Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PSYCHODYNAMIC PSYCHOTHERAPY - Coggle Diagram
PSYCHODYNAMIC PSYCHOTHERAPY
DEFINISI DAN PRINSIP ASAS TERAPI PSIKODINAMIK
Apa itu Terapi Psikodinamik?
Terapi psikodinamik ialah pendekatan psikoterapi yang berasaskan teori psikoanalisis.
Fokus utamanya: proses mental tidak sedar, konflik dalaman, hubungan masa lampau, dan pengulangan corak hubungan dalam interaksi kini.
Dalam terapi kanak-kanak, pendekatan ini menggunakan permainan, lukisan, simbolik, dan dialog sebagai medium komunikasi.
Prinsip Asas (AACAP, 2012):
Proses bawah sedar (unconscious processes) mempengaruhi tingkah laku.
Representasi dalaman (internal representations) daripada pengalaman awal membentuk jangkaan dan tingkah laku semasa.
Konflik psikik (antara keinginan dan nilai sosial) wujud dalam perkembangan normal.
Pertahanan diri (defense mechanisms) dikembangkan dari bentuk primitif kepada matang.
Transference: Corak hubungan masa lalu diulang dalam hubungan dengan ahli terapi.
Countertransference: Emosi ahli terapi terhadap klien boleh beri petunjuk tentang konflik dalaman kanak-kanak.
Neutraliti ahli terapi penting untuk keselamatan emosi dan eksplorasi kendiri kanak-kanak.
American Academy of Child and Adolescent Psychiatry
STRUKTUR DAN FASA TERAPI
Fasa 1: Fasa Permulaan
Penilaian awal terhadap kanak-kanak dan penjaga
Pembangunan diagnosis dan formulasi kes (bio-psiko-sosial)
Penetapan matlamat, kerahsiaan dan peraturan sesi
Terapi mula dengan pendekatan ikut irama dan kepimpinan kanak-kanak
Fasa 2: Fasa Pertengahan (Middle Phase)
Fokus kepada perubahan dalaman:
Peraturan emosi (self-regulation)
Pemahaman diri dan orang lain
Mekanisme pertahanan & fungsi reflektif
Terapi melibatkan pengulangan & penerokaan tema, disebut sebagai working through
Peranan ibu bapa: terus memberi maklumat, menyokong, dan menyesuaikan gaya keibubapaan
Fasa 3: Fasa Penamatan
Konsolidasi hasil terapi
Bincang isu perpisahan & kehilangan
Sediakan pelan susulan jika perlu
Tanda-tanda simptom lama boleh muncul sementara (symptom return), yang diproses sebagai sebahagian dari penamatan
TEKNIK DAN PENDEKATAN DALAM TERAPI PSIKODINAMIK
Kaedah Intervensi:
Pemerhatian, bermain, lukisan, perbualan spontan
Peneguhan mesej melalui simbol (contoh: bermain dengan anak patung mewakili konflik sebenar di rumah)
Interpretasi ahli terapi terhadap tingkah laku atau ekspresi emosi (dalam bahasa yang difahami kanak-kanak)
Contoh:
Seorang kanak-kanak bermain dengan askar dan monster. Ahli terapi mentafsir permainan itu mewakili konflik dalaman antara ingin memberontak vs takut dihukum.
PERANAN IBU BAPA
Penting dalam terapi kanak-kanak.
Ahli terapi akan berinteraksi dengan ibu bapa untuk:
Menyampaikan perkembangan terapi (tanpa langgar kerahsiaan)
Menyokong perubahan dalam gaya keibubapaan
Membantu keluarga menyesuaikan diri dengan perubahan anak
KEBERKESANAN TERAPI PSIKODINAMIK (BERDASARKAN KAJIAN)
Dapatan Umum:
Berfungsi baik untuk:
Gangguan emosi (depresi, keresahan)
Gangguan tingkah laku ringan
Kanak-kanak dengan trauma atau masalah lampau
Kesan berterusan selepas rawatan berakhir (sleeper effect)
Kesan lebih baik apabila terapi intensif (3–5 kali seminggu)
Kajian Penting:
IMPACT Study (UK): Terapi psikodinamik sama efektif dengan CBT untuk remaja murung
Trowell et al. (2003–2010): 75% remaja keluar dari kategori klinikal selepas terapi psikodinamik
Fonagy & Target (1996): Kanak-kanak bawah 12 lebih berjaya dengan terapi intensif (4–5x/minggu)
Rossouw & Fonagy (2012): Mentalization-Based Therapy (MBT-A) turunkan insiden mencederakan diri
LIMITASI & CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Kelemahan Penyelidikan:
Sampel kecil
Kurang RCT (randomized controlled trials)
Sukar standardkan pendekatan kerana sifat fleksibel terapi
Cadangan:
Lebih banyak RCT berkualiti tinggi
Banding keberkesanan dengan terapi lain (CBT, family therapy)
Kaji keberkesanan jangka panjang
Bangunkan pendekatan atas talian (seperti Internet-Based PDT)