Nabi Muhammad SAW pernah menjadi pemimpin tentera yang berjaya berdasarkan konsep jihad.Konsep ini merupakan perjuangan menegakkan agama Islam yang suci,mempertahankan bangsa dan tanah air.Satu unsur yang sangat penting dalam Jihad ialah kesungguhan dan berdedikasi melaksanakan sesuatu usaha.Oleh itu, setiapumat Islam perlu bersungguh-sungguh untuk menuntut ilmu,mempertahankan maruah diri dan kesucian agama Islam.
Dalam Islam,peperangan tidak diizinkan melainkan setelah orang Islam diancam,demi mempertahankan agama,umat dan negara.Hal ini bagi menjaga kesucian agama dan kesejahteraan manusia sejagat.Baginda pernah mengetuai peperangan Badar,Perang Uhud dan Perang Khandak.Ketika berperang, baginda menunjukkan sifat kepimpinan dan akhlak yang mulia.Tentera Islam dilarang membunuh sesuka hati dan memusnahkan tumbuhan atau tanam-tanaman.Baginda juga mendengar pandangan orang lain dalam mengatur strategi peperangan.Semasa Baginda dan umat Islam berada di Madinah dan ingin membuka semula kota Makkah,baginda telah mengatur straregi yang berkesan dengan membahagikan pasukannya kepada beberapa pemimpin tentera.Hasilnya,Kota Makkah berjaya dikuasai oleh umat Islam.Makkah terus berkembang maju dan menjadi kots suci umat Islam sehingga kini.