Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Aspek plagiarisma dalam penulisan akademik - Coggle Diagram
Aspek
plagiarisma
dalam penulisan akademik
Jenis plagiarisma
Plagiarisma langsung
Menyalin teks, ayat, perenggan, atau karya orang lain
tanpa sebarang perubahan
dan
tanpa memberi kredit/rujukan
.
Contoh: Menyalin bulat-bulat artikel jurnal ke dalam tugasan.
Plagiarisme Parafrasa (Paraphrasing Plagiarism)
Mengubah susunan ayat atau menggunakan sinonim daripada teks asal tetapi masih tidak menyatakan sumber.
Contoh: Menulis semula teori seorang sarjana dengan gaya sendiri tetapi tidak meletakkan sitasi.
Plagiarisme Idea (Plagiarism of Ideas)
Menggunakan konsep, teori, hipotesis, atau hasil pemikiran orang lain tanpa pengiktirafan.
Contoh: Mengambil kerangka teori seorang pengkaji dan membentangkannya sebagai ciptaan sendiri.
Plagiarisme Mosaik / Tampalan (Mosaic / Patchwork Plagiarism)
Menggabungkan teks daripada pelbagai sumber dengan sedikit perubahan perkataan tetapi tanpa rujukan.
Contoh: Menyusun beberapa petikan dari artikel berbeza dan menulisnya dalam satu perenggan tanpa sitasi.
Plagiarisme Sumber (Source-Based Plagiarism)
Menggunakan sumber yang salah, direka, atau menyalahi maksud asal rujukan.
Contoh: Memetik sumber sekunder tetapi ditulis seolah-olah membaca sumber primer.
Plagiarisme Tidak Sengaja (Unintentional Plagiarism)
Berlaku apabila pelajar/penulis
tidak tahu atau lalai
meletakkan rujukan yang betul.
Contoh: Menulis nota bacaan semula lalu lupa menandakan bahagian yang perlu disitasi
Plagiarisme Diri (Self-Plagiarism)
Menggunakan kembali karya atau penulisan sendiri (misalnya artikel lama, tugasan terdahulu, tesis, atau laporan)
tanpa kebenaran pensyarah / penerbit
atau tanpa menyatakan bahawa ia telah diterbitkan.
Contoh: Menghantar tugasan lama untuk kursus baharu.
Definisi Plagiarisma dalam penulisan akademik
perbuatan mencedok kata-kata, idea, dll daripada karya orang lain dan menggunakannya sebagai karyanya sendiri; penjiplakan(berdasar kamus dewan edisi keempat)
penggunaan bahasa, idea atau karya orang lain tanpa memberi penghargaan atau pengiktirafan sumber asal secara memadai.(Harvard)
Plagiarisme/plagiat ialah tindakan mengambil idea, pendapat, tulisan orang lain dan menyajikannya seolah-olah milik sendiri tanpa menyatakan sumbernya.(Soelistyo)
Cara mengelakkan plagiarisma
Fahami maksud plagiarisme
Gunakan sitasi yang betul
Parafrasa dengan betul
Gunakan tanda petikan untuk kutipan langsung
Gunakan software semakan plagiarisme
Catat sumber semasa menulis
Buat karya asli
Akibat Plagiarisme
Akibat Akademik
Dalam bidang akademik, plagiarisme dianggap satu kesalahan serius kerana ia menjejaskan integriti ilmu. Pelajar atau penyelidik yang menyalin karya orang lain tanpa pengiktirafan boleh dikenakan tindakan disiplin oleh institusi pendidikan.
Akibat Profesional
Dalam kerjaya, plagiarisme boleh menjejaskan reputasi seseorang kerana ia menunjukkan ketidakjujuran dan tidak beretika. Majikan mungkin kehilangan keyakinan terhadap pekerja yang terlibat, malah peluang kenaikan pangkat juga boleh terjejas.
Akibat Undang-undang
Plagiarisme juga melibatkan pelanggaran hak cipta dan undang-undang harta intelek. Pihak yang meniru karya orang lain boleh didakwa dan dikenakan tindakan undang-undang, termasuk denda atau pampasan.
Akibat Emosi
Plagiarisme bukan sahaja memberi kesan luaran, tetapi juga tekanan dalaman. Individu yang terlibat mungkin berasa malu, rendah diri, tertekan dan kehilangan keyakinan diri apabila perbuatan mereka terbongkar.