Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Tokoh-tokoh Pendidikan Mengikut Era - Coggle Diagram
Tokoh-tokoh Pendidikan Mengikut Era
Di Malaysia
Pramerdeka
Dato' Seri Aminuddin Baki
Dilahirkan pada 26 Januari 1926 di Kg Batu Sembilan, Chemor, Perak.
Pernah terlibat dalam Jawatankuasa Penyiasat Mogok Pelajar-pelajar SITC 1950, Jawatankuasa Kelemahan Murid-murid Melayu dalam memasuki sekolah menengah, Jawatankuasa Ejaan Melayu-Indonesia.
Memberi sumbangan dalam penggubalan dasar-dasar pendidikan negara, iaitu Jawatankuasa Barnes 1951, Jawatankuasa Penyata Razak 1956, Jawatankuasa Rahman Talib 1960 dan Jawatankuasa Merancang Pelajaran Tinggi.
Turut menjadi Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Pengerusi Dewan Kebudayaan Tanah Melayu dan Anggota Suruhanjaya Fullbright.
Mendapat gelaran Bapa Pendidikan Malaysia.
Usaha beliau telah membawa kewujudan aliran sains di sekolah menengah Melayu.
Syor-syor dalam Penyata Aminuddin Baki 1962 telah berjaya menyelesaikan masalah keciciran pelajar Melayu untuk meneruskan pelajaran dari sekolah rendah sehingga ke peringkat sekolah menengah.
Tan Sri Dr Zainal Abidin bin Ahmad (Pendeta Za'ba)
Merupakan seorang sasterawan dan pemikir Melayu yang aktif dalam bidang penulisan dan penterjemahan dalam tempoh 40 tahun.
Telah menerapkan nahu Inggeris dan juga Arab kepada bahasa Melayu.
Dilahirkan pada 16 November 1895 di Kampung Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan.
Menegakkan asas sistem bahasa Melayu dalam pelbagai bidang, iaitu bidang ejaan, tatabahasa Melayu dan retorik.
Menjadi sarjana Melayu pertama yang mewujudkan huraian tatabahasa Melayu secara menyeluruh dan lengkap.
Melibatkan diri dalam gerakan pembaharuan Islam dan telah menghasilkan karya-karya berteraskan agama Islam seperti Falsafah Takdir, Asuhan Budi Menerusi Islam serta Pendapatan Perbahasan Ulama pada Kejadian Perbuatan dan Perusahaan Hamba.
Pascamerdeka
Dato' Razali Ismail
Merupakan seorang saintis dan pakar perubatan Melayu yang bertauliah.
Orang yang memegang kewajipan untuk meningkatkan keseluruhan prestasi UPSR, PMR dan SPM bagi negeri Terengganu sewaktu menjadi Pengarah Pelajaran di negeri Terengganu.
Dilahirkan pada 25 Jun 1949 di Hulu Terengganu, Terengganu.
Menunjukkan sikap prihatin terhadap pendidikan sekolah-sekolah di kawasan pedalaman serta berusaha menjaga kepentingan mereka supaya sekolah-sekolah tersebut dapat dihubungi melalui jalan raya.
Menaik taraf maktab perguruan dengan meluaskan kursus yang ditawarkan.
Membuat tinjauan ke sekolah pedalaman yang terletak di Sarawak dan Sabah serta sekolah orang asli di semenanjung Malaysia.
YM Prof Diraja Tun Dr Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid
Merupakan tokoh terkenal dalam bidang akademik dan ekonomi.
Pernah menyandang jawatan sebagai konsultan pertubuhan, iaitu Pertubuhan Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Suruhanjaya Ekonomi Asia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Dilahirkan pada 28 Januari 1922 di London, United Kingdom.
Mengasaskan sebuah Pusat Asasi Sains di Malaysia yang membuka peluang kepada pelajar bumiputera luar bandar yang msikin supaya memiliki peluang untuk menceburkan diri dalam bidang sains dan teknologi.
Di Luar Negara
Barat
Albert Einstein (Jerman)
1.Ahli fizik terkenal dengan Teori Relativiti.
2.Membawa revolusi dalam sains moden.
Rujukan:
Einstein, A. (2005). Relativity: The special and the general theory (R. W. Lawson, Trans.). Routledge. (Original work published 1916)
Nelson Mandela(Transkei)
1.Pejuang anti-apartheid Afrika Selatan.
2.Presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan.
Rujukan:
Mandela, N. (1994). Long walk to freedom: The autobiography of Nelson Mandela. Little, Brown and Company.
Marie Curie(Poland)
1.Saintis wanita pertama yang menerima Hadiah Nobel.
2.Penyelidikannya tentang radiasi membawa penemuan polonium dan radium.
3.Sumbangan besar dalam bidang perubatan, khususnya rawatan kanser (radioterapi).
Rujukan:
Quinn, S. (1995). Marie Curie: A life. Simon & Schuster.
Islam
Ibnu Sina(Afshona)
1.Ahli perubatan & falsafah.
2.Karyanya Al-Qanun fi al-Tibb menjadi rujukan utama dalam perubatan.
Rujukan:
Nasr, S. H. (2007). Ibn Sina. In T. Shepard (Ed.), Encyclopaedia of Islam (Vol. 3). Brill.
Ibnu Khaldun(Tunisia)
1.Bapa sosiologi moden.
2.Karyanya Muqaddimah memperkenalkan teori tentang masyarakat & tamadun.
