Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Tokoh-tokoh Pendidikan Mengikut Era - Coggle Diagram
Tokoh-tokoh Pendidikan Mengikut Era
Di luar negara
Tokoh Pendidikan Islam
Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham
dilahirkan di Basra pada 965 Masihi – dan meninggal dunia pada 1040 Masihi di Kaherah
merupakan ahli sains dan polymath Muslim yang banyak diterangkan dalam pelbagai sumber sama ada dalam bahasa Arab mahupun Parsi.
Ibn al-Haitham membuat kemajuan besar dalam bidang optik, sains fizikal dan kaedah saintifik.
Sumbangan:
Optik (Cahaya dan Penglihatan)
Kaedah Saintifik
Membuat analisis terhadap pembiasan cahaya, ilusi optik, dan juga penglihatan dua mata (binocular vision).
Beliau menulis tentang falsafah, logik, dan etika, menunjukkan pemikiran yang sangat mendalam dan seimbang antara akal dan keimanan.
Al Sayyid Jamaluddin Al-Afghani
Beliau dilahirkan sekitar 1838 di Afghanistan dan meninggal dunia pada 1897.
Al-Afghani dikenali sebagai salah seorang tokoh pembaharuan Islam yang memperjuangkan kebangkitan dunia Islam daripada kemunduran dan penjajahan, serta sebagai salah seorang pelopor gerakan Islamisme moden.
Sumbangan:
Al-Afghani berusaha menghidupkan semula semangat intelektual dan kebangkitan dunia Islam melalui pemikiran yang rasional dan rasionalisme Islam.
Al-Afghani sangat menentang penjajahan Barat dan memperjuangkan kebebasan serta kemerdekaan negara-negara Islam yang dijajah.
Al-Afghani menggalakkan penggunaan rasionalisme dan sains moden dalam memahami dunia, dan tidak berpegang secara membuta tuli kepada tradisi yang sudah lapuk.
Tokoh Pendidikan Barat
Socrates
Socrates dilahirkan pada 470–399 SM
Beliau merupakan seorang ahli falsafah Yunani purba dari Athens.
Beliau dianggap sebagai “Bapa Falsafah Barat” kerana pengaruh besar terhadap perkembangan pemikiran dan pendidikan di Barat.
Socrates tidak menulis buku sendiri – ajarannya diketahui melalui murid-muridnya, terutama Plato dan Xenophon.
Sumbangan:
Meletakkan asas falsafah moral dan pendidikan berasaskan pemikiran kritis.
Mempengaruhi muridnya, Plato, yang kemudian menjadi guru kepada Aristotle – dua tokoh besar dalam falsafah dunia.
Mengajarkan bahawa pendidikan bukan sekadar memberi jawapan, tetapi membimbing manusia mencari kebenaran.
John Dewey
Beliao dilahirkan pada tahun 1859 dan meinggal dunia pada tahun 1952
Beliau merupakan seorang ahli falsafah, psikologis, dan pendidik terkenal dari Amerika Syarikat.
Beliau dikenali sebagai tokoh utama dalam pragmatisme dan pendidikan progresif.
Dewey percaya pendidikan adalah kunci untuk membina masyarakat demokratik yang lebih baik.
Sumbangan:
Pendidikan Progresif: Mendorong sistem pendidikan yang lebih fleksibel, kreatif, dan berpusat pada murid.
Pengaruh besar di seluruh dunia: Idea Dewey digunakan dalam bidang psikologi pendidikan, pedagogi moden, dan reformasi sekolah.
Karya: Menulis banyak buku penting, antaranya Democracy and Education (1916).
Tokoh Pendidikan Timur
Kongzi
Dilahirkan pada 551SM-479SM
seorang ahli falsafah Cina dari Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh yang secara tradisional dianggap sebagai contoh unggul orang bijak Cina.
Ajaran falsafahnya yakni Konfusianisme menekankan moral peribadi dan pemerintahan, hubungan sosial yang harmoni, kebenaran, kebaikan hati, keikhlasan, serta tanggungjawab pemerintah untuk memimpin dengan kebajikan
Beliau dikenali sebagai “Nabi Agung” dalam budaya Cina kerana sumbangan besar terhadap moral, etika, dan pendidikan.
Sumbangan:
Pendidikan: Beliau membuka sekolah sendiri dan menerima murid dari semua golongan, tidak kira kaya atau miskin.
Karya: Ajarannya direkodkan oleh murid-murid dalam buku “Lunyu” (Analek Kong Zi).
