Kepentingan Falsafah Pendidikan Kebangsaan kepada guru Rujukan:Sabilan, S., Lip, S. M., Ishak, M. F., Abidin, S. Z., Sulaiman, S. H., & Tarimin, M. (2018). Konsep penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Research Gate, 1-14.
- Panduan Utama Guru
FPK menjadi teras dan panduan kepada guru dalam merancang, melaksana dan menilai proses pengajaran dan pembelajaran. Ia memastikan guru tidak hanya mengajar kandungan akademik tetapi juga menerapkan nilai murni dan membina sahsiah murid
- Membentuk Guru sebagai Qudwah Hasanah
Guru dilihat sebagai teladan (role model). Melalui FPK, guru dipandu untuk mendidik bukan sahaja dari aspek intelek, tetapi juga emosi, rohani, dan jasmani murid. Hal ini membantu melahirkan insan seimbang dan harmonis
- Menjamin Pendidikan Holistik
FPK menekankan pembangunan insan secara menyeluruh (intelek, emosi, rohani, jasmani). Guru berperanan besar memastikan murid bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga mempunyai akhlak mulia, disiplin, kepimpinan, patriotisme dan rasa tanggungjawab
- Penerapan Nilai Murni
FPK menggariskan penerapan nilai-nilai murni seperti jujur, kerjasama, hormat, kasih sayang, keadilan dan kesederhanaan. Guru bertanggungjawab menyerapkan nilai ini dalam mata pelajaran, kokurikulum, dan budaya sekolah supaya murid menjadi warganegara yang berakhlak