Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TOPIC 12 : PAROLE AND REINTEGRATION - Coggle Diagram
TOPIC 12 : PAROLE AND REINTEGRATION
1.0 Konsep Parol dan Ciri Parolee
Definisi:
Parol ialah pembebasan awal banduan dari fasiliti keselamatan selepas menjalani sebahagian daripada hukuman mereka.
Ciri-ciri biasa parolee:
Wanita
Tidak mempunyai sejarah jenayah ganas yang serius
Telah menunjukkan perubahan tingkah laku semasa dalam penjara
Terlibat aktif dalam program pemulihan
Bukan penduduk tempatan
Mereka mungkin tiada keluarga atau rangkaian sosial yang kuat di kawasan tempat mereka dipenjarakan.
Kesalahan berkaitan:
Dadah
Kesalahan seperti pemilikan, penggunaan atau pengedaran kecil-kecilan.
Keganasan
Kes-kes ini dinilai dengan lebih berhati-hati kerana melibatkan risiko keselamatan orang lain.
Harta benda
Penilaian biasanya mengambil kira kerugian mangsa dan sama ada pesalah sanggup membayar ganti rugi atau terlibat dalam program pemulihan.
2.0 Teori Berkaitan: Braithwaite (Crime, Shame & Reintegration)
Teori Pelabelan (Labelling Theory)
Teori ini menyatakan bahawa label atau gelaran yang diberikan kepada seseorang boleh membentuk identiti diri mereka.
Jika masyarakat melihat mereka sebagai pesalah, maka mereka juga akan melihat diri mereka begitu, lalu berkelakuan mengikut label tersebut.
Contoh: Jika seseorang yang baru keluar penjara dipanggil “bekas banduan” dan tidak diberi peluang bekerja, dia mungkin kembali mencuri kerana rasa dirinya memang ‘tidak berguna’.
Shaming (Memberi Rasa Malu) Sebagai Mekanisme Kawalan Sosial
Braithwaite tidak menolak perasaan malu sepenuhnya — malah dia menganggap rasa malu (shame) ini perlu dalam masyarakat untuk menegur kelakuan salah.
Tetapi ada 2 jenis shaming:
Reintegrative Shaming (Malu yang Membangunkan)
Mengkritik perbuatan salah tanpa menolak orangnya.
Memberi peluang kepada pesalah untuk memperbaiki diri dan diterima semula dalam masyarakat.
Contoh: Seorang pesalah diberi peluang berucap di hadapan komuniti, memohon maaf, dan kemudian dibantu mendapatkan pekerjaan. Dia rasa malu, tetapi juga disokong – lalu berubah.
Stigmatizing Shaming (Malu yang Menjatuhkan)
Mengkritik bukan hanya perbuatan, tetapi maruah individu itu sendiri.
Membuatkan pesalah rasa terpinggir, tidak berguna dan akhirnya kembali kepada budaya jenayah.
Contoh: Banduan yang keluar penjara cuba mencari kerja tetapi dihina, disisihkan dan tiada siapa mahu bantu. Dia rasa masyarakat tidak akan pernah terima dia — lalu kembali merompak.
Titik Perubahan (Turning Point)
Braithwaite percaya bahawa rasa malu akibat kesalahan boleh menjadi detik penting dalam hidup pesalah — sama ada berubah atau semakin jauh dari masyarakat.
3.0 Keadilan Restoratif dan Parol
Apa Itu Keadilan Restoratif?
Keadilan Restoratif ialah pendekatan alternatif kepada sistem keadilan jenayah tradisional.
Dalam sistem biasa: penjenayah dihukum (penjara, denda).
Dalam sistem restoratif: fokus kepada pemulihan hubungan dan tanggungjawab moral — bukan hanya menghukum, tapi juga membaiki kesan kesalahan.
Ia menekankan pemulihan (restoration) berbanding hukuman semata-mata.
3 Fokus Utama Keadilan Restoratif
Memulihkan Mangsa
Mangsa diberi peluang untuk bersuara, menyatakan kesan jenayah ke atas diri mereka, dan menuntut keadilan dengan cara yang lebih bermakna.
Mereka juga boleh mendapat penjelasan, permohonan maaf, atau ganti rugi daripada pesalah.
Contoh: Seorang remaja yang mencuri barang dari rumah jiran dipertemukan dengan mangsa, mendengar bagaimana perbuatan itu menakutkan mereka. Remaja itu kemudian memohon maaf dan menggantikan barang tersebut.
Membaiki Kerosakan Komuniti
Komuniti sering menjadi "mangsa tidak langsung" akibat jenayah — rasa takut, tidak selamat, pecahnya kepercayaan.
