Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
CIRI CIRI MASYARAKAT ARAB JAHILIAH - Coggle Diagram
CIRI CIRI MASYARAKAT ARAB JAHILIAH
EKONOMI
Semenanjung Tanah Arab mempunyai tanah yang kurang subur untuk pertanian.
Di Yaman pula terdapat tanaman gandum dan kopi yang amat bergantung pada hujan.
Pada peringkat awalnya, masyarakat Yaman memasarkan hasil dagangan dari Hadramaut
dan India, serta membawanya juga ke Syam dan Mesir.
Ketika itu, laluan perdagangan merentasi benua yang dikenali sebagai Laluan Sutera
telah menghubungkan pedagang Arab dengan China, India dan Asia.
Perniagaan masyarakat Arab Jahiliah hanya mementingkan keuntungan, mengamalkan
riba dan menipu timbangan.
POLITIK
KAUM HADHARI
Kaum Hadhari tinggal di kota dengan menjalankan perniagaan dan memiliki binatang
ternakan.
Mereka mengamalkan sistem kabilah yang diketuai oleh seorang syeikh.
seorang syeikh yang dilantik sebagai ketua mestilah disukai ahli kabilah, matang, berani,sanggup mempertahankan puaknya dan pandai berpidato.
Penyatuan masyarakat berkabilah adalah berdasarkan keturunan yang sebagai semangat assabiyah. Mereka bermegah dengan kabilah masing-masing
Mereka juga sering berperang untuk merebut kuasa, pengaruh dan harta.
Di kawasan Makkah terdapat kaum Arab Quraisy yang mentadbir dan perdagangan. Namun begitu, Makkah pernah diancam musuh.
Contohnya,Abrahah,pemerintah Habsyah yang ingin menghancurkan Kaabah.
Pentadbiran di Makkah diuruskan oleh badan atau jabatan yang mentadbir beberapa
bidang dengan tugas tertentu seperti Darun-Nadwah.
KAUM BADWI
Kaum Badwi pula hidup secara nomad dengan memelihara binatang ternakan.
SOSIAL
Wathani
Mereka menyembah berhala. Antaranya termasuklah al-Latta, al-Uzza, al-Manat dan
Hubal. Terdapat 360 buah berhala di sekeliling Kaabah.
Majusi
Mereka menyembah api. Agama ini berasal dari negeri Parsi. Kebanyakan penganut
agama ini tinggal di Yaman, Oman dan Bahrain kerana kawasan ini dipengaruhi oleh Parsi.
Yahudi
Agama ini dianuti oleh Bani Israel yang tinggal di utara Semenanjung Tanah Arab.
Nasrani
Agama ini juga dianuti oleh Bani Israel. Agama ini dikembangkan
di utara Semenanjung Tanah Arab melalui penduduk Ghassan dan Hirah.
Animisme
Terdapat juga masyarakat yang mengamalkan kepercayaan animisme. Mereka
percaya kepada roh dan kuasa ghaib.
Hunafa’
Ketika ini juga masih terdapat penganut yang mengamalkan ajaran yang dibawa oleh
Nabi Ibrahim AS.
Adat dan kehidupan seharian
Terdapat masyarakat yang menilik nasib untuk meramal masa depan mereka. melakukan sesuatu perjalanan atau pekerjaan, mereka akan memerhati sekeliling bagi menentukan nasib yang akan menimpa sama ada baik atau buruk
Mereka juga mempercayai ahli sihir dan kuasa azimat.
Dalam kehidupan seharian pula, mereka memandang rendah kepada kaum
wanita dan memberikan penghormatan yang lebih kepada anak lelaki.
Mereka hidup dalam kemaksiatan, seperti berjudi, berzina, meminum arak dan
bersifat angkuh.