Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Cara-cara Meningkatkan Kemahiran Membaca - Coggle Diagram
Cara-cara Meningkatkan Kemahiran Membaca
Teknik Pembacaan Cepat
Definisi
Teknik untuk meningkatkan kadar kelajuan membaca oleh seseorang
Proses mengenal pasti dan menyerap frasa atau ayat dengan pantas
Tidak berfokus kepada setiap perkataan dalam ayat atau teks yang dibaca
Penting bagi orang yang perlu membaca sejumlah besar teks setiap hari (editor, pelajar, pembaca tegar)
Membantu mengurangkan masa yang dihabiskan untuk membaca dan memahami teks
Meningkatkan kefahaman terhadap teks dan menumpukan perhatian pada apa yang dibaca
Kepentingan Panduan Pembacaan Cepat
Membantu pembaca membaca lebih banyak daripada yang boleh dibaca secara normal
Memperkukuh kehidupan dan kerjaya seseorang individu
Meningkatkan keupayaan seseorang individu untuk melibatkan diri secara sosial (banyak perkara atau berita yang dapat dibincangkan/ memberi pandangan yang berbagai-bagai)
Membantu dari aspek tumpuan dan meningkatkan daya ingatan serta menyemai keyakinan dan menambah ilmu pengetahuan.
Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah, menggalakkan inovasi dan membantu membangunkan kualiti kepimpinan seseorang.
Panduan Pembacaan Cepat
Mengelakkan gangguan seperti bunyi bising dan pastikan suasana yang terang bagi mewujudkan persekitaran yang membolehkan tumpuan diberikan
Baca satu demi satu perenggan dan jangan mengulangikannya lagi (Melatih diri untuk melakukan ini berulang kali supaya menjadi kebiasaan untuk membaca sekali memastikan kefahaman dikekalkan)
Tutup perkataan yang telah dibaca lagi membantu mengelakkan mata beralih kepada perkataan sebelumnya dan menyebabkan bacaan menjadi perlahan
Mengetahui apa yang diinginkan daripada teks yang dibaca (mendorong pembaca untuk memberi perhatian kepada perkataan, ayat, atau frasa yang berkaitan)
Skimming (Luncuran)
Definisi
Teknik membaca yang menggunakan gerakan mata atau visual dengan cepat untuk mencari kata kunci dalam teks yang dibaca.
Dianggap sebagai satu kaedah membaca tanpa memerhatikan setiap perkataan dengan teliti tetapi untuk tujuan mendapatkan gambaran keseluruhan, memahami idea utama atau tema bahan bacaan berkenaan.
Teknik membaca yang berfokus terhadap pengenalan, tajuk utama, dan rumusan (Kemahiran Membaca Teknik Skimming Dan Scanning, 2020).
Contoh bahan bacaan: Surat khabar, nota peperikasaan, dan artikel di Internet.
Anda mungkin tidak tahu...
Teknik luncuran membolehkan pembaca membaca sehingga maksima 700-800 patah perkataan seminit berbanding kelajuan membaca biasa, iaitu kira-kira 200-230 patah perkataan semiit (Guerrero, 2015).
Dengan itu, kelajuan membaca tiga hingga empat kali lebih cepat berbanding teknik biasa.
Tujuan Teknik Skimming
Mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh.
Membuat pandangan umum mengenai dokumen atau bahan dengan segera.
Dengan menggunakan teknik luncuran dalam waktu yang singkat, pembaca dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk membuat pilihan dan menelusuri banyak bahan bacaan.
Teknik Skimming sesuai untuk digunakan semasa mengulang kaji dengan menggunakan nota bertulis.
Panduan Membaca Cepat Melalui Teknik Skimming (Luncuran)
Buat cara utama bahan bacaan melalui teajuk dan sub-tajuk
Tidak perlu membaca setiap perkataan
Lihat ilustrasi atau infografik untuk mudah memahami kandungan
Baca ringkasan bab atau abstrak (jika ada)
Baca perenggan akhir yang biasanya mengandungi kesimpulan
Setelah selesai membaca cepat, berhenti seketika untuk memahmi isi kandungan
Teknik Scanning (Imbasan)
Definisi
Teknik membaca yang menggunakan gerakan mata atau visual dengan cepat untuk mencari kata kunci dalam teks yang dibaca
Kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dan mendalam daripada teknik skimming.
Teknik membaca yang berfokus terhadap pendahuluan, rumusan teks secara mendalam, kandungan bab dengan pantas sambil mencatatkan kata kunci dan konsep yang dinyatakan dalam bentuk rajah dan grafik yang sedia ada (Kong, 2018).
