Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TOPIK 1, Cabang-cabang falsafah - Coggle Diagram
TOPIK 1
Sumber Ilmu
Empirikal
Ilmu yang datang melalui pengalaman, pemerhatian dan kajian terhadap alam sekeliling.
Autoritatif
Ilmu yang diperoleh daripada tokoh, guru, pakar, atau pihak berautoriti yang dipercayai.
Intuitif
Ilmu yang diperoleh melalui gerak hati, ilham, firasat atau kebijaksanaan semula jadi seseorang sama ada rasional atau tidak.
Rasional
Ilmu yang diperoleh melalui akal fikiran, penaakulan logik dan hujah yang tersusun.
Wahyu
Ilmu yang datang daripada Allah melalui kitab suci (al-Quran, al-Hadith) atau ajaran agama.
Konsep Asas Falsafah
Terminologi
Berpaksikan kepada elemen kemanusiaan, ketuhanan dan alam semula jadi.
-
Praktikal
Kajian mengenai masalah am yang berkait dengan kewujudan, kebenaran, kecantikan, keadilan, kesahan, minda dan bahasa.
-
Cabang-cabang falsafah
Metafizik
Kajian tentang kewujudan dan asas kepada pandangan yang sangat luas, yang berkait dengan sifat realiti, apa yang wujud di dunia ini dan susunaturnya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar
Epistemologi
Kajian tentang ilmu dan kepercayaan iaitu ilmu pengetahuan melalui akal dan pancaindera serta hubungannya dengan kebenaran dan keyakinan yang bertujuan memberikan jawapan kepada soalan
Logik
Kajian tentang prinsip kesahihan terhadap sesuatu sama ada secara inferens dan demonstrasi. Logik sebagai sains penaakulan terbahagi kepada kepada logik induktif dan logik deduktif
Logik Induktif: Menggunakan butiran khusus untuk membuat penaakulan seterusnya membuat kesimpulan umum untuk menjelaskan
-
Aksiologi
Kajian tentang nilai-nilai, meliputi hakikat nilai, teori nilai, dan bagaimana nilai tersebut diaplikasikan dalam kehidupan, terutama dalam penggunaan ilmu pengetahuan. Cabang utama aksiologi adalah etika yang membahas nilai moral dan estetika yang mengkaji nilai keindahan dan seni
ETIKA : mengkaji nilai, yang mengkhusus kepada nilai moral dan kelakuan manusia, termasuk perbincangan tentang apa yang dianggap baik atau buruk dalam sesebuah masyarakat atau tingkah laku individu
ESTETIKA :mengkaji nilai kecantikan, kesenian, dan pengalaman deria atau emosi yang berkaitan dengan keindahan
-
-
-
-