Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
ASPEK DAN ISTILAH SASTERA - Coggle Diagram
ASPEK DAN ISTILAH SASTERA
SINOPSIS
Maksud:
Sinopsis ialah ringkasan atau gambaran keseluruhan tentang jalan cerita sesebuah karya sastera. Ia memaparkan peristiwa-peristiwa penting dari awal hingga akhir cerita secara padat dan menyeluruh.
Contoh:
Sinopsis novel menggambarkan bagaimana watak utama menghadapi cabaran dan akhirnya berjaya menyelesaikan konflik.
TEMA
Maksud:
Tema ialah idea utama atau persoalan pokok yang menjadi teras cerita dalam sesebuah karya sastera. Ia merangkumi mesej atau isu penting yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca.
Contoh:
Tema dalam sesebuah cerpen mungkin berkisar tentang kehilangan sesuatu yang bermakna telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup seseorang.
PERSOALAN
Maksud:
Persoalan ialah isu-isu sampingan atau perkara-perkara kecil yang dikembangkan daripada tema utama. Ia merupakan pelbagai soalan kehidupan yang dibangkitkan oleh pengarang untuk difikirkan oleh pembaca.
Contoh:
Persoalan tentang kasih ibu yang tidak berbelah bagi.
WATAK DAN PERWATAKAN
Maksud:
Watak merujuk kepada individu atau tokoh yang memainkan peranan dalam cerita.
Perwatakan merujuk kepada sifat, sikap, dan perlakuan yang ditonjolkan oleh watak dalam cerita.
Contoh:
Watak utama: Mak Piah
Perwatakan: Hidup seorang diri, mempunyai dua orang anak, seorang yang peramah.
NILAI
Maksud:
Nilai ialah unsur positif atau prinsip murni yang terdapat dalam cerita dan ditunjukkan melalui tindakan atau pemikiran watak. Nilai ini boleh dijadikan teladan kepada pembaca.
Contoh:
Nilai kasih sayang
Nilai baik hati
Nilai simpati
PENGAJARAN
Maksud:
Pengajaran ialah iktibar, pedoman atau mesej moral yang dapat diambil oleh pembaca daripada cerita. Ia membantu pembaca berfikir dan berkelakuan dengan lebih baik dalam kehidupan seharian.
Contoh:
Kita hendaklah beetanggungjawab terhadap ibu bapa.
Kita mestilah menghormati ibu bapa.
Kita mestilah menghargai kasih sayang ibu bapa.