Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Model dan Kerangka Pembelajaran Bermakna - Coggle Diagram
Model dan Kerangka Pembelajaran Bermakna
Model Reka Bentuk Pembelajaran Bermakna
Konsep Asas Pembelajaran Bermakna:
•Pembelajaran bermakna (meaningful learning) diperkenalkan oleh David Ausubel.
• Berlaku pabila pelajar menghubungkan pengetahuan baharu dengan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif mereka.
Elemen Penting Dalam Model
3. Penglibatan Aktif Pelajar
Pelajar dilibatkan melalui perbincangan, projek, simulasi, atau pembelajaran berasaskan masalah (PBL).
Mereka membina makna melalui aktiviti hands-on dan minds-on.
4. Aplikasi dalam Situasi Nyata
Pengetahuan digunakan dalam konteks kehidupan sebenar, bukan sekadar teori.
Contoh: Matematik digunakan untuk mengira bajet, Sains diaplikasi untuk eksperimen harian
2. Penyampaian Kandungan Secara Teratur
Bahan pengajaran disusun daripada konsep umum → spesifik, atau mudah → kompleks
Memberi struktur supaya pelajar boleh membina skema kognitif yang jelas.
5. Refleksi dan Penilaian Kendiri
Pelajar diberi peluang menilai apa yang mereka faham dan bagaimana mereka faham.
Membantu mengekalkan ilmu dalam memori jangka panjang
1. Pengaktifan Pengetahuan Sedia Ada
Guru perlu mengaitkan isi baharu dengan pengalaman atau pengetahuan lama pelajar.
Contoh: gunakan peta minda, gambar rajah, atau soalan pencetus
Kerangka Kerja Rigor / Relevan / Relationship (3R)
Kerangka kerja ini menekanakan tiga elemen utama yang harus ada dalam pembelajaran.
Rigor (Ketekunan)
Relevannce (Relevan)
Relationship (hubungan)
Ciri-ciri Utama
Rigor: Pengajaran yang mencabar intelek pelajar
Aplikasi dalam PdP:
Merancang soalan terbuka yang memerlukan analisis, sintesis dan penilaian (mengikut Taksonomi Bloom).
Mendorong murid berfikir kritis dan kreatif, bukan hanya menghafal fakta.
Mengintegrasikan projek penyelesaian masalah sebenar.
Relevan: Isi elajaran yang berkaitan dengan kehidupan pelajar
Aplikasi dalam PdP
Guru menunjukkan empati, sokongan, dan memahami keperluan emosi murid.
Menggalakkan kolaborasi melalui aktiviti berkumpulan atau perbincangan kelas.
Mewujudkan suasana selamat dan inklusif agar murid berani mencuba.
Hubungan: Hubungan yang positif antara guru dan pelajar
Aplikasi dalam PdP
Mengaitkan topik dengan pengalaman harian murid, isu masyarakat, atau kerjaya masa depan.
Menggunakan teknologi, permainan, atau simulasi yang selari dengan dunia murid.
Menekankan aplikasi ilmu dalam konteks sebenar, bukan teori semata-mata.
Kerangka Kerja 3E (Engagment, Enhancement, Extension)
Kerangka 3E telah dibangunkan oleh Dr. Liz Kolb pada tahun 2011
Kerangka ini membantu para penddik untuk memilih strategi arahan yang lebih berkesan apabila mengintegrasikan pembelajaran dengan alatan digital.
Engagement (Penglibatan)
Menarik perhatian dan memotivasikan murid untuk terlibat secara aktif sejak awal proses pembelajaran.
Strategi PdP
Menggunakan bahan rangsangan seperti video, simulasi, cerita, permainan, atau soalan provokatif.
Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan, interaktif, dan kolaboratif.
Melibatkan murid dalam perbincangan awal yang berkait dengan pengalaman atau minat mereka.
Enhancement (Peningkatan)
Memperkayakan pengalaman pembelajaran dengan kaedah atau teknologi yang meningkatkan kefahaman.
Strategi PdP
Menggunakan teknologi digital (aplikasi interaktif, simulasi, VR/AR, multimedia).
Memberi latihan berbeza tahap kesukaran mengikut keupayaan murid (differentiated instruction).
Menggunakan bahan sokongan seperti peta minda, grafik, atau eksperimen untuk mendalami konsep.
Extension (Perluasan)
Melanjutkan pembelajaran dengan mengaitkannya ke dunia sebenar dan memberi peluang murid menggunakan ilmu dalam situasi baharu.
Strategi PdP
Projek berasaskan masalah (problem-based learning) atau tugasan dunia sebenar.
Aktiviti luar bilik darjah, seperti lawatan, kajian lapangan, atau khidmat komuniti.
Murid menghasilkan produk kreatif (poster, video, esei, aplikasi mini) untuk mempamerkan ilmu.
Model Pembelajaran Murid dan Kitaran Inkuiri
Definisi
Carin & Sund (1971) : Inkuiri adalah pembelajaran secara tidak langsung melibatkan aktviti penerokaan dan penemuan yang berikaitan dengan proses untuk mendapatkan maklumat
Apa itu Pembelajaran berasaskan Inkuiri?
Pengajaran berasaskan inkuiri adalah satu kaedah pengajaran yang menggabungkan rasa ingin tahu pelajar dengan kaedah saintifik untuk meningkatkan kemahiran berfikir secara kritikal melalui pembelajaran
Pelajar perlu mengemukakan soalan apabila menghadapi masalah yang mereka tidak faham, mereka perlu merumuskan soalan-salan, meneroka masalah, memerhati dan mengaplikasikan maklumat baharu
Peringkat Kitaran Inkuiri
Inquistion : Mengemukakan masalah atau soalan untuk disiasat
Acquisition : Sumbang saran tentang cara penyelesaian
Supposition : Mengenal pasti hipotesis atau kenyataan yang hendak diuji
Implementation : Mereka bentuk dan melaksanakan pelan yang dirangcangkan
Summation : Mengumpul maklumat dan membuat kesimpulan
Exhibition : Berkongsi hasil dapatan
Apakah pula peranan guru?
Menggalakkan pelajar mengemukakan soalan
Menjelaskan konsep yang difahami oleh pelajar sama ada betul atau salah
Menggunakan pengalaman pelajar untuk membentuk pengetauan yang baharu
Kelebihan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
Fleksibel dan sesuai untuk pelbagai jenis projek atau aktiviti
Meningkatkan keyakinan pelajar
Sesuai untuk aktiviti yang memerlukan antara disiplin (interdisciplinary)
Mengukuhkan kemahiran dalam ketiga-tiga domain fizikal, emosi dan kognitif pelajar