Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN - Coggle Diagram
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN
PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Sebelum zaman penjajahan: pendidikan di Malaysia berbentuk tidak formal melalui pengajaran agama Islam di surau serta kemahiran hidup seperti bercucuk tanam dan membuat kraftangan.
Semasa penjajahan British: wujud sekolah vernakular Melayu, Cina, Tamil dan sekolah Inggeris yang menjadikan sistem pendidikan berpecah mengikut kaum.
Selepas merdeka: Laporan Razak 1956 dijadikan asas sistem pendidikan kebangsaan dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama bagi memupuk perpaduan.
Pada era 1980-an hingga 1990-an: kerajaan memperkenalkan KBSR dan KBSM yang menekankan kemahiran berfikir, sahsiah serta kokurikulum di samping memperkukuh pendidikan sains dan teknologi.
Pada era 2000-an hingga kini: KSSR dan KSSM dilaksanakan bersama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025 yang memberi tumpuan kepada kualiti, ekuiti, perpaduan, TVET, pendidikan inklusif serta penggunaan teknologi digital dalam pembelajaran abad ke-21.
-
-
TREND PEDAGOGI TERKINI
-
PEMBELAJARAN BERMAKNA
Membantu pelajar mengaitkan ilmu dengan kehidupan seharian untuk menjadikan pembelajaran lebih relevan dan praktikal.
Menekankan kaedah inkuiri, projek, kajian kes dan pembelajaran berasaskan masalah (problem-based learning).
Mendorong pelajar memahami konsep secara mendalam, bukan sekadar menghafal fakta.
Proses pembelajaran yang menghubungkan pengetahuan baharu dengan pengalaman atau pengetahuan sedia ada pelajar.