Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Komunikasi Tulisan - Coggle Diagram
Komunikasi Tulisan
Minit Mesyuarat
Definisi: Catatan rasmi tentang perjalanan, perbincangan dan keputusan bagi mesyuarat rasmi tertentu.
Ciri-ciri: Ringkas, formal, berobjektif, kronologi dan lengkap dengan butiran mesyuarat.
Peranan/Tujuan: Rujukan rasmi, bukti sah keputusan dan panduan pelaksanaan tugas.
Format: Tajuk, tarikh/masa/tempat, kehadiran, agenda, perbincangan, keputusan, penutup serta tandatangan setiausaha/pengerusi.
Laporan
Definisi: Satu dokumen rasmi yang menghuraikan sesuatu peristiwa, aktiviti, kajian atau penyiasatan.
Ciri-ciri: Mengandungi fakta yang tepat, menggunakan bahasa formal, menyenaraikan objektif, mengandungi data/sumber dan padat.
Peranan/Tugasan: Memberi maklumat, merekod aktiviti, menilai keberkesanan dan memberikan cadangan penambahbaikan.
Format: Tajuk, penerima, pengenalan, isi utama (peristiwa/aktiviti/data), cadangan, penutup, nama dan jawatan pelapor.
Berita
Definisi: Suatu laporan ringkas tentang sesuatu peristiwa semasa yang dilaporkan melalui media massa.
Ciri-ciri: Ringkas, padat, mengandungi fakta, menarik, mengaplikasikan unsur 5W+1H (what, who, when, where, why, how).
Peranan/Tugasan: Bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada umum dengan cepat, efisien dan tepat.
Format: Tajuk utama, tarikh/tempat, isi berita ikut 5W+1H dan penutup ringkas.
Kertas Cadangan Projek
Definisi: Dokumen rasmi yang mengemukakan cadangan aktiviti atau projek yang ingin dijalankan.
Ciri-ciri: Formal, terperinci, berfakta, sistematik dan menjelaskan objektif.
Peranan/Tugasan: Meyakinkan pihak atasan untuk meluluskan projek serta rujukan perlaksanaan.
Format: Tajuk projek, objektif, latar belakang, pelaksanaan (tarikh, masa, tempat, jawatankuasa), anggaran kos, penutup dan tandatangan.
Teks Ucapan
Definisi: Karangan berbentuk lisan yang ditulis untuk disampaikan kepada khalayak.
Ciri-ciri: Menggunakan bahasa sopan, memiliki kata alu-aluan, isi tersusun, retorik/ungkapan menarik dan penutup hormat.
Peranan/Tujuan: Menyampaikan maklumat, nasihat, peringatan, penghargaan atau dorongan kepada pendengar.
Format: Salam pembuka, kata alu-aluan, pengenalan, isi, penutup dan ucapan terima kasih.
Skrip Pengacaraan Majlis
Definisi: Teks panduan yang digunakan oleh pengacara untuk mengendalikan sesuatu majlis.
Ciri-ciri: Formal/santai bergantung pada majlis, jelas, tersusun mengikut atur cara dan berbahasa sopan.
Peranan/Tujuan: Menjamin kelancaran majlis, mewujudkan pengaitan antara acara, memberi arahan atau pengumuman.
Format: Ucapan pembuka, kata alu-aluan, bacaan atur cara majlis, peralihan acara dan penutup majlis.