Penyertaan Sukan Oleh Masyarakat Berbilang Kaum
Walaupon komuniti malaysia mempunyai agama dan bangsa yang berbeza, perpaduan masih boleh dipupuk dalam pelbagai cara. Salah satu cara yang efektif ialah melalui penyertaan sukan oleh masyarakat yang berbilang bangsa dan agama.
Penyertaan sukan antara kaum di Malaysia memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan, keharmonian, dan persefahaman antara pelbagai bangsa yang mendiami negara ini. Malaysia, sebagai sebuah negara berbilang kaum yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, dan lain-lain etnik seperti Iban, Kadazan, dan Orang Asli, memerlukan platform yang boleh menyatupadukan rakyat – dan sukan adalah antara medium paling berkesan untuk tujuan ini.