Program restoratif bertujuan:
Membina semula kepercayaan dalam komuniti
Memberi peluang kepada komuniti untuk terlibat dalam pemulihan pesalah
Contoh: Komuniti mengadakan forum bersama, membincangkan cara untuk menyokong pemulihan pesalah dan mengelakkan jenayah berulang, contohnya melalui program mentor komuniti.
Membimbing Pesalah untuk Kembali ke Masyarakat (Reintegrasi)
Bukan sekadar dihukum, pesalah perlu dibimbing untuk:
Mengakui kesalahan
Menunjukkan keinsafan
Membaiki semula hubungan dengan mangsa dan komuniti
Diterima kembali oleh masyarakat
Contoh: Seorang banduan yang terlibat dalam program keadilan restoratif menulis surat permohonan maaf kepada mangsa, menjalani kaunseling, dan dilatih dengan kemahiran kerja sebelum dibebaskan.
Mengapa Ini Selari dengan Teori Braithwaite?
Braithwaite menyatakan bahawa shaming + reintegration = pemulihan yang berjaya.
Keadilan restoratif juga menggabungkan rasa malu dan tanggungjawab dengan peluang untuk dimaafkan dan diterima kembali.
4.0 Peranan Pegawai Parol Institusi (Institutional Parole Officers)
Fungsi Utama:
Digelar juga sebagai pengurus kes (caseworkers).
Bertanggungjawab untuk:
Menilai kesesuaian parol
Membantu pemulihan dan integrasi semula banduan
Tugas-Tugas Utama:
Perancangan Pra-Pembebasan:
Bermula 6 bulan sebelum pembebasan.
Melibatkan perancangan peralihan dari penjara ke komuniti.
Sokongan dan Rangkaian:
Menyediakan maklumat, bantuan, rujukan pekerjaan dan sokongan psikososial.
Elak banduan ‘terkapai-kapai’ dalam 3-6 bulan pertama selepas dibebaskan.
Penilaian Keperluan Individu:
Borang, senarai semak, temubual.
Penilaian berdasarkan pendekatan berasaskan keperluan (needs-based).
5.0 Komponen Wajib dalam Rancangan Pra-Parol (Jones, 2007)
Tempat Tinggal – sama ada kediaman sendiri, keluarga atau rumah transit.
Sumber Kewangan – pekerjaan, sokongan keluarga, atau bantuan kerajaan.
Rujukan Program – seperti rawatan lanjutan bagi dadah atau terapi mental.
6.0 Penilaian Risiko dan Keperluan (Risk and Needs Assessment)
A. Penilaian Risiko
Tujuan: Menilai kebarangkalian pesalah akan mengulangi jenayah.
Langkah
Semakan latar belakang, sejarah jenayah, ujian psikologi.
Alat: LSI-R, Model RNR.
LSI-R ialah alat penilaian berstruktur (structured tool) yang digunakan oleh pegawai parol, pegawai pemulihan, atau profesional sistem keadilan untuk:
Menilai tahap risiko seseorang pesalah akan mengulangi jenayah (recidivism)
Kenal pasti keperluan pesalah yang perlu diberi perhatian untuk bantu pemulihan
Model RNR ialah satu kerangka teori dan panduan praktikal untuk membantu membuat keputusan dalam pemulihan dan rawatan pesalah.
Faktor
Statik: sejarah jenayah, umur mula melakukan jenayah.
Dinamik: dadah, pekerjaan, sikap.
B. Penilaian Keperluan
Tujuan: Kenal pasti faktor pendorong jenayah dan cara bantu pesalah berubah.
Fokus
Tahap pendidikan, kesihatan mental, sokongan keluarga, ketagihan.
Kenal pasti jurang rawatan atau bantuan yang diperlukan.
Rancang program rehabilitasi individu.
Kesan Penilaian:
Rehabilitasi Berfokus – program lebih sesuai dengan keperluan individu.
Kurangkan Kadar Jenayah Berulang (recidivism).
Pemulihan Sosial – bantu individu bina kehidupan baru.
Keselamatan Komuniti – elak ancaman berulang dengan campur tangan awal.
7.0 Kesimpulan
Parol ialah fasa penting dalam sistem pemulihan jenayah.
Walaupun dipersoalkan dari segi keselamatan awam, ia memberi peluang kedua kepada pesalah yang benar-benar berubah.
Parol tidak sepatutnya menjadi cara untuk kurangkan kesesakan penjara semata-mata, tetapi harus diberi kepada individu yang layak dan telah menunjukkan pemulihan.