Ia menggunakan 'kaedah sepintas lalu' untuk membaca keseluruhan muka surat dengan cepat.
Anda mungkin tidak tahu...
Teknik luncuran membolehkan pembaca membaca sehingga 1500 atau lebih patah perkataan seminit (Arundel, 2019).
Tujuan Teknik Skimming
Mendapatkan maklumat khusus seperti nama, tarikh, statistik, senarai nombor atau fakta tertentu tanpa membaca keseluruhan teks.
Melalui teknik ini, pelajar dapat menjimatkan masa disebabkan mengetahui istilah-istilah yang baharu dan mereka dapat mencari pengertian perkataan tersebut dengan menggunakan kamus atau glosari.
Teknik Scanning sesuai untuk digunakan pada jadual waktu, indeks, dan laporan.
Panduan Membaca Cepat Melalui Teknik Skimming (Luncuran)
Tentukan kata kunci sebelum membuat keputusan
Baca maklumat yang berhampiran dengan kata kunci
Lihat perkataan yang dicetak tebal, condong, atau berbeza daripada tulisan yang lain
Fahami struktur kandungan bacaan
Teliti ilustrasi, jadual, atau gambar yang berkaitan dengan maklumat
Lihat dengan sekilas pandang dan cepat
Teknik Skipping (Melompat)
Definisi
Skipping ialah satu teknik membaca pantas dengan cara melangkau atau mengabaikan bahagian yang dirasakan sudah difahami atau tidak diperlukan (Aditya, 2023).
Secara ringkasnya, jika kandungan yang dibaca tidak lagi relevan atau tidak memenuhi keperluan pembaca, maka ia boleh terus dilangkau dan pembaca boleh beralih kepada bahagian atau tulisan seterusnya.
Teknik membaca yang berfokus terhadap bahagian teks yang relevan atau belum difahami.
Teknik skipping ini boleh digunakan untuk semua jenis bahan bacaan seperti buku, akhbar, cerpen, dan lain-lain bentuk bacaan.
Tujuan Teknik Skipping
Meningkatkan keterampilan membaca.
Menjimatkan masa dengan melangkaui bahagian yang tidak berkaitan dengan maklumat yang ingin dicari.
Mengurangkan pembaziran masa pada teks yang berulang atau tidak berkaitan dengan apa-apa yang penting.
Panduan Membaca Cepat Melalui Teknik Skipping (Baca-Lompat)
Guna daftar isi atu indeks
Fokus kepada keta kunci dan isi utama perenggan
Guna jari, pen, atau penunjuk untuk menbimbing pergerakan mata dan elak daripada membaca semula
Baca dalam kumpulan perkataan (chunking) - fokus kepada 2-3 perkataan sekali
Teknik Pembacaan Perlahan
Pengenalan
Pembacaan Perlahan (Slow Reading) digunakan dengan berfikiran kritis semasa berhadapan dengan maklumat yang ingin dibaca.
Pembacaan perlahan merupakan teknik membaca dengan kadar kelajuan yang rendah. Idea membaca dengan perlahan bukan sekadar memperlahankan bacaan tetapi tentang mengawal kadar kelajuan bacaan.
Kebanyakan pembaca melakukan pembacaan perlahan untuk mendapatkan maklumat dengan tepat dan sesuai.
Sebagai amalan untuk mencapai keseimbangan, bacaan perlahan bukan hanya melibatkan bahan kompleks yang dibaca perlahan-lahan untuk mendapatkan kefahaman tetapi juga melibatkan bacaan bahan ringan pada kadar yang santai untuk keseronokan.
Kepentingan Pembacaan Perlahan
Menganalisis dan Meneroka
Pembaca boleh menganalisis dan meneroka bahan bacaan dengan lebih mendalam untuk mendapatkan kefahman seperti istilah, sintaks, dan olehan isi kandungan
Menilai dan Bersikap kritis
Pembaca boleh membuat penilaian dengan lebih terperinci tentang sesuatu kandungan atau maklumaty yang dibaca
Memahami arahan
Pembaca bola meneliti dan memahami kehendak sesuatu arahan yang diberikan seperti dalam latihan atau soalan peperiksaan
Mengingat
Membantu pembaca mengingati fakta atau maklumat yang dibaca dengan lebih berkesan
Mengurangkan kesilapan dan penafsiran yang salah
Mengurangkan risiko memproses maklumat dan memahmi konteks dengan tidak tepat
Memudahkan proses pembelajaran dan aplikasi pengetahuan
Jenis Pendekatan
Pendekatan Analitikal
Pendekatan analitikal digunakan apanila pembaca ingin memahami terminologi, arahan, atau mengingat apa yang telah dibaca.
