,Nabi Muhammad SAW menekankan konsep syura atau perundingan,keadilan,persamaan dan kebebasan melalui Piagam Madinah
Baginda menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar.Baginda juga berusaha menjadikan Islam sebagai satu cara hidup dengan menerapkan nilai tolenrasi,hormat menghormati dan mengutamakan keadilan dalam kalangan masyarakat
Ketika di Makkah sebelum berhijrah ke Madinah,Nabi Muhammad SAW menekankan aspek akhlak,akidah dan syariah
PEMBANGUNAN EKONOMI
PERTANIAN
Nabi Muhammad SAW menggalakan masyarakat bekerja keras dan aktif dalam perniagaan dan pertanian berasaskan prinsip ekonomi Islam,seperti bekerja bersungguh-sungguh,mencari rezeki yang halal ,larangan penindasan dan riba
Menggalakan hubungan luar dengan semua negara
Nabi Muhammad SAW sendiri membangunkan ekonomi dengan menggalakkan pembangunan semula tanah terbiar serta menebus semula tanah yang tergadai kepada kaum Yahudi
pedagang dari arah selatan menjadikan jalan ini sebagai jalan utama aktiviti perdagangan
PEMBANGUNAN PASAR SUQ AL-ANSAR
Kedudukan Madinah yang terletak di laluan antara Yaman dan Syam menjadikan aktiviti perdagangan bertambah maju
PENGURUSAN TANAH
Nabi Muhammad SAW menggalakkan hubungan perdagangan antara negara Islam Madinah dengan kawasan lain
Nabi Muhammad SAW mencadangkan agar Abdul Rahman bin Auf membangunkan sebuah tempat berjual beli bagi membangunkan ekonomi umat Islam.Pasar Suq al-Ansar telah didirikan dan berjaya membangunkan ekonomi umat Islam tanpa menyisihkan pesaing mereka,iaitu orang Yahudi
PERDAGANGAN DAN PERHUBUNGAN LUAR
PEMIMPIN NEGARA
Nabi Muhammad SAW pernah menjadi pemimpin tentera yang berjaya berdasarkan konsep jhad.Konsep jihad ini merupakan perjuuangan menegakkan agama Islam yang suci,mempertahankan bangsa dan tanah air.Satu unsur yang sangat penting dalam jihad ialah kesungguhan dan berdedikasi melaksanakan sesuatu usaha.Oleh sebab itu,setiap umat Islam digesa supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk menuntut Ilmu,mempertahankan maruah diri dan kesucian agama Islam
Dalam Islam,peperangan tidak diizinkan melainkan setelah orang Islam diancam,demi mempertahankan agama,umat dan negara.Hal ini bagi menjaga kesucian agama dan kesejahteraan manusia sejagat.Nabi Muhammad SAW sendiri pernah mengetuai siri peperangan menentang musuh Islam,seperti Perang Badar,Perang Uhud dan Perang Khandak.Ketika berperang,baginda menunjukkan sifat kepimpinan dan akhlak yang mulia.Tentera Islam dilarang membunuh sesuka hati dan memusnahkan tumbuhan atau tanam-tanaman.Nabi Muhammad SAW juga mendengar pandangan orang lain dalam mengatur strategi peperangan
Semasa Nabi Muhammad SAW dan umat Islam berada di Madinah dan ingin membuka semula kota Makkah,baginda telah mengatur strategi yang berkesan dengan membahagikan pasukannya kepada beberapa pemimpin tentera .Hasilnya,kota Makkah berjaya dikuasai oleh umat Islam.Makkah terus berkembang maju dan menjadi kota suci umat Islam sehingga kini
Piagam Madinah berjaya mewujudkan kestabilan politik,kemajuan ekonomi dan kehidupan aman antara kaum.Baginda bukan sahaja menumpukan hal akidah,tetapi hal ehwal kehidupan duniawi.Kita haruslah mencontohi akhlak mulia baginda dalam menjalani kehidupan seharian.Kepimpinan baginda boleh menjadi teladan bagi memantapkan jati diri