Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Definisi dan Konsep Pendidikan - Coggle Diagram
Definisi dan Konsep Pendidikan
Definisi dan Konsep :
Definisi
Membawa maksud perihal mendidik, iaitu memberi didikan, latihan ataupun ajaran.
Konsep
Satu proses membentuk kecederungan asasi yang berupa kepercayaan dan perasaan terhadap persekitaran, iaitu alam sejagat dan sesama manusia.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Satu usaha ke arah mengembangkan potensi individu dan seterusnya bertekad untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi JERIS, iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial.
Sangat penting kepada golongan guru supaya dapat dijadikan hala tuju dalam usaha membantu mereka menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih sistematik dan mudah.
Matlamat FPK: untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulis dan bertanggungjawab serta berkembang menjadi seorang warganegara yang berintegriti.
Pendidikan kemanusiaan
Satu inisiatif untuk menzahirkan individu yang seimbang, beretika dan berakhlak mulia yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi turut mampu memberi sumbangan secara positif kepada masyarakat dan negara.
Menekankan nilai-nilai seperti empati, simpati, tanggungjawab, hormat-menghormati dan jujur.
Pendidikan kemanusiaan memberi ruang bagi pengembangan dimensi kemanusiaan, ruang kebebasan dan ruang berefleksi dalam kalangan individu yang telah dididik.
Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Satu panduan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan tujuan untuk membentuk guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara.
Menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan interaktif bagi memperkembang dan memperluas potensi serta bakat murid.
Menghasilkan guru yang berkualiti dari pelbagai segi, misalnya peribadi, tahap profesional, sosial dan amalan tingkah laku serta penguasaan ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan yang cemerlang.
Tonggak Pendidikan UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization)
Belajar untuk menguasai kemahiran
Pendidkan dapat melengkapkan seseorang dengan ilmu kemahiran yang dapat diaplikasikan dalam bidang pekerjaan pada waktu kelak.
Belajar untuk menjadi insan berguna
Tonggak ini menegaskan bahawa pendidikan mempunyai peranan penting untuk membentuk manusia menjadi seorang insan yang sempurna dan positif dalam setiap perlakuannya untuk kebaikan masyarakat dan negara.
Belajar untuk harmoni dan bekerjasama
Pendidikan menjadi wahana vital untuk memberi asuhan kepada manusia supaya beriktiar untuk bersama-sama menyumbang tenaga bagi mewujudkan keadaan negara yang harmoni dan aman.
Belajar untuk menguasai ilmu
Menjelaskan bahawa tujuan utama proses belajar adalah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan memperluas perspektif pemikiran kendiri.
Dengan adalah ilmu pengetahuan dalam minda, manusia mampu memahami dan mengesan persekitaran atau dunia di sekeliling mereka dengan lebih mudah dan kritis.