Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pengaruh keluarga, rakan sebaya dalam perkembangan sosial kanak-kanak -…
Pengaruh keluarga, rakan sebaya dalam perkembangan sosial kanak-kanak
7.1 Hubungan Kanak-kanak dengan Ibu bapa serta kesannya
JENIS HUBUNGAN ANTARA KANAK-KANAK DAN IBU BAPA
Hubungan Positif / Rapat
ciri-ciri kasih sayang, sokongan emosi, komunikasi terbuka, displin secara positif
kesannya, kanak-kanak lebih yakin diri dan berani. Selain itu, kanak-kanak juga mempunyai kemahiran sosial yang baik dan lebih mudah mengawal emosi
Hubungan Negatif / Bermasalah
ciri-ciri pengabaian, kekerasan fizikal/emosi, kurang komunikasi atau terlalu mengongkong
kesannya, kanak-kanak akan mempunyai masalah tingkah laku yang agresif. Selain itu, sukar mengawal emosi atau mudah marah dan kanak-kanak akan kurang keyakinan diri
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HUBUNGAN IBU BAPA DAN KANAK-KANAK
Gaya keibu bapaan ( autokratif, demoktratif, permisif)
Keadaaan ekonomi dan sosial keluarga
Tahan pendidikan ibu bapa
Tekanan hidup atau masalah keluarga
Kualiti masalah yang diluangkan bersama anak
CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN HUBUNGAN POSITIF
Luangkan masa berkualiti bersama anak
Tunjukkan kasih sayang yang konsisten
Libatkan anak dalam membuta keputusan yang kecil
Jadi pendengar yang baik kepada lauhan dan cerita anak
7.2 Stail Penjagaan Ibu Bapa ( Parenting Styles)
Autoriaitf
Ciri-ciri :- tegas tetapi penuh kasih sayang, menetapkan peraturan yang jelas dan memberi ruang untuk anak bersuara
Kesannya, anak lebih berdikari, yakin dan berdisplin. Selain itu, prestasi akademik dan sosial akan lebih baik dan mampu menangani tekanan dengan lebih matang
autoritarian
ciri-ciri :- mengawal anak secara mutlak, tiada ruang untuk perbincangan dan disiplin yang keras, juga mempunyai hukuman yang tidak munasabah
Kesannya, anak lebih cenderung menjadi patuh tetapi takut bukan menghormati. Selain itu, anak-anak akan kurang keyakinan diri atau jadi pemberontak dalam diam. Akhir sekali, anak-anak akan kurang kemahiran sosial dan komunikasi
permisif
Ciri-ciri :- sangat penyayang tetapi tidak menetapkan batas, anak diberi kebebasan penuh walaupun tidak bersesuaian dengan usia dan anak juga tidak berani mengatakan " tidak "
Kesannya, anak-anak akan kurang rasa tanggungjawab dan tidak hormat pada peraturan yang diberi. Selain itu, anak-anak juga sukar menerima kegagalan atau teguran. Akhir sekali, anak-anak akan cepat terasa dan mudah murung apabila berhadapan dengan realiti
pengabaian
ciri-ciri :- kurang penglibatan dalam kehidupan anak, tidak peduli tentang emosi, pendidikan atau keselamatan anak dan anak dibiarkan membesartanpa sokongan
Kesannya, kanak-kanak akan mendapat risiko yang tinggi dalam masalah tingkah laku, kemurungan dan kegagalan akademik. Selain itu, kanak-kanak mjugha akan mendapat masalah identiti apabila sudah dewasa dan kanak-mkanak akan mudah mempengaruhi dan gagal mengawal emosi
7.3 Hubungan Kanak-kanak dengan Adik-beradik serta Kedudukan Kelahiran dalam Keluarga
HUBUNGAN ADIK BERADIK
Ciri-ciri hubungan adik-beradik
konflik & persaingan :- boleh berlaku persilisihan yang membantu mereka belajar menyelesaikan masalah
peniruan :- adik sering meniru abang / kakak yang boleh mempercepat pembelajaran ( positif atau negatif)
Saling menyokong :- kanak-kanak boleh belajar empati, perkongsian dan kerjasama
KEDUDUKAN KELAHIRAN DALAM KELUARGA
A) anak sulung lebih cenderung kepada tanggungjawab dan juga matang. Selain itu, mereka akan menjadi ' penolong ' kepada ibu bapa dan mereka juga mungkin akan mengalami tekanan untuk menjadi contoh kepada adik-beradik.l
