Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Tindakan Raja Melayu dalam Menangani Cabaran Barat - Coggle Diagram
Tindakan Raja Melayu dalam Menangani Cabaran Barat
TUNTUTAN RAJA MELAYU MELALUI DURBAR
KUALA LUMPUR 1903
-Sultan Perak (Sultan Idris Murshidul Adzam Shah) kritik pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral.
-Mahu kuasa institusi raja dikembalikan.
-Minta bilangan pegawai Melayu ditambah dan dilantik ke jawatan tinggi.
-Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan mahu Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi Persekutuan.
PEKAN, PAHANG 1932
-Sultan Perak (Sultan Iskandar Shah) desak kuasa pemerintahan dikembalikan kepada Raja-Raja Melayu dan Majlis Negeri.
SERI MENANTI, NEGERI SEMBILAN 1939
-Sultan Selangor (Sultan Hisamuddin Alam Shah) cadang tubuh Malay Girls College setaraf Malay College Kuala Kangsar.
-Tujuan: Tingkatkan pendidikan wanita Melayu.
KLANG, SELANGOR 1937
-Tuanku Abdul Rahman (Negeri Sembilan) mahu peluang pekerjaan diberikan kepada buruh Alam Melayu, bukan buruh Cina/India.
-Sultan Pahang (Sultan Abu Bakar) desak British beri perhatian kepada masalah orang Melayu tak ada kerja & tanah.
DIPLOMASI MENANDATANGANI TEKANAN BRITISH
SULTAN ABU BAKAR
KUNJUNGAN KE ENGLAND BERTEMU DENGAN RATU VICTORIA
-Bertemu Ratu Victoria, tahun 1868.
-Diberi gelaran Maharaja Johor.
-Meredakan tekanan Gabenor Negeri-Negeri Selat.
-Diberi kepercayaan British selesaikan pertikaian di negeri-negeri Melayu.
MENUBUHKAN LEMBAGA PENASIHAT JOHOR DI ENGLAND
-Ahli dilantik daripada pegawai British yang berpengaruh.
-Bertindak sebagai penasihat baginda dalam hal pentadbiran.
MENGADAKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN KERAJAAN NEGERI-NEGERI SELAT
-British kekalkan Teluk Belanga (Singapura) sebagai milik Kesultanan Johor.
-Baginda & kerabatnya menetap di Singapura hingga 1889, kemudian pindah ke Johor.
SULTAN ZAINAL ABIDIN III
KEBIJAKSANAAN DALAM RUNDINGAN
-Seorang pemerintah berani dan tegas mempertahankan kedaulatan negeri.
-Berunding dengan Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura selepas Perjanjian Bangkok 1909.
MENANDATANGANI PERJANJIAN BRITISH-TERENGGANU 1910
-Rundingan membawa kepada Perjanjian 1910, meminda Perjanjian Bangkok 1909.
-Sultan hanya setuju tandatangan apabila British akui Terengganu negeri merdeka.
-Terengganu hanya benarkan wakil British tanpa kuasa dalam pentadbiran negeri.
KEENGGANAN PEMERINTAH NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA MENERIMA PENASIHAT BRITISH
Penasihat British di Terengganu
-1910 – Sultan Zainal Abidin III tolak Penasihat British, hanya terima wakil British tanpa kuasa pentadbiran.
-1919 – Selepas Sultan Zainal Abidin III mangkat, Sultan Muhammad II naik takhta → dipaksa tandatangan Perjanjian Terengganu-British (24 Mei 1919).
-Perjanjian → Wakil British jadi Penasihat British → British boleh campur tangan dalam semua urusan kecuali agama Islam & adat Melayu.
-Penasihat British pertama: J.L. Humphreys.
-Sultan Muhammad II (1918-1920) – banyak berbincang dengan pembesar negeri, kurang rujuk Penasihat British.
-Tindakan baginda buat British marah → dianggap penghalang → Sultan Muhammad II turun takhta (1920) → diganti Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.
Penasihat British di Perlis
-15 Julai 1909: Meadow Frost dilantik sebagai Penasihat British di Perlis.
-1909: Siam serah Perlis kepada British, tetapi tiada perjanjian rasmi antara British dan Perlis.
-28 April 1930: Perjanjian Perlis-British ditandatangani.
-Perlis menjadi negeri Melayu terakhir di bawah naungan British.
-Perjanjian ini tingkatkan kawalan Penasihat British melalui Majlis Mesyuarat Negeri Perlis.
Penasihat British di Kedah
-15 Julai 1909: W.G. Maxwell dilantik sebagai Penasihat British di Kedah.
