Tentera Turki Uthmaniyah ditentang oleh tali barut British, iaitu Sharif Hussein, gabenor Mekah dan Madinah yang mengetuai kelompok nasionalisme Arab. Beliau memainkan sentimen kemuliaan keturunannya daripada keturunan Arab Bani Hashim (keturunan Nabi Muhammad SAW) dan mendakwa layak menjadi penguasa umat Islam. Anaknya, Faisal Sharif telah berjaya menghalau tentera Turki Uthmaniyah dari Semenanjung Tanah Arab. Namun, dengan tipu muslihat British, Sharif Husain tidak mendapat apa-apa seperti dijanjikan oleh British. Akhirnya, British melantik Sharif Husain sebagai penguasa Jordan.