B) anak tengah boleh menjadi pendamai atau penyesuai kepada keluarga, mungkin juga mereka akan merasa diabaikan seperti Middle child syndrome dan mereka akan lebih bebas, berdikari dan kurang terikat dengan jangkaan ibu bapa
C) anak bungsu sering dimanjakan atau mendapat perhatian lebih dan boleh menjadi lebih berani untuk mengambil risiko atau berjiwa bebas tetapi kadang-kadang mereka kurang berdikari kerana banyak dibantu oleh keluarga
D) anak tunggal akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada ibu bapa tetapi mereka akan cenderung matang lebih awal dan mungkin kurang kemahiran sosial kerana tiada adik-beradik untuk berinteraksi dan berkomunikasi
JARAK KELAHIRAN DAN JANTINA
B) Jarak sederhana ( 2-4 tahun )
kanak-kanak yang lebih tua biasanya lebih matang dan boleh menerima adik dengan lebih baik
kurang konflik berbanding jarak yang sangat rapat
keseimbangan terbaik anatara ikatan rapat dan pembangunan identiti individu
A) Jarak kelahiran rapat ( kurang 2 tahun )
cabaran
persaingan kuat untuk perhatian ibu bapa
potensi tinggi untuk konflik atau cemburu
kelebihan
ikatan emosi kuat kerana fasa perkembangan hampir sama
lebih mudah bermain bersama kerana minat dan keupayaan hampir setara
C) Jarak jauh ( 5 tahun ke atas )
kurang persaingan tetapi juga kurang keakraban dalam bermain
risiko anak sulung rasa digugat jika sudah lama menjadi anak tunggal
hubungan lebih seperti " mentor - pengikut "
JANTINA DALAM HUBUNGAN ADIK BERADIK
A) Adik-beradik sama jantina
boleh wujud hubungan sangat rapat artau sangat kompetitif
Lebih cenderung untuk berkongsi minat dan aktiviti
B) Adik-beradik berlainan jantina
Dinamik lebih pelbagai, konflik mungkin kurang kerana jantina
Interaksi mungkin berkurang apabila meningkat usia kerana perbezaan minat dan pengaruh rakan sebaya
7.4 Konsep Persahabatan Kepada Knak-kanak
PERANAN GURU & IBU BAPA
Menjadi model kepada tingkah laku mesra dan empati
Membimbing penyelesaian konflik secara positif
Memberi galakan dan ruang untuk bermain bersama
Mewujudkan suasana inklusif supaya semua kanak-kanak berpeluang berkawan
PENGARUH UTAMA RAKAN SEBAYA IALAH:-
Pembentukan identiti diri
Pengaruh tingkah laku
Perkembangan sosial
KEPENTINGAN PERSAHABATAN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK
Membina harga diri dan rasa diterima
Menyediakan asas untuk hubungan sosial jangka panjang
meningkatkan kemahiran komunikasi dan bahasa
Membantu dalam pengurusan emosi dan penyelesaian masalah
CIRI-CIRI PEMULIHAN & PENERIMAAN RAKAN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK
Umur dan tahap perkembangan yang sama
Pengalaman sosial yang positif
Sifat peribadi yang menyenangkan
Kemahiran berkomunikasi yang berkesan
Minat dan aktiviti yang sama
CIRI-CIRI PERSAHABATAN KANAK-KANAK
Berpusat kepada aktiviti : persahabatan sering terjalin melalui aktiviti bermain bersama
Dipengaruhi oleh emosi : persahabatan melibatkan perasaan suka, kecewa dan cemburu
Bersifat sementara: kanak-kanak mungkin menukar rakan rapat dengan kerap
Membantu perkembangan sosial : kanak-kanak belajar bergilir-gilir, berkongsi dan menyelesaikan konflik
FUNGSI SAHABAT DALAM KEHIDUPAN KANAK-KANAK
Model tingkah laku
Perkembangan bahasa dan kognitif
Perkembangan sosial
Membentuk identiti diri
Sokongan emosi
TAHAP PERKEMBANGAN PERSAHABATAN
Usia 4-5 tahun : mula bermain secara koperatif, memilih rakan dan menunjukkan hubungan lebih sosial
Usia 6 tahun ke atas : persahabatan lebih stabil, berdasarkan kepercayaan dan sokongan emosi
Usia 2-3 tahun : bermain secara selari, minat terhadap rakan mula wujud tetapi masih egosentrik