Pengaruh: Falsafahnya menjadi asas Konfusianisme, yang membentuk budaya, politik, dan pendidikan di China serta Asia Timur selama ribuan tahun.
Laozi
dikenali sebagai Lao Tzu atau Lao-Tse, ialah seorang ahli falsafah terkenal dari China kuno.
Beliau dipercayai lahir sekitar abad ke-6 SM (tetapi tarikh tepat tidak pasti).
Beliau dianggap pengasas Taoisme (Daoisme), satu aliran falsafah dan kerohanian yang menekankan keselarasan dengan alam semula jadi.
Sumbangan:
Menjadi asas kepada Taoisme, yang berkembang sebagai falsafah dan agama di China
Pemikirannya mempengaruhi seni, perubatan tradisional, feng shui, dan budaya Asia Timur secara luas.
Mengajarkan manusia agar kembali kepada kesederhanaan dan menghargai keharmonian dengan alam.
Tokoh Pendidikan Tempatan Sebelum Merdeka
Ibu Zain (Hajah Zainon Munshi Sulaiman, 1903–1989)
Latar Belakang
Dilahirkan pada 22 Januari 1903 di Bangsar, Kuala Lumpur.
Dikenali sebagai Ibu Zain kerana ketokohan dan jasanya dalam pendidikan dan kebajikan wanita.
Tokoh guru, penulis dan pemimpin wanita.
Sumbangan
Pendidikan Wanita: Pejuang pendidikan untuk anak perempuan Melayu ketika masyarakat masih memandang rendah kepentingan sekolah bagi wanita.
Tokoh Guru: Berkhidmat sebagai guru, mendidik dengan menekankan kepentingan ilmu dan akhlak.
Pemimpin Wanita: Aktif dalam pergerakan wanita UMNO, memperjuangkan hak wanita dalam pendidikan & sosial.
Penulis: Menulis rencana dan artikel mendidik masyarakat tentang pentingnya pendidikan.
Pendeta Za'ba (Zainal Abidin Ahmad, 1895-1973)
Latar Belakang
Dilahirkan pada 16 September 1895 di Batu Kikir, Negeri Sembilan.
Dikenali sebagai Pendeta Za’ba kerana ketokohan dalam bidang bahasa dan pendidikan.
Pernah menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjong Malim.
Sumbangan
Bahasa Melayu: Menghasilkan karya penting seperti Pelita Bahasa Melayu, Ilmu Mengarang Melayu, yang memperkukuhkan tatabahasa moden.
Pendidikan Bangsa: Menggunakan tulisan dan pengajaran untuk menyedarkan masyarakat Melayu tentang kepentingan ilmu dan kemajuan.
Pemikiran Kritis: Mengkritik kelemahan masyarakat seperti malas, suka bergantung dan tidak menitikberatkan pendidikan.
Pengajaran & Perguruan: Pernah menjadi guru dan pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI).
Tokoh Pendidikan Tempatan Selepas Merdeka
Aminuddin Baki (1926-1965)
Latar Belakang
Dilahirkan pada 26 Januari 1926 di Chemor, Perak.
Dikenali sebagai Bapa Pendidikan Melayu.
Belajar di Universiti Malaya, kemudian aktif dalam bidang pendidikan dan pentadbiran.
Sumbangan
Dasar Pendidikan Negara: Menjadi pengerusi Laporan Rahman Talib 1960 yang melahirkan sistem pendidikan kebangsaan.
Peluang Pendidikan: Memperjuangkan pendidikan menengah untuk orang Melayu agar setaraf dengan kaum lain.
Pemimpin Muda: Dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia ketika masih muda.
Wawasan Pendidikan: Menekankan pendidikan sebagai asas membina bangsa yang merdeka, maju, dan beridentiti.
Datuk Dr. Haili Dolhan (lahir 1945)
Latar Belakang
Dilahirkan pada tahun 1945.
Tokoh akademik moden dan pentadbir universiti.
Pernah menjadi Rektor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Sumbangan
Pendidkan Tinggi: Sebagai Rektor UPSI, beliau memperkukuh peranan universiti itu sebagai pusat kecemerlangan latihan perguruan dan pendidikan.
Penulisan & Penyelidikan: Menghasilkan banyak karya ilmiah berkaitan dasar pendidikan Malaysia moden. Pandangan beliau membantu pembuat dasar memahami isu pendidikan semasa.
Pembangunan Modal Insan: Menekankan pendidikan tinggi sebagai teras melahirkan tenaga kerja mahir dan pemimpin negara. Memastikan UPSI relevan dalam pembangunan pendidikan guru selepas merdeka.