Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani ,emosi, rohani, intelek dan sosial berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan , berterampilan , berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
-
CONTOH: Seorang pelajar yang cemerlang bukan hanya dinilai dari segi akademik tetapi juga mempunyai sahsiah yang baik, bekerjasama dengan rakan dan mempunyai tubuh badan yang sihat.
ARTIKEL:Laman Web Rasmi KPM merupakan sumber paling sahih yang memuatkan teks penuh FPK dan penerangannya.Selain itu, Rencana Berita Harian memberi perspektif semasa tentang kepentingan dan aplikasi FPK dalam konteks semasa. Seterusnya, Artikel Akademik membincangkan kajian dan analisis tentang keberkesanan penerapan FPK dalam kaedah pengajaran guru.