Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir - Coggle Diagram
Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir
Lateral
Pengenalan
Tujuan utamanya ialah membebaskan minda daripada persepsi lama yang menghalang inovasi.
Kemahiran berfikir lateral ialah kaedah penyelesaian masalah yang menggunakan imaginasi dan pendekatan tidak konvensional, berbeza daripada pemikiran logik tradisional.
Cara-cara Menigkatkan
Perkaitan Bebas: Sumbangsaran idea dalam kumpulan.
Reversal: Menilai situasi secara terbalik.
Objek Fokal: Kaitkan objek rawak dengan isu dikaji.
Kaedah Cabaran: Mencabar cara sedia ada bukan kerana ia salah, tetapi untuk menggalakkan pemikiran di luar kotak.
Menganalisis Masalah: Melibatkan pemecahan isu kepada bahagian kecil.
Kritis
Pengenalan
Kemahiran berfikir kritis ialah proses intelektual untuk meneroka, menilai dan menganalisis situasi atau masalah secara mendalam bagi menghasilkan rumusan yang menyeluruh.
Ia melibatkan penilaian berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pembacaan, pemerhatian, pengalaman dan pendengaran.
Kaedah Pemikiran Kritis - (Santrock, 2004)
Kaedah Pemikiran Kritis - Nosch (2001)
Pemikiran kritis merangkumi tiga kaedah utama:
bertanya soalan
memikirkan jawapan secara mendalam
percaya penaakulan seseorang
Kemahiran ini dapat mengenal pasti isu yang tidak sepadan dengan pengalaman lepas dan mengubah skema pemikiran mereka untuk menerima atau menolak maklumat baharu.
Berspekulasi dan kembangkan idea baru.
Nilai pandangan orang lain dengan kritis.
Bandingkan pelbagai jawapan.
Sedar ada lebih daripada satu jawapan.
Berbincang secara logik, bukan emosi.
Periksa fakta untuk kesahihan.
Tanya "apa", "mengapa", "bagaimana".
Cara-cara meningkatkan
Buat pertalian dengan dunia sebenar.
Lihat masalah dari pelbagai perspektif.
Buat perbandingan pelbagai jawapan.
Pastikan murid faham penaakulan.
Galakkan perbincangan & penyelesaian masalah.
Soalan mencabar tahap kognitif pelajar.
Mengurus fakta secara sistematik.
Gunakan strategi berpusatkan pelajar.
Kreatif
Pengenalan
Kemahiran berfikir kreatif ditakrifkan sebagai operasi berfikir yang dapat mengembangkan idea atau mencipta idea, hasil, metafora, analogi dan definsi, ataupun mereka-cipta sesuatu yang baru.
Merupakan satu jenis pemikiran di mana seseorang dapat memikirkan pelbagai idea baru yang belum difikirkan oleh orang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Cara-cara Meningkatkan
Mengemukakan soalan terbuka dan relevan.
Mengubah tahap kesukaran soalan mengikut keperluan murid.
Menyusun soalan latihan daripada mudah ke sukar untuk mencabar minda.
Memberi soalan spontan yang sesuai dengan situasi.
Memupuk rasa ingin tahu melalui soalan unik dan ganjaran atas idea kreatif.
Menggalakkan pemikiran bebas dan mengelakkan sikap tertutup.
Menggantikan pemikiran tradisional dengan strategi seperti penyoalan dan penyelesaian masalah untuk menjana idea baru.
Reflektif
Pengenalan
Birchall (1992) berpendapat, kemahiran berfikir reflektif memerlukan penggunaan pengalaman-pengalaman sedia ada untuk menimbangkan kemungkinan-kemungkinan tindakan alternatif yang boleh digunakan untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya.
Wilson & Wing Jan L (1993) pula menyatakan kemahiran berfikir reflektif adalah berhubung rapat dengan aspek-aspek pemikiran yang lain iaitu pemikiran kritis dan kreatif yang digunakan sebagai pendekatan penyelesaian masalah.
Cara-cara Meningkatkan
Memperkenalkan masalah secara terbuka.
Melatih pelajar menyelesaikan masalah dengan cekap.
Membimbing pelajar menggunakan pemikiran kritis untuk menganalisis dan mentafsir data.
Menggalakkan pemikiran kreatif bagi menghasilkan hipotesis dan penyelesaian pelbagai.
Menggunakan metakognisi dan refleksi untuk menilai pilihan penyelesaian.
Guru perlu menggunakan penyoalan berkesan untuk merangsang pemikiran reflektif.