Rujukan:
Alatas, S. F. (2014). Applying Ibn Khaldun: The recovery of a lost tradition in sociology. Current Sociology, 62(3), 313–333.
https://doi.org/10.1177/0011392114524516
Al-Biruni(Israel)
1.Ahli astronomi, matematik dan geografi.
2.Menghasilkan karya besar Kitab al-Qanun al-Masudi tentang astronomi dan geografi.
3.Menyumbang dalam kajian tentang ukuran bumi, sains farmasi dan sejarah.
Rujukan:
Ansari, S. M. R. (2002). Abu Rayhan al-Biruni: His life and works. Studies in History of Medicine and Science, 18(1-2), 15–29.
Timur
Confucius / Kong Zi(China)
1.Falsafahnya menekankan moral, etika dan pendidikan.
2.Menjadi asas budaya & politik masyarakat Cina.
Rujukan:
Yao, X. (2000). An introduction to Confucianism. Cambridge University Press.
Sun Yat-sen(China)
1.Bapa Revolusi China, pengasas Republik China (1912).
2.Tokoh nasionalisme Asia Timur.
Rujukan:
Bergère, M. C. (1998). Sun Yat-sen. Stanford University Press.
Mahatma Gandhi(India)
1.Memimpin kemerdekaan India dengan konsep satyagraha (tanpa kekerasan).
2.Menginspirasi gerakan hak asasi manusia global.
Rujukan:
Chadha, Y. (1997). Gandhi and the challenge of religious diversity. Modern Asian Studies, 31(5), 1033–1065.
https://doi.org/10.1017/S0026749X00017285
Pandangan Tokoh-tokoh Pendidikan
Dato' Seri Aminuddin Baki
Sistem Pendidikan Kebangsaan & Perpaduan
Gabung murid semua kaum agar selaras kurikulum dan perpaduan sejak sekolah rendah. Jadi, beliau tidak bersetuju dengan sekolah vernakular
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar
Bahasa utama pendidikan, penyatu budaya dan identiti nasional
Peperiksaan Awam & Sistem Sekolah
Penambahbaikan sistem SPM/STPM dan pusat pengawalan peperiksaan
Albert Einstein
Kebebasan Berfikir
Menekankan kepentingan kebebasan intelektual, bukan dikongkong oleh sistem kaku.
Pendidikan Bukan Hanya Hafalan
Pendidikan sebenar ialah membangunkan pemikiran kritis, imaginasi, dan kreativiti。
Imaginasi Lebih Penting daripada Pengetahuan
Pengetahuan ada batasnya, tetapi imaginasi tidak terbatas dan mendorong penemuan baharu.
Tan Sri Dr Zainal Abidin bin Ahmad (Pendeta Za'ba)
menekankan pendidikan bahasa Melayu dan keseimbangan ilmu duniawi serta agama
menguasai bahasa Melayu, Arab dan Inggeris supaya lahir insan berilmu dan berakhlak.
Dato' Razali Ismail
Pendidikan adalah hak untuk semua
Setiap individu, tanpa mengira latar belakang sosial atau lokasi, mesti mendapat akses kepada pendidikan berkualiti.
Pendidikan holistik dan inklusif
Menekankan keseimbangan antara aspek akademik, kemahiran insaniah dan sahsiah.
YM Prof Diraja Tun Dr Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid
Membebaskan Golongan Miskin melalui Ilmu
Pendidikan dipertanggungjawabkan sebagai alat pembebasan ekonomi sosial.
Nelson Mandela(Transkei)
Pendidikan membina perpaduan
Melihat pendidikan sebagai alat memupuk toleransi, persefahaman dan keharmonian antara kaum yang berbeza.
Marie Curie(Poland)
Pendidikan untuk Semua, tanpa diskriminasi
Ilmu pengetahuan tidak seharusnya terhad kepada jantina atau latar belakang sosial.
Ibnu Sina(Afshona) :
Menekankan pendidikan untuk melahirkan insan seimbang akal, jasmani, rohani dan akhlak.
Menegaskan pendidikan perlu menggabungkan ilmu agama, sains, akhlak dan latihan praktikal sejak kecil.
Ibnu Khaldun(Tunisia)
Menekankan pendidikan untuk membentuk akal, adab dan masyarakat yang berperadaban.
Menegaskan bahawa pendidikan perlu berperingkat, menggabungkan ilmu agama dan ilmu akal, serta mengutamakan pembentukan akhlak agar lahir insan yang memahami ilmu dan mampu membangunkan tamadun.
Al-Biruni(Israel)
Menekankan pendidikan berasaskan ilmu luas dan pemerhatian untuk lahir insan rasional.
Pendidikan perlu menggabungkan agama, sains dan bahasa bagi membentuk manusia berilmu dan berakhlak.
Mahatma Gandhi(India)
Menekankan pendidikan sebagai alat membentuk insan berakhlak dan berdikari.
Menegaskan pendidikan perlu menggabungkan ilmu akademik, kerja tangan, moral dan kerohanian supaya murid dapat hidup sederhana serta menyumbang kepada masyarakat
Confucius / Kong Zi(China)
Menekankan pendidikan untuk membentuk moral dan akhlak mulia.
Pendidikan mesti mendidik manusia menjadi beretika, berdisiplin, menghormati orang tua dan berbakti kepada masyarakat.
Sun Yat-sen(China)
Menekankan pendidikan untuk membangunkan bangsa dan semangat kebangsaan.
Pendidikan harus melahirkan rakyat yang berilmu, berakhlak dan bersemangat patriotik agar mampu memajukan negara China yang merdeka dan moden.