Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KOMPONEN PEDAGOGI KONTEMPORARI - Coggle Diagram
KOMPONEN PEDAGOGI KONTEMPORARI
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Heutagogy
Pendekatan pembelajaran yang memberi fokus kepada pelajar sebagai pembimbing utama dalam proses pembelajaran mereka.
Kendiri (Self-Determined Learning): Pelajar mempunyai autonomi penuh dalam pembelajaran.
Penyelesaian Masalah: Pelajar mengembangkan pemikiran kritis melalui kajian sendiri.
Fleksibiliti: Tidak terhad kepada kurikulum tetap; pembelajaran berpusatkan minat dan keperluan individu.
Peeragogy
Pendekatan pembelajaran bersama-sama, di mana rakan sebaya bertindak sebagai sumber utama dalam proses pembelajaran.
Interaksi Sosial: Pelajar belajar melalui kerjasama dan perkongsian pengetahuan.
Peranan Guru yang Berubah: Guru menjadi fasilitator atau pemudah cara.
Pembelajaran Inklusif: Semua pelajar menyumbang berdasarkan kemahiran dan perspektif unik mereka.
Cybergogy
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memanfaatkan teknologi digital untuk menyediakan pengalaman pembelajaran maya.
Teknologi sebagai Alat Utama: Gunakan peralatan digital seperti platform LMS, permainan pendidikan, dan realiti maya.
Penglibatan Pelajar: Aktiviti interaktif dan multimedia meningkatkan motivasi pelajar.
Pembelajaran Personalised: Penggunaan analitik pembelajaran untuk memenuhi keperluan individu.
KAEDAH DAN TEKNIK PEDAGOGI KONTEMPORARI
Pembelajaran Teradun
Gabungan pembelajaran bersemuka dengan pembelajaran dalam talian untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai.
Pelajar belajar konsep matematik asas melalui kelas fizikal dan menyelesaikan kuiz menggunakan aplikasi Kahoot.
Pembelajaran Hibrid
Pendekatan di mana sebahagian pelajar hadir secara fizikal di bilik darjah, manakala yang lain belajar secara maya pada masa yang sama.
Contoh: Guru mengajar topik sejarah secara langsung di kelas dengan kamera untuk pelajar yang mengikuti dari rumah.
Pembelajaran Terbalik
Pendekatan di mana pelajar mempelajari bahan pembelajaran secara kendiri sebelum kelas, dan masa di kelas digunakan untuk aktiviti interaktif atau diskusi mendalam.
Guru memberikan video tentang proses fotosintesis untuk ditonton di rumah, dan semasa kelas, pelajar membincangkan bagaimana fotosintesis membantu tumbuhan hidup.
Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran yang menghubungkan konsep akademik dengan situasi dunia nyata untuk menjadikan pelajaran lebih relevan.
Contoh: Pelajar mempelajari prinsip keapungan dengan mencipta perahu kecil menggunakan bahan kitar semula.
Pembelajaran Berasaskan Masalah
Pendekatan di mana pelajar menyelesaikan masalah sebenar untuk memahami konsep dan mengembangkan kemahiran kritis.
Contoh: Pelajar mencari solusi untuk mengurangkan sisa makanan di kantin sekolah menggunakan data yang mereka kumpulkan.
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pendekatan di mana pelajar menjalankan projek praktikal untuk memahami topik dan membangunkan kemahiran penyelesaian masalah.
Contoh: Pelajar mencipta taman mini di sekolah untuk memahami konsep ekosistem dan pemuliharaan alam sekitar.
Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
Pendekatan yang melibatkan pelajar menjawab soalan, menyelesaikan masalah, atau menyiasat sesuatu secara aktif melalui penemuan kendiri.
Contoh: Pelajar menyiasat bagaimana perubahan suhu mempengaruhi tumbesaran tumbuhan melalui eksperimen.
Pembelajaran Terbeza
Pendekatan yang menyesuaikan kandungan, proses, dan hasil pembelajaran mengikut keperluan dan tahap pelajar.
Contoh: Dalam satu kelas, pelajar dengan tahap membaca berbeza diberikan teks mengikut kesukaran yang sesