Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
HIJRAH DI TITIK BERSEJARAH - Coggle Diagram
HIJRAH DI TITIK BERSEJARAH
Maksud hijrah
Bahasa
- Berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain
Istilah
- Perpindahan Rasulullah S.A.W. dan umat Islam dari Mekah Ke Madinah / Yasrib. Berlaku pada tahun ke 13 kerasulan.
Faktor berlakunya Hijrah
Isyarat Allah
- Allah perintahkan Rasulullah berhijrah ( Surah Al-Anfal ayat 30 )
2.
Memelihara Aqidah
- Mengorbankan tanah air dan harta demi menyelamatkan aqidah tauhid
Pelawaan penduduk Yasrib ( Madinah )
-Rasulullah telah dipelawa oleh penduduk Yasrib untuk menjadi pemimpin mereka di sana. - Rasulullah mengadakan bai'ah Aqabah 1 & 2 dengan sekumpulan penduduk Yasrib - Baginda menghantar Mus'ab bin Umair untuk berdakwah dan mengajar Al-Quran di sana.
Penentangan musyrikin Quraisy semakin kuat.
- Musyrikin Mekah melakukan pelbagai penentangan dan penyeksaan kepada orang Islam dan Rasulullah. Mereka berpakat untuk membunuh Nabi Muhammad di Darul Nadwah
Peristiwa penting semasa hijrah Rasul
27 Safar - Mekah
- Nabi keluar dengan Abu Bakar tengah malam, Saidina Ali tidur di tempat Nabi untuk kelirukan musyrikin quraisy - Nabi dan Abu Bakar melalui jalan yang jarang dilalui oleh orang ramai ke Madinah - Abdullah, putera Abu Bakar bertugas meninjau dan melaporkan situasi yang berlaku di Mekah. - Asma' Puteri Abu bakar bertugas menyediakan dan menghantar makanan - Aamir bin Fuhairah ( hamba Nabi ) membawa kambing ke pintu gua untuk bekalan susu dan menghilangkan kesan jejak kaki - Musyrikin Quraisy tawarkan 100 ekor unta kepada yang berjaya menangkap Nabi - Musyrikin Quraisy membuatt operasi besar-besaran untuk menjejaki Rasulullah. Mereka telah tiba di gua Thur namun dengan kuasa Allah mereka tidak berjaya menemui Rasulullah.
2.
Gua Thur
- selepas 3 hari dalam gua, mereka menuju ke Madinah bersama dengan penunjuk jalan Abdullah bin Uraiqiz - Suraqah bin Malik berjaya jejak Nabi namun kuda yang ditungganginya terperosok ke dalam pasir sebanyak 3 kali. Nabi memafkan Suraqah dan meminta Suraqah merahsiakan pertemuan mereka dan menjanjikan mahkota Kisra untuknya
8 Rabiul Awwal - Quba'
- Nabi Muhammad sampai di Quba' dan tinggal beberapa hari di sana. Nabi membina masjid Quba'
4.
12 Rabiul Awwal - Yasrib ( Madinah )
- Nabi disambut gembira oleh penduduk Madinah - Nabi berhenti dan menetap di rumah Abu Ayyub Al-Ansari
Kesan Peristiwa Hijrah
Agama
- Ajaran Islam semakin tersebar kerana dakwah dapat dijalankan secara terbuka
Sosial
- Masyrakat Madinah hidup lebih baik dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak
Politik
- Tertegaknya agama Islam yang pertama di bawah pimpinan Nabi Muhammad
4.
Ekonomi
- Ekonomi semakin kukuh melalui sistem ekonomi Islam yang dilaksanakan
Pengajaran
Bijak merancang dan menyusun strategi
sebelum melakukan sesuatu tindakan
Sabar dan tabah
menghadapi halangan dan cabaran
Sentiasa bertawakal dan memohon pertolongan
serta mematuhi perintah Allah
Mengutamakan dan memelihara
kesucian aqidah
dan
keselamatan nyawa