-Penolakan W.G. Maxwell oleh Majlis Mesyuarat Negeri Kedah (dipimpin Tunku Mahmud) sebab campur tangan pentadbiran.
-W.G. Maxwell dianggap melampaui kuasa dan mencabar identiti negeri.
-Majlis Mesyuarat bantah arahan surat rasmi mesti dalam bahasa Inggeris dan melalui Residen Jeneral.
-Maxwell ketepikan nama Kedah dalam surat rasmi dan kibarkan bendera Union Jack, dianggap hina oleh rakyat.
-Konflik ini bawa kepada Perjanjian Kedah-British pada 1 November 1923.
-Kedah masih kekal identiti Melayu walaupun di bawah British:
Penasihat British di Kelantan
-Sultan Muhammad IV tidak terima Perjanjian Bangkok.
-British berunding dengan baginda → Perjanjian baru pada 1910.
-J.S. Mason dilantik sebagai Penasihat British di Kelantan.
-Sultan Kelantan perlu ikut nasihat Penasihat British kecuali:
-Sultan tidak boleh buat hubungan luar tanpa izin Penasihat British.
Menggubal Undang-undang Tubuh
Undang-Undang Tubuh
Kerajaan Johor
KEPENTINGAN
-Mengimbangi kuasa British & pertahan identiti Johor.
-Bentuk kerajaan berteraskan demokrasi (gantikan pemerintahan mutlak).
-Menjejaskan rancangan British untuk menguasai Johor.
KANDUNGAN
-Sultan tidak boleh serahkan negeri Johor kepada kuasa asing.
-Menteri & Jemaah Pangkuan Kerajaan juga tidak boleh serahkan negeri kepada kuasa asing.
-Jemaah Menteri mesti daripada bangsa Melayu, rakyat Johor & beragama Islam.
-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan mestilah rakyat Johor.
-Islam menjadi agama negeri selama-lamanya.
-Raja & kerajaan Johor perlu kekalkan hubungan baik dengan kerajaan lain (terutama British).
-14 April 1895 – Sultan Abu Bakar isytiharkan perlembagaan negeri (Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor).
-Johor jadi negeri Melayu pertama amalkan sistem raja berperlembagaan & mempunyai unsur demokrasi.
Undang-Undang Bagi Diri
Kerajaan Terengganu
KEPENTINGAN
-Memantapkan pentadbiran & memelihara kedaulatan negeri.
-Mengukuhkan perpaduan antara raja, pembesar & rakyat.
-Jadi benteng menentang campur tangan British dalam pemerintahan Terengganu.
KANDUNGAN
-Kerajaan Terengganu ialah kerajaan Melayu Islam (Malayuwiyyah Islamiyyah).
-Islam → asas perundangan negeri.
-Sultan tidak boleh serahkan negeri kepada kuasa asing.
-Jika Sultan serah negeri kepada kuasa asing → Sultan mesti turun takhta.
-Menteri Besar → mesti Islam & rakyat Terengganu.
-Ahli Mesyuarat Negeri → boleh bukan Islam tetapi mesti rakyat Terengganu.
Raja MeneraJui Pemoelenan Negeri
Pemodenan Johor
-Bekerjasama dengan Majlis Jemaah Menteri yang cekap & taat setia.
-Teruskan usaha pemodenan pentadbiran yang dipelopori Temenggung Daeng Ibrahim.
-meliputi pentadbiran, kewangan, undang-undang,pelajaran,kesihatan,tanah, polis & tentera
usaha
-Menubuhkan pelbagai jabatan untuk pembangunan negeri.
-Jabatan beroperasi efisien & berkesan → kurangkan campur tangan British.
-Berjaya jadikan Johor negeri Melayu paling moden abad ke-19.
-Dikenali sebagai “Bapa Pemodenan Johor”.
Pemodenan Kedah
-Sultan: Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882–1943) – digelar Bapa Kedah Moden.
-Dibantu: Tunku Abdul Aziz, Tunku Mahmud, Tunku Ibrahim, Wan Muhammad Saman.
-Wujudkan Jabatan Perbendaharaan, Tanah & Ukur, Audit, Pos & Telekom, Mahkamah Keadilan, Pasukan Polis Kedah.
Pemodenan Terengganu
-Sultan: Sultan Zainal Abidin III bersama Tengku Muhammad (Yang Dipertuan Muda).
-Menubuhkan Jemaah Mesyuarat Kerajaan & Jemaah Menteri (1912).
-Wujudkan Pejabat Setiausaha Kerajaan, Perbendaharaan, Pesuruhjaya Keadilan, Agama & Pelajaran, Kerja Raya, Pesuruhjaya Hutan.