Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) - Coggle Diagram
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB)
Kerangka Kerja Rigor / Relevan
Dua Dimensi Utama
Matriks 4 Kuadran Rigor/Relevance
Model Reka Bentuk Pembelajaran
Amalan Pedagogi
Satu gabungan proses amalan pedagogi dan amalan inovatif yang baharu muncul
Rakan Pembelajaran
Perubahan secara berstruktur bermanfaat dalam hubungan antara murid, guru, ibubapa dan komuniti
Persekitaran Pembelajaran
Iklim budaya pembelajaran - persekitaran pembelajaran interaktif di mana murid terlibat aktif dan bermakna
Memanfaatkan Kemudahan Digital
Penghunaan teknologi digital dalam amalan di bilik darjah untuk memacu, membugar dan nilai tambah terhadap pembelajaran
Model Penglibatan
Definisi: Pembelajaran optimum yang boleh dicapai apabila guru jelas dalam penyampaian, hubungan guru-murid kukuh, dan kurikulum mencabar serta bermakna.
Tiga Elemen Utama Model Penglibatan
Kejelasan Guru
Arahan jelas dan mudah difahami
Objektif pembelajaran dinyatakan
Penggunaan bahasa yang sesuai tahap pelajar
Penstrukturan pelajaran yang sistematik
Perhubungan Murid
Interaksi positif dan saling menghormati
Sokongan emosi dan motivasi
Perasaan selamat dalam kelas
Pengiktirafan kepada usaha pelajar
Cabaran dalam Kurikulum
Kandungan mencabar tetapi boleh dicapai
Menyokong pemikiran aras tinggi
Menggalakkan penyelesaian masalah & kreativiti
Relevan dengan kehidupan sebenar
Perkaitan Antara Kejelasan, Perhubungan dan Cabaran
Kejelasan + Perhubungan = Persekitaran pembelajaran yang menyokong
Kejelasan + Cabaran = Pelajar faham apa yang perlu dicapai dan cara mencapainya
Perhubungan + Cabaran = Pelajar berani menghadapi cabaran kerana rasa disokong
Gabungan Ketiga-tiga Elemen = Penglibatan penuh → Pembelajaran optimum
Kerangka Kerja 3E
Definisi: Model ini merupakan kerangka pemanfaatan digital dalam pengajaran yang menekankan pendekatan Learning First, Technology Second (pembelajaran dahulu, teknologi kemudian)
Engagement (Penglibatan)
Definisi: Mengajak pelajar terlibat secara aktif dengan tugasan melalui aplikasi digital, sambil mengekalkan fokus terhadap matlamat pembelajaran
Contoh: Menyertai aktiviti interaktif seperti main peranan atau simulasi digital melalui platform seperti YouTube, Google Classroom, Padlet, dsb.
Enhancement (Penambahbaikan)
Definisi: Memperdalam pemahaman pelajar melalui alat digital yang menambah nilai, menyediakan sokongan penyesuaian, dan memberi pengalaman pembelajaran yang kreatif serta bersifat individu
Contoh: Menggunakan Padlet untuk pembentangan atau penghantaran tugasan, Google Forms untuk penilaian berterusan, atau alat digital lain yang menyokong gaya belajar pelajar
Extension (Pengembangan)
Definisi: Membawa pelajar ke luar konteks bilik darjah melalui pengalaman pembelajaran yang autentik, menyambungkan mereka sepanjang masa (24/7) dengan dunia sebenar, sambil membina kemahiran insaniah
Contoh: Menerbitkan hasil kerja di laman web seperti Google Sites, berkongsi kandungan dengan komuniti, atau melibatkan diri dalam aktiviti digital yang mengembangkan pemikiran kreatif dan aplikasi ilmu secara berterusan