Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Implementasi Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP): Manfaat dan Cabaran…
Implementasi Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP): Manfaat
dan Cabaran kepada Pelajar dan Guru
Ciri-ciri PBP (Pembelajaran Berasaskan Projek): :
Melibatkan aktiviti "hands-on" yang memberi penekanan kepada konsep “learning by doing” (Dewey, 1938).
Bersifat aktif, berpusatkan pelajar, melibatkan kerja berkumpulan, dan menyelesaikan masalah dunia sebenar.
Menggalakkan penggunaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan guru bertindak sebagai pembimbing.
Proses PBP merangkumi fasa seperti mereka bentuk, penyelesaian masalah, membuat keputusan, dan penyiasatan, diakhiri dengan penilaian produk dan perbincangan rakan sebaya.
Cabaran dalam Pelaksanaan PBP kepada pelajar
Sikap Pelajar: Ada pelajar berkemahiran tinggi cenderung mendominasi projek, menyebabkan kurangnya kerjasama kumpulan (Aldabbus, 2018).
Peranan Pelajar: Pelajar kadangkala melihat PBP sebagai bebanan, mengutamakan penyelesaian cepat berbanding pembelajaran proses (Wright, 2018).
Ketiadaan Teknologi: Kelemahan akses teknologi menyukarkan pelajar untuk melaksanakan PBP dengan efektif (Aldabbus, 2018).
Cabaran dalam Pelaksanaan PBP kepada guru
Pengalaman Terhad: Kurangnya pengalaman dalam PBP menyulitkan guru menyediakan bahan dan mengemukakan soalan bermakna
Efikasi Diri Rendah: Guru bimbang tentang pengurusan kelas dan kawalan pelajar semasa PBP, terutamanya dalam kelas besar
Interaksi Sosial: Sukar untuk memastikan semua pelajar terlibat secara aktif dan mencapai sokongan daripada ibu bapa
Masalah Penilaian: Guru menghadapi kesukaran dalam menyediakan rubrik penilaian dan memberikan maklum balas yang konsisten
Kurikulum Tidak Serasi: Kurikulum yang tidak direka khusus untuk PBP menyebabkan guru tertekan untuk menghabiskan sukatan pelajaran dalam masa terhad
PBP sebagai strategi berpusatkan pelajar
Menggunakan pembelajaran kolaboratif, aktif, berasaskan pengalaman, dan berasaskan masalah.
Melibatkan kerjasama, komunikasi, dan sokongan dalam kalangan pelajar.
Meningkatkan motivasi, kefahaman, dan pencapaian pelajar.
Manfaat kepada pelajar:
Peningkatan motivasi: Pelajar lebih bersemangat dan bermotivasi.
Pencapaian akademik yang lebih baik: Penglibatan aktif membantu pelajar memahami dan mengaplikasikan pembelajaran.
Penerimaan pembelajaran yang tinggi: Pelajar lebih terlibat dan menyokong rakan sepasukan.
Meningkatkan tanggungjawab diri: Pelajar belajar bertanggungjawab terhadap peranan mereka.
Penilaian kendiri dan keyakinan: Pelajar mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri serta meningkat keyakinan.
Kemahiran insaniah: PBP membina kemahiran seperti kajian, pemikiran kritis, pembelajaran autonomi, dan sosial.
Manfaat kepada Guru:
Peranan sebagai Pembimbing: Guru bertindak bukan lagi sebagai sumber utama pengetahuan, tetapi sebagai pembimbing dan penasihat, memberi ruang kepada pelajar untuk meneroka dan menyelesaikan masalah secara mandiri (Sadrina et al., 2018; Aldabbus, 2018).
Sistem Kepercayaan Guru: Guru percaya PBP mampu memperkukuhkan pengetahuan pelajar melalui pembelajaran secara praktikal, mengaplikasi pengetahuan, dan mengenal pasti potensi pelajar (Cintang et al., 2017).
Peningkatan Kreativiti Guru: Guru menjadi lebih kreatif dalam merancang aktiviti dan mengurus masa secara berkesan (Yustina et al., 2020).
Pengukuhan Kemahiran Guru: Guru dapat melihat peningkatan dalam kemahiran pelajar seperti kerjasama, interaksi sosial, dan penyelesaian masalah, yang menyumbang kepada pembelajaran kritis pelajar (Haatainen & Aksela, 2021).
Efikasi Diri: PBP membantu guru membina keyakinan dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang sahih dan memberi maklum balas yang berterusan (Ilyas & Saeed, 2021).