Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
DEFINISI KESANTUNAN BERBAHASA - Coggle Diagram
DEFINISI KESANTUNAN BERBAHASA
DEFINISI UMUM
Kesantunan berbahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan menghormati perasaan serta kedudukan orang lain dalam sesebuah komunikasi.
KAMUS DEWAN
Kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan.
LAKOFF (1975)
Kesantunan merupakan perlakukan yang dapat mengelakkan salah faham ketika berkomunikasi. Kesantunan ini dapat membantu dalam proses interaksi agar berjalan dengan lancar tanpa masalah.
AWANG SARIYAN (2007)
Kesantunan didefinisikan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, menunjukkan keperibadian yang mulia dan menunjukkan rasa hormat kepada pihak yang menjadi teman berbicara.
ASMAH HAJI OMAR (2006)
Kesantunan ialah penggunaan bahasa harian yang tidak menimbulkan kegurasan, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.
LEECH (1975)
Kesantunan diintreprestasikan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesebuah integrasi.
ZAITON AZMA ZAINON HAMZAH (2012)
Kesantunan diertikan sebagai penggunaan bahasa yang halus dan santun yang dapat melambangkan nilai sosial dan budaya sesebuah masyarakat.
J. FERGUSON DAN DAS GUPTA
Kesantunan ialah kontaks perbualan yang digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan interaksi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.
HAMKA (2002)
Kesantunan seseorang bergantungkepada wajah dan pakaian yang dimiliki oleh seseorang melainkan adab dan ketinggian ilmu pengetahuan seseorang.
BROWN DAN LEVINSON (1987:62)
Kesantunan didefinisikan sebagai usaha untuk mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) kepada pendengar.
GRICE (1975)
Kesantunan merujuk kepada komunikasi secara santun dan hendaklah memperlihatkan prinsip kerjasama dan prinsip kesantunan.
THOMAS (1995)
Kesantunan ialah kesedaran tentang jarak sosial. Perkara ini bermaksud bahawa penutur perlu sentiasa mengamalkan sikap sopan ketika berhubung dengan orang lain kerana sentiasa ada hadnya dengan mengambil kira jarak sosial.