Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Perkembangan Pendidikan - Coggle Diagram
Perkembangan Pendidikan
Pendidikan di Malaysia
Prasekolah
Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun
Pendidikan Rendah
Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hingga tujuh tahun
Ia terdiri daripada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan;
Pendidikan Menengah
Pendidikan yang terdiri daripada :
Menengah Atas:Tingkatan 4 -Tingkatan 5
Menengah Bawah:Tingkatan 1-Tingkatan 3
Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada
Swkolah Akademik
Sekolah Teknik & Vokasiinal
Sekolah Kebangsaan Agama
Pendidikan Tinggi
Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi asas bagi sistem pendidikan di Malaysia,FPK ini menekankan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi JERIS iaitu
JASMANI
EMOSI
ROHANI
INTELEK
SOSIAL
Cabaran Pendidikan di Malaysia
Jurang pendidikan bandar dan luar bandar
Tahap penguasaan bahasa Inggeris
Tekanan peperiksaan berbanding pembelajaran berasaskan kemahiran.
Keperluan menyesuaikan diri dengan IR4.0 (Revolusi Industri 4.0)
Pendidikan di luar negara
China
Struktur sistem pendidikan di China
Pendidikan Prasekolah
Untuk kanak-kanak berumur 3-6tahun
Tidak wajib, tetapi kebanyakan ibu bapa menghantar anak mereka kerana persaingan akademik tinggi.
Sekolah Rendah
Tempoh: 6 tahun (umur 6 – 12 tahun).
Subjek utama: Bahasa Cina (Mandarin), Matematik, Sains asas, Moral, Pendidikan Jasmani, Muzik, Seni, dan bahasa Inggeris (seawal darjah 3).
Fokus kepada asas membaca, menulis, mengira.
Sekolah Menengah Rendah
Tempoh: 3 tahun (umur 12 – 15 tahun).
Wajib di bawah undang-undang pendidikan 9 tahun percuma.
Pada akhir tempoh ini, pelajar menduduki Zhongkao (中考) – peperiksaan masuk sekolah menengah atas.
Keputusan menentukan sama ada pelajar boleh masuk sekolah menengah akademik atau vokasional.
Sekolah Menengah Atas
Tempoh: 3 tahun (umur 15 – 18 tahun)
Akademik
persediaan untuk universiti
vokasional
latihan kemahiran teknikal
Pada akhir tempoh ini, pelajar menduduki Gaokao (高考) – peperiksaan masuk universiti yang sangat mencabar.
Pendidikan Tinggi
Universiti dan kolej.
Program ijazah sarjana muda: 4 – 5 tahun.
Sarjana (硕士): 2 – 3 tahun
Kedoktoran (博士): 3 – 6 tahun.
China mempunyai universiti bertaraf dunia seperti Tsinghua University dan Peking University.
Ciri Utama Sistem Pendidikan China
sangat kompetitif
peperiksaan seperti Gaokao dianggap “penentu masa depan”.
Menekankan disiplin dan kerja keras.
Fokus STEM
Bahasa Inggeris diwajibkan dari sekolah rendah.
Tekanan akademik kuat, tetapi hasilnya China melahirkan ramai pelajar cemerlang dunia.
Kedudukan Global
Tekanan akademik kuat, tetapi hasilnya China melahirkan ramai pelajar cemerlang dunia.
Sistem ini dipuji kerana melahirkan pelajar berdisiplin dan pencapaian tinggi, tetapi juga dikritik kerana kurang kreativiti dan tekanan berlebihan.
Jepun
Jepun mempunyai struktur pendidikan yang agak sama dengan China dan juga Singapura
Ciri Utama Sistem Pendidikan Jepun
Disiplin tinggi
pelajar diajar tanggungjawab sosial (contohnya membersihkan sekolah sendiri).
Pendidikan moral dan karakter sangat ditekankan.
Budaya belajar keras tetapi masih ada keseimbangan dengan aktiviti ko-kurikulum (sukan, kelab).
Peperiksaan masuk ke sekolah menengah atas dan universiti amat kompetitif.
Bahasa Inggeris diajar tetapi tahap penguasaan berbeza kerana sistem lebih menekankan tatabahasa berbanding komunikasi.
Kedudukan Global
Jepun terkenal dengan sistem pendidikan asas yang kukuh – hampir semua kanak-kanak menguasai literasi membaca, menulis, dan matematik sejak sekolah rendah.
Jepun sering berada dalam ranking tinggi PISA (Matematik, Membaca, Sains).
Sistem dipuji kerana melahirkan rakyat berdisiplin, beretika, dan berpendidikan tinggi, tetapi juga dikritik kerana tekanan peperiksaan yang kuat.
