Konsep Pendidikan dari Perspektif Barat
Maria Montessori(1870-1952): Pendidikan adalah proses membentuk dan mengembangkan intelek, jasmani, rohani dan sosial kanak-kanak.
T.H.Huxley(1825-1895): Orang yang berpendidikan- bersedia berkhidmat demi kemajuan diri dan masyarakat, rela bekerja dengan ikhlas, patuh kepada undang-undang, bersemangat, berani dan bersosial.
Perbandingan Matlamat Pendidikan:
- Daripada perspektif Barat, pendidikan bersumberkan pengetahuan, pengalaman dan logik akal. Manakala daripada perspektif Islam, pendidikan bersumberkan ilmu wahyu Al-Quran dan Sunnah.
- Daripada perspektif Barat, pendidikan berteraskan mental dan intelektual. Manakala daripada perspektif Islam, pendidikan berteraskan rohani, mental dan jasmani.
- Daripada perspektif Barat, pendidikan memberikan tumpuan kepada pengetahuan dan maklumat. Manakala daripada perspektif Islam, pendidikan memberikan tumpuan untuk mencapai kesempurnaan akhlak individu.