Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bincangkan peranan Rashid Rida sebagai tokoh gerakan pembaharuan di Mesir.…
Bincangkan peranan Rashid Rida sebagai tokoh gerakan pembaharuan di Mesir.
Pendahuluan
Nama sebenar Rashid Rida ialah Muhammad Rashid bin Ali Rida bin Muhammad Shams al-Din bin Muhammad Baha al-Din bin Munla Ali Khalifah (1865-1935). Dilahirkan di kampung Qalamun berhampiran Tripoli, Syria pada 23 September 1865.
pendidikan awal di kuttab Qalamun dan melanjutkan pengajian di Madrasah al-Rasyidiyyah dengan mempelajari ilmu hisab, nahu, saraf, akidah dan sebagainya
bekerjasama dengan Muhammad Abduh. Gabungan ini menyemarakkan lagi gerakan Islah
Menghasilkan karya Islah
penulis prolifik dan berpengaruh dengan reformasi (islah) Islam, Pan-Arabisme, Pan-Islamisme dan nasionalisme Arab.
Karya-karyanya merangkumi bidang ilmu yang membincangkan pelbagai tema dan persoalan bersifat menyeluruh seperti agama, politik, masyarakat, ekonomi, bahasa, sastera dan sejarah.
penulisan karya Rashid Rida adalah refleksi daripada pemikiran islah dan tajdid yang sebati dalam dirinya. Karya beliau diakui menjadi wahana dakwah kepada umat Islam sepanjang zaman
Beliau banyak menghuraikan idea-idea dan gagasan lslah Syeikh Muhammad Abduh dalam majalah al-Manar.
karya
al-Hikomah as-Syar 'iyah fi Muhakamat a-Dadiryan
wa al-Rija iyah
kekeliruan dilakukan pengamal tasawuf, tentang sikap non
muslim, isu dakwah dan sebagainya.
al-Azhar dan al-Manar.
sejarah penubuhan Universiti al-Azhar.
perkembangan dan misinya serta bantahan ulama al-Azhar yang menentang pendapat-pendapatnya.
Tarikh al-Ustadz al-Imam
riwayat hidup Muhammad Abduh dan perkembangan
masyarakat Mesir pada masanya.
Nida 'li al-Jins al-Lathif
berkaitan tentang hak dan kewajipan wanita.
gerakan islah dalam
agama
Kecenderungan taklid dan jumud menimbulkan sikap saling menyalahkan yang akhirnya membawa kezaliman para pemerintah, perpecahan dan permusuhan umat Islam perlu memahami ajaran Islam yang akan membawa kepada penyatuan sebagaimana berlaku pada zaman Nabi Muhammad saw
Unsur bidaah merugi dan menghalang kemajuan umat Islam. Rashid Rida menentang keras ajaran syeikh-syeikh tarekat yang menolak kepentingan hidup duniawi. Begitu juga puji-pujian dan ketaatan berlebihan pengikut kepada mereka
Dalam bidang muamalah, hanya dasar-dasar utama yang dinyatakan seperti keadilan, persamaan, pemerintahan syura dan lain-lain. Perincian dan pelaksanaan dari dasar-dasar ini diserahkan kepada umat Islam menentukannya. Hukum-hukum feqah berkaitan hidup bermasyarakat, sungguhpun berdasarkan kepada al-Quran dan hadis tidak boleh dianggap mutlak dan tidak boleh berubah. Hukum-hakam ini timbul sesuai dengan situasi tempat dan zaman
Rashid Rida menganjurkan toleransi bermazhab
Faktor kemunduran umat Islam adalah sikap taklid dan jumud sedangkan salah satu faktor kemajuan masyarakat Barat ialah unsur dinamisme. Justeru, sikap taklid dan jumud perlu dihapuskan dan digantikan dengan konsep dinamisme dan progresif. Kemajuan dan perubahan hidup perlu ditentukan oleh umat Islam sendiri. Dinamisme dan progresif terkandung dalam pengertian jihad. Semangat jihad inilah yang menyebabkan umat Islam di zaman klasik dapat menguasai dunia
Rashid Rida menghargai peranan akal dalam hal-hal hidup bermasyarakat tetapi tidak terhadap ibadah. Konsep ijtihad berkaitan akal akan memacu diri untuk berfikir tentang agama dan umatnya
gerakan Islah dlm Politik
menganjurkan kesatuan umat melalui penubuhan negara
Islam dalam bentuk kekhilafahan.
eliau ingin menghidupkan kembali sistem khilafah di zaman moden kerana bentuk pemerintahan seperti
ini akan membawa kepada kesatuan umat Islam
Harapannya hancur apabila Mustafa Kamal Attaturk berkuasa di lstanbul dan kemudian menghapuskan sistem pemerintahan khilafah serta menjadikan Turki sebuah negara republik
menganjurkan muktamar di Kaherah, Mesir nada tahun 1926 bagi menghidupkan kembali sistem pemerintahan khalifah. Muktamar ini dibadiri wakil-wakil dari negara-negara Islam. Namun muktamar ini berakhir dengan kegagalan kerana tiada kesepakatan yang dicapai antara perwakilan
Gerakan Islah dlm pendidikan dan Keilmuan
Rashid Rida berpendapat ketamadun Barat didasari kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi. Dalam hal ini, beliau mendokong program Muhammad Abduh mereformasi pendidikan dengan memasukkat ilmu-ilmu umum (dunia) ke dalam institusi pendidikan milik unmat Islam di Mesir Ini kerana ilmu dunia termasuk teknologi Barat tidak bertentangan dengan Islam. Bahkan, beliau berpendapat wajib umat Islam mempelajari ilmu dunia dan teknologi moden asalkan dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan
Barat maju kerana mereka mahu mengambil ilmu yang dikembangkan oleh umat Islam khususnya zaman Khalifah Umayyah dan Khalifah Abbasiyah. Justeru, mengambil ilmu pengetahuan Barat bererti mengambil kembali ilmu yang pernah dimiliki umat Islam
Rashid Rida mengintergrasikan pendidikan agama dan pendidikan moden dengan menubuhkan "Madrasah al-Dakwah Wal Irsyad' pada tahun 1912 di Kaherah, Mesir. Penubuhan madrasah bertujuan menyaingi dan mengimbangi sekolah missionari Kristian kerana ramai umat Islam menghantar anak ke sekolah missionari kerana menawarkan ilmu dunia dan teknologi moden. Rashid Rida bercadang menghantar pelajar lulusandari madrasah ke mana-mana negara Islam yang memerlukan. Namun madrasah ini terpaksa dihentikan kerana situasi gawat berikutan Perang Dunia Pertama.