Sistem Pendidikan Terbaik dunia
Singapura
Struktur sistem pendidikan
Prasekolah(3-6tahun)
Fokus pada asas literasi,numerasi dan pembentukan nilai
Pendidikan Rendah(Primary School)
Primary 1–4 (Foundation Stage)
asas membaca, menulis, mengira, sains, moral, pendidikan jasmani, muzik, seni
Primary 5–6 (Orientation Stage)
pelajar mula dibahagikan ikut tahap akademik
Tamat dengan peperi0ksaan Primary School Leaving Examination (PSLE) untuk menentukan aliran sekolah menengah
Pendidikan Menengah(menerima pendidikan sepanjang4/5tahun)
Express (4 tahun → O-Level).
Normal Academic (5 tahun → N-Level, kemudian boleh ambil O-Level)
Normal Technical (lebih praktikal, menuju politeknik/ITE)
Kurikulum ketat, termasuk Bahasa Inggeris (wajib), Bahasa Ibu (Melayu, Cina, Tamil), Matematik, Sains, Kemanusiaan, dan subjek elektif.
Pendidikan Pra-Universiti / Vokasional
Junior College (2 tahun) atau Millennia Institute (3 tahun)
persediaan ke universiti, ambil A-Level.
Politeknik (3 tahun)
kursus diploma, lebih praktikal.
Institute of Technical Education (ITE)
latihan kemahiran teknikal & vokasional
Pengajian Tinggi
Universiti terkemuka dunia seperti National University of Singapore (NUS) & Nanyang Technological University (NTU).
Penekanan kepada penyelidikan, STEM, inovasi, dan kerjasama industri.
Ciri-ciri Utama
Dwibahasa wajib
Semua pelajar mesti belajar Bahasa Inggeris + Bahasa Ibunda (Melayu, Cina, Tamil)
Kualiti guru tinggi
Hanya 5% graduan terbaik dibenarkan jadi guru. Latihan guru sangat ketat.
Tekanan akademik tinggi
Sistem sangat kompetitif, peperiksaan besar (PSLE, O-Level, A-Level) jadi penentu laluan pelajar.
STEM & teknologi sangat diberi keutamaan.
Sokongan kokurikulum
Aktiviti sukan, muzik, seni & masyarakat diwajibkan.
Kekuatan
Konsisten Top 1 dunia dalam PISA (Math, Science, Reading).
Pelajar Singapura antara paling cemerlang dalam pemikiran kritis & penyelesaian masalah.
Infrastruktur moden, universiti bertaraf dunia.
Cabaran
Tekanan peperiksaan sangat tinggi, pelajar sering alami stres.
Persaingan ketat → ada jurang antara pelajar berprestasi tinggi & sederhana.
Trend Pedagogi terkini
Pengintegrasian Teknologi Maklumat
Maksud
penggunaan teknologi digital, komputer, internet, dan perisian pendidikan secara sistematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Bentuk pengintegrasian teknologi maklumat
bahan bantu mengajar digital,contohnya powerpoint,video dan sebagainya
Pembelajaran dalam talian dengan menggunakan platform yang disediakan kini
Pembelajaran berdasarkan multimedia seperti gambar,audio dan video
Akses kepada sumber global
Komunikasi&kolaborasi digital
Penggunaan AI dalam pendidikan
Kepentingan
Meningkatkan motivasi murid kerana pembelajaran lebih menarik dan interakti
Meningkatkan kefahaman
Menyokong pembelajaran kendiri
Meningkatkan kemahiran abad ke-21
Menghubungkan dunia sebenar
Pembelajaran bermakna
Maksud
Konsep pembelajaran bermakna (Meaningful Learning) diperkenalkan oleh David Ausubel (1968).
Ia berlaku apabila maklumat baharu dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dalam minda pelajar.
Murid bukan sekadar menghafal, tetapi memahami, menghubungkaitkan, dan boleh menggunakan ilmu dalam situasi sebenar.
Ciri-ciri Pembelajaran Bermakna
Ada kaitan dengan pengalaman atau pengetahuan sedia ada
Ilmu mudah diingat dalam jangka masa panjang
Murid aktif membina pengetahuan
Ilmu boleh diaplikasikan
Membangun pemikiran kritis&kreatif
Kepentingan Pembelajaran Bermakna
Menjadikan pelajar lebih bermotivasi kerana nampak kaitan dengan kehidupan.
Mengurangkan hafalan semata-mata yang cepat dilupakan.
Meningkatkan kemahiran abad ke-21 (kritis, kreatif, kolaboratif, komunikasi).
Membentuk pelajar yang lebih berdikari dan yakin menggunakan ilmu dalam dunia sebenar.
pembelajaran bermakna = ilmu baharu + pengalaman lama → pemahaman mendalam + aplikasi dalam kehidupan.