Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TUTORIAL 1 DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN - Coggle Diagram
TUTORIAL 1 DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN
Bincangkan matlamat pendidikan dari sudut pandangan Barat dan Islam.
BARAT
T.H.Huxley (1825-1895)
Orang yang berpendidikan -bersedia berkhidmat demi kemajuan diri dan masyarakat ,rela,bekerja dengan ikhlas,patuh kepada undang-undang,bersemangat,berseni dan bersosial.
John Stuart Mill (1806-1873)
Pendidikan sebagai satu proses yang memberi bantuan untuk setiap individu supaya hidup dengan penuh kegembiraan .
Maria Montessori (1870-1952)
Pendidikan adalah proses membentuk dan mengembangkan intelek,jasmani,rohani dan sosial kanak-kanak.
Johmn Dewey (1859-1952)
Pendidikan itu sebuah proses pembaharuan terus-menerus demi kelangsungan masyarakat dan anggota-anggotanya melalui keterampilan ,teknik,kreativiti dan sebagainya.
ISLAM
Abu Nasr Muhammad al-Farabi(872-950)
Pendidikan adalah untuk membimbing individu menuju kesempurnaan tertinggi ialah kebahagian.
Abu 'Ali al-Husayn 'Abdullah ibnu Sina (980-1037)
Pendidikan itu berkaitan dengan seluruh aspek dalam diri manusia iaitu fizikal, mental dan moral.
Abu al-A'la Maududi (1903-1979)
Pertumbuhan keperibadian individu yang seimbang melalui latihan spiritual, intelektual, rasional, dan tujuan lain yang tidak menyimpang dari ajaran Islam
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi (1926-kini)
Pendidikan bermula dengan akal dan hatinya, rohani dan jasmaninya, akhlak dan keterampilannya untuk menyiapkan manusia untuk hidup dan menghadapi masyarakat dengan segala kebaikan dan kejahatannya.
Buat analisis tentang pendidikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan kepada guru.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) memberi panduan penting kepada guru untuk melahirkan modal insan yang seimbang, berilmu, dan berintegriti melalui penguasaan ilmu dan kemahiran, amalan nilai murni, serta penciptaan suasana pembelajaran yang kondusif.
Peranan guru dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Peningkatan Pengetahuan dan Kemahiran
Penerapan Nilai Murni
Pembentukan Suasana Pembelajaran yang Kondusif
Huraikan tujuan untuk memanusiakan pendidikan dan apakah kesannya terhadap aktiviti pelajar dan pembelajaran di sekolah.
TUJUAN
Melahirkan Individu Berakhlak dan Berintegriti
Memupuk Sumbangan Positif kepada Masyarakat
Membebaskan Daripada Kejahilan dan Belenggu
KESAN
Membentuk pelajar dengan akhlak yang baik, beretika, dan mempunyai sahsiah yang tinggi.
Dapat menghindari persaingan yang boleh merosakkan kemanusiaan.
Dapat membangunkan masyarakat yang lebih baik kerana sentiasa mendapat sumbangan yang positif
Kemukakan ciri-ciri seorang guru seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru.
Berpekerti mulia
Sahsiah guru yang baik,berbudi bahasa,bersopan,berdisiplin dan bermoral
Berpandangan progresif dan saintifik
Ilmu sentiasa berkembang lanjut dari segi penemuan baru dan inovasi
Bersedia menjunjung aspirasi negara
Aspirasi dalam kamus pelajar edisi kedua bermaksud keinginan atau kehendak yang kuat untuk mencapai sesuatu
Menjamin perkembangan individu
Peranan guru dari segi perkembangan diri dan perkembangan murid secara holistik seperti dari aspek jasmani , emosi , rohani dan intelek.
Apakah tujuan UNESCO mengariskan empat tonggak pendidikan?
Tujuannya adalah mempromosikan pembangunan individu secara menyeluruh (holistik) melalui pembelajaran sepanjang hayat, yang merangkumi :
Belajar untuk menguasai ilmu
Membina pengetahuan asas untuk memahami persekitaran dan diri sendiri,
Belajar untuk menguasai kemahiran
Memperolehi kemahiran praktikal, kecekapan teknikal, dan kemampuan untuk bekerja secara profesional
Belajar untuk menjadi insan berguna
Membantu individu mengembangkan potensi diri secara menyeluruh dari segi fizikal, emosi, intelektual, dan etika, serta menyumbang kepada pembangunan diri dan masyarakat
Belajar untuk harmoni dan kerjasama
Mendidik individu untuk memahami orang lain, menghormati perbezaan latar belakang, dan bekerjasama dalam suasana harmoni