Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Perbandingan Pendidikan Malaysia dengan Luar Negara - Coggle Diagram
Perbandingan Pendidikan Malaysia dengan Luar Negara
KURIKULUM
Finland
Kurikulum di Finland adalah sebuah sistem koprehensif yang menekankan pembelajaran sepanjang hayat, autonomi guru dan kesejahteraan pelajar. Ia menyediakan pendidikan percuma dari pra-sekolah hingga universiti, mengintegrasikan teknologi digital secara aktif, dan memberikan perhatian kepada pelajar yang kurang berkemampuan, bukan sekadar golongan yang cemerlang.
Sistem Pendidikan di Finland
Sebelum berumur 6 tahun, peringkat pertama adalah
Early childhood education and care (ECEC)
Pendidikan pra sekolah bermula pada umur 6 tahun. Pada peringkat ini, penekanan memfokuskan untuk persediaan ke alam persekolahan
Pendidikan asas bermula apabila kanak-kanak berumur 7 tahun dan tempoh persekolahan wajib selama sembilan tahun.
Pelajar yang telah berjaya menamatkan pendidikan wajib layak mendapat pendidikan dan latihan menengah atas am dan vokasional.
Pelajar yang telah berjaya dalam latihan menengah atas am dan vokasional boleh memohon melanjutkan pengajian di universiti
Peringkat seterusnya adalah pengajian di peringkat Bachelor's Degree selama 3 tahun, Master's Degree selama 2 tahun dan peringkat terakhir Doctorate Degree
Murid di Finland tidak dibebani dengan tugasan atau kerja sekolah. Mereka hanya memperuntukkan masa selama 15-30 minit dalam menyiapkan kerja sekolah
Murid digalakkan untuk bersama keluarga dan banyak melakukan aktiviti luar yang bertujuan untuk mengurangkan aktiviti mengakses internet atau gajet di rumah mengikut polisi pendidikan mereka
Asas: Kesamaan dan kesejahteraan sosial
Matlamat: Pendidikan percuma, akses sama rata untuk semua (dari prasekolah hingga ke universiti)
Fokus: Tiada peperiksaan besar, kebebasan guru dan pelajar
Malaysia
Kurikulum di Malaysia, yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah rancangan pendidikan yang merangkumi semua ilmu, kemahiran, nilai dan pengalaman untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, selaras dengan keperluan pembangunan negara
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
Prasekolah: 4 hingga 6 tahun
Pendidikan rendah: 7 hingga 12 tahun
Pendidikan Menengah: 13 hingga 15 tahun (rendah), 16-17 (atas)
Pendidikan selepas menengah: 18 keatas
Asas: Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
Matlamat: Melahirkan insan yang seimbang dari aspek JERI
Fokus: akhlak dan moral, perpaduan masyarakat berbilang kaum, patriotisme dan identiti nasional
Jepun
Kurikulum di Jepun menekankan pendidikan wajib selama 9 tahun (Sekolah Rendah & Sekolah Menengah) yang diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi (MEXT) bagi memastikan keseragaman di seluruh negara. - Memberi tumpuan pada pengetahuan politik, nilai dan sosial seperti penghormatan terhadap manusia & alam sekitar serta amalan praktikal seperti kebersihan diri dan bukan hanya teori.
Asas: NIlai disipilin, hormat, tanggungjawab dan "kokoro" (hati dan jiwa)
Matlamat: Melahirkan warganegara yang rajin, berdisiplin, mampu menyumbang kepada masyarakat.
Fokus: Keseimbangan akademik dan sahsiah, aktiviti kokurikulum wajib diikuti (sukan&club)
KEUNIKAN
Keunikan pendidikan di Malaysia menekankan pengembangan individu secara seimbang dari segi JERI (Jasmani,Emosi,Rohani,dan Intelek) melalui sistem pendidikan yang menawarkan akses,kualiti,ekuiti,dan perpaduan. Keunikan ini juga dilihat melalui Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia (ASPM) yang bertujuan untuk melahirkan murid yang berdaya saing serta setaraf dengan sistem pendidikan antarabangsa.
Malaysia
Finland
Konsep unik sistem pendidikan di Finland termasuk penekanan pada pembelajaran sepanjang hayat dan kesejahteraan pelajar,autonomi guru dalam pengajaran dan penilaian,tiada ujian seragam atau tekanan persaingan,serta penyediaan pendidikan percuma dari pra-sekolah sehingga universiti
Jepun
Keunikan pendidikan di Jepun meliputi penekanan kepada disiplin,pembentukan jati diri,rasa hormat,dan adab,serta kokurikulum yang fleksibel dan sentiasa dikemas kini.
Sistem ini juga menggalakkan keseragaman dalam kurikulum dan kaedah pengajaran,di samping komitmen tinggi guru dalam mendidik sahsiah pelajar selain akademik.
Aspek-Aspek Unik Pendidikan Jepun
1.Pembentukan Jati Diri dan Disiplin
sangat mementingkan pembentukan nilai -nilai seperti disiplin,adab santun,dan integriti sejak dari usia kanak-kanak.
2.Penekanan kepada sifat kejujuran
kejujuran adlah nilai yang amat ditekankan dalam budaya belajar di Jepun,dengan sikap plagiarisme dianggap serius.
3.Rasa Hormat pada Guru dan Autoriti
Murid diajar untuk menghormati guru sebagai pihak yang berautoriti,yang mendidik mereka dengan penuh tanggungjawab.
4.Keseragaman dan Standard yang Tinggi
terdapat penekanan kepada keseragaman dalam kurikulum dan kaedah pengajaran di seluruh negara untuk memastikan standard pendidikan yang sama.
5.Kurikulum yang Fleksibel dan Relevan
kurikulum sentiasa dikemas kini agar sesuai dengan perkembangan zaman dan keperluan global,merangkumi kemahiran teknologi dan komunikasi.
6.Pembangunan menyeluruh pelajar
guru berperanan bukan hanya sebagai pengajar akademik,etapi juga sebagai pendidik yang membantu pembangunan sahsiah dan potensi menyeluruh pelajar.
7.Pendidikan wajib
pendidikan wajib di Jepun sehingga berusia 15 tahun untuk memastikan semua rakyat mendapat asas pendidikan yang kukuh.
PENILAIAN
Singapura
Continuous Assessment (Penilaian Berterusan)
Maksud: Penilaian yang dijalankan sepanjang tahun melalui aktiviti pembelajaran.
Contoh:
Kuiz mingguan
Tugasan rumah
Projek berkumpulan
Pembentangan
Portfolio / jurnal refleksi
Tujuan: Menilai perkembangan, usaha, dan proses belajar pelajar, bukan hanya hasil akhir.
SA = Summative Assessment (Penilaian Sumatif)
Maksud: Penilaian yang dibuat pada akhir satu tempoh pembelajaran untuk mengukur pencapaian keseluruhan.
Contoh:
Peperiksaan akhir tahun
Ujian akhir semester
PSLE / SPM / O-Level
Matlamat : Menilai hasil akhir pembelajaran – sejauh mana murid telah capai objektif kurikulum.
Jepun
Ujian Standard
Prasekolah (diwajibkan) : Sekolah Awam tiada ujian, Sekolah Swasta Elit ada ujian masuk
Sekolah Rendah (diwajibkan) :
Awam → tiada ujian
Swasta → ada ujian
Sekolah Menengah Rendah (diwajibkan) :
Awam → tiada ujian
Swasta → ada ujian (Chūgaku Juken)
Sekolah Menengah Atas (tidak diwajibkan) :
Awam & Swasta→ ada ujian masuk (Kōkō Juken).
Universiti (tidak diwajibkan) : Common Test + ujian individu universiti.
Pentaksiran Guru
Guru menilai melalui tugasan, kerja kumpulan, pembentangan, amalan seharian dalam kelas.
Penilaian Holistik
Tidak hanya lihat markah, tetapi juga sikap, usaha, disiplin, kerjasama, kepimpinan.
Contoh: murid rajin, berusaha, bekerjasama = dianggap berjaya walaupun markah sederhana.
Matlamat : Tekankan sahsiah, usaha, hubungan sosial, dan pembelajaran berterusan (selaras dengan budaya kolektif
Finland
Pendidikan Awal Kanak-Kanak (sebelum bermulanya pendidikan wajib)
Pendidikan Pra-Persekolahan (bertempoh 1 tahun untuk kanak-kanak berumur 6 tahun)
Pendidikan Asas (pendidikan wajib selama 9 tahun untuk kanak-kanak berumur 7–17 tahun)
Pendidikan Menengah Atas (Pendidikan Latihan Vokasional / Pendidikan Menengah Atas Umum)
Pendidikan Tinggi (pendidikan yang ditawarkan oleh Universiti / Universiti Sains Gunaan)
Finland
tidak mempunyai ujian standard
, kecuali satu peperiksaan sukarela yang dipanggil Peperiksaan Matrikulasi Kebangsaan, yang dijalankan pada akhir tahun akhir sekolah menengah atas. Murid dinilai menggunakan sistem gred yang ditetapkan oleh guru. Prestasi murid sepanjang tahun dipantau melalui penilaian kendiri, yang kemudian menjadi asas kepada pemberian gred.
Malaysia
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Sekolah (PS)
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK)
Pentaksiran Psikometri (PPsi)
Pentaksiran Pusat (PP)
Matlamat :
Cuba ikut trend holistik & formatif, gabungkan akademik + kokurikulum + psikometrik.