Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pedagogi Kontemporari - Coggle Diagram
Pedagogi Kontemporari
Kaedah dan Teknik Pedagogi Kontemporari
Pembelajaran Teradun
Gabungan pembelajaran bersemuka dan secara dalam talian untuk pengalaman pembelajaran yang fleksibel.
Contohnya, pelajar belajar teori melalui modul dalam talian dan mempraktikkan kemahiran tersebut dalam kelas.
Pembelajaran Hibrid
Kaedah yang menggabungkan elemen pembelajaran fizikal dan maya secara serentak.
Pelajar menghadiri kelas fizikal dan secara maya dalam masa yang sama, memastikan fleksibiliti untuk pelajar yang tidak dapat hadir secara fizikal.
Pembelajaran Terbalik
Pelajar mengakses kandungan pembelajaran terlebih dahulu (contohnya melalui video) dan menggunakan masa kelas untuk aktiviti lanjutan seperti perbincangan.
Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran yang mengaitkan topik dengan situasi kehidupan sebenar, menjadikannya lebih relevan kepada pelajar.
Membantu pelajar memahami bagaimana sesuatu konsep berkaitan dengan kehidupan harian mereka, contohnya, belajar matematik melalui situasi sebenar seperti belanjawan rumah tangga.
Pembelajaran Berasaskan Masalah
Pelajar mempelajari konsep melalui penyelesaian masalah yang realistik dan mencabar.
Pelajar diberi masalah kompleks yang tiada jawapan tunggal. Mereka perlu bekerjasama untuk mencari penyelesaian, mengasah kemahiran analisis dan kerja berpasukan.
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pelajar membangunkan pengetahuan melalui penghasilan projek yang lengkap.
Pelajar melaksanakan projek jangka panjang seperti mereka bentuk aplikasi atau menulis laporan penyelidikan.
Aktiviti ini membina kemahiran penyelesaian masalah dan kreativiti.
Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
Pendekatan pembelajaran yang menekankan soalan terbuka dan eksplorasi untuk mencari jawapan.
Pelajar digalakkan untuk bertanya soalan, menjalankan penyelidikan dan menemui jawapan sendiri untuk membangunkan kemahiran eksplorasi dan pemikiran kritikal.
Pembelajaran Terbeza
Kaedah pengajaran yang disesuaikan dengan keperluan individu setiap pelajar.
Guru menyesuaikan kandungan, kaedah pengajaran, dan tugasan mengikut keupayaan, minat dan gaya pembelajaran pelajar.
Isu dan Cabaran Pedagogi Kontemporari
Kekangan teknologi, seperti akses kepada internet dan peranti.
Tidak semua pelajar mempunyai akses kepada peranti atau internet yang stabil, menyukarkan pembelajaran secara digital.
Kebolehsuaian guru dan pelajar terhadap pendekatan baru.
Guru memerlukan latihan untuk mengaplikasikan pendekatan kontemporari, manakala pelajar perlu membiasakan diri dengan kaedah baru.
Pengurusan masa dalam menyeimbangkan teknik tradisional dan kontemporari.
Guru perlu mengimbangi masa antara kaedah tradisional dan kontemporari untuk memastikan hasil pembelajaran tercapai.
Kesukaran memastikan penglibatan aktif pelajar dalam kaedah moden.
Cabaran untuk memastikan semua pelajar kekal bermotivasi dan aktif, terutamanya dalam persekitaran maya.
Pedekatan PdP Kontemporari
Heutagogy
Pendekatan pembelajaran kendiri di mana pelajar bertanggungjawab penuh terhadap pembelajaran mereka.
Pendekatan pembelajaran kendiri yang memberi kebebasan sepenuhnya kepada pelajar untuk memilih cara, masa dan kandungan pembelajaran mereka.
Guru berfungsi sebagai fasilitator dan pembelajaran ini membantu pelajar menjadi lebih berdikari dan kreatif.
Peeragogy
Pembelajaran yang melibatkan kerjasama antara rakan sebaya untuk saling berkongsi ilmu dan pengalaman.
Pendekatan ini menggalakkan kemahiran komunikasi, kepimpinan dan pemikiran kritikal.
Cybergogy
Pendekatan pembelajaran yang menggunakan teknologi dan platform digital untuk menyokong pembelajaran.
Pendekatan yang memanfaatkan teknologi moden, seperti e-pembelajaran, permainan pendidikan dan realiti maya untuk mencipta pengalaman pembelajaran interaktif dan menarik.