Pembacaan analitikal menjadikan seseorang pembaca yang aktif.
Semasa membaca, pembaca akan membentuk soalan dan mencari jawapan seperti 'Mengapa terjadi begitu?' atau "Adakah dengan bukti yang ada, sesuatu kesimpulan boleh dibuat?"
Pendekatan Kritikal
Pendekatan kritikal digunakan apabila pembaca ingin menilai bahan bacaan yang dibaca dan menilai niat penulis bahan bacaan tersebut.
Pembacaan kritis melibatkan penilaian terhadap hujah yang dikemukakan oleh penulis serta untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu konsep.
Pembacaan kritis memberikan jawapan kepada beberapa soalan seperti "Adakah hujah-hujah itu logik?" atau "Adakah kenyataan itu disokong oleh bukti yang mencukupi?"
Teknik SQ3R
Definisi
Satu formula kaedah membaca kritis (perlahan) yang diperkenalkan oleh Robinson (1961) merupakan satu kaedah membaca yang membentuk para pelajar agar mempersoalkan kesesuaian maklumat dalam sesebuah buku dengan kehendak tugasan mereka.
Ringkasnya, SQ3R ialah pendekatan yang aktif dan sistematik untuk membaca bahan akademik atau bahan bacaan penting yang lain (membantu mengaitkan maklumat baharu dengan maklumat yang telah diketahui)
Apa maksud SQ3R?
Kaedah SQ3R berdasarkan lima langkah utana dalam pembelajaran yang berkesan iaitu meninjau (Survey), menyoal (Question), membaca (Read), menyebut (Recite), dan menyemak (Review).
Kepentingan Teknik SQ3R
Robinson (1970) telah membuktikan teknik membaca SQ3R memberi kelebihan kepada pembaca daripada pelbagai aspek termasuklah mendapatkan idea utama dengan lebih berkesan, memahami maklumat dalam teks dengan lebih mantap, dapat menyimpan maklumat lebih lama dalam mental, dan dapat menggunakan kembali maklumat yang disimpan dalam mental.
Kaedah SQ3R
Survey (Tinjau)
Baca tajuk besar, tajuk kecil serta rumusan bab
Dapatkan gambaran keseluruhan bab atau topik secara kasar
Question (Soal)
Bina soalan minda dengan perkataan apa, mengapa, bagaimana, di mana, siapa, bila, dan sebagainya
Read (baca)
Mulakan bacaan dan fahamkan penerangan, kumpulkan fakta serta hadamkan keseluruhan tajuk yang dibaca.
Gunakan isi-isi penting bagi menjawab yang kita bina sebelumnya
Recite (Ulang lafaz)
Tutup buku dan cuba sebutkan semula perkara yang dibaca
Buka dan semak
Ulangi lagi sehingga tepat, sedikit demi sedikit
Review (Ulang kaji)
Catat fakta dan isi penting yang dibaca
Guna kata kunci, nota ringkas, peta minda, peta konsep, carta alirm kad istilah dan sebagainya
Teknik KWLH
Definsi
Satu pembacaan intensif yang melibatkan pemerolehan maklumat terperinci dengan penumpuan yang tinggi.
KWLH adalah pendekkan atau akronim perkataan Bahasa Inggeris iaitu Know, Want, Learned dan How.
KWLH berfungsi menjana pemikiran yang aktif dan kritis ketika membaca.
KWLH juga berfungsi sebagai satu teknik membaca yang kritis kerana murid dapat meninjau apa yang mereka sudah ketahui, apa yang sudah mereka pelajari selepas membaca dan bagaimana maklumat tambahan yang ingin murid ketahui dapat mereka pelajari.
Kaedah KWLH
K-KNOW
Apa yang sudah diketahui (sebelum membaca)
Catat pengetahuan sedia tentang tajuk atau topik bahan bacaan
W-WANT
Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)
Catat apa yang ingin diketahui tentang tajuk atau topik bahan bacaan
L-LEARNED
Apa yang telah diketahui (Selepas membaca)
Catat isi penting daripada topik atau topik yang dibaca
H-HOW
Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan (untuk bacaan seterusnya)
Catat bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan selepas membaca teks
Tujuan Teknik KWLH
Teknik KWLH bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang bertepatan dengan kehendak pembaca disamping mengali maklumat lain yang berkaitan.
Membaca secara kritis
Mengaitkan pengalaman sedia ada dengan apa yang dibaca.
Meningkatkan minat membaca tentang perkara yang hendak diketahui.
Mengenal pasti perkara yang telah dipelajari & perkara tambahan yang perlu diketahui.
Meningkatkan pemahaman tentang sesuatu bahan yang dibaca.