Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN, Learning to Do (Belajar untuk Melakukan) -…
DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN
DEFINISI
proses menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan kepercayaan kepada individu untuk membentuk perkembangan menyeluruh dari segi emosi dan rohani.
KONSEP PENDIDIKAN
merujuk kepada gambaran menyeluruh tentang makna, tujuan, dan pelaksanaan pendidikan dalam kehidupan individu dan masyarakat
Pendidikan boleh berlaku secara formal (di sekolah atau institusi pengajian), tidak formal (melalui aktiviti luar seperti kem motivasi), dan informal (melalui pengalaman harian dalam keluarga dan masyarakat).
MATLAMAT PENDIDIKAN
1.Melahirkan insan yang seimbang dan harmoni
2.Membentuk warganegara yang bertanggungjawab
3.Mempersiapkan individu untuk kehidupan
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah satu pernyataan yang menjelaskan asas, tujuan dan arah tuju sistem pendidikan negara Malaysia. FPK menjadi panduan utama dalam merancang, melaksana dan menilai semua aspek pendidikan, sama ada dari segi kurikulum, pengajaran, pembelajaran atau pembangunan sahsiah pelajar.
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
Falsafah Pendidikan Guru ialah satu pernyataan rasmi yang menjadi panduan asas kepada profesion keguruan di Malaysia. FPG menerangkan tentang peranan, tanggungjawab dan nilai-nilai utama yang perlu dimiliki oleh seorang guru dalam usaha melahirkan insan yang holistik dan seimbang.
TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO
Learning to Know (Belajar untuk Mengetahui)
Memberi pengetahuan asas dan kemahiran intelek untuk memahami dunia.
Learning to Live Together (Belajar untuk Hidup Bersama)
Mendidik individu agar dapat hidup secara harmoni dalam masyarakat yang pelbagai budaya, agama, dan latar belakang.
Learning to Be (Belajar untuk Menjadi)
Mengembangkan potensi diri secara menyeluruh: intelek, fizikal, emosi, moral dan rohani.
Learning to Do (Belajar untuk Melakukan)
Melengkapkan individu dengan kemahiran praktikal dan profesional untuk menyertai dunia kerja dan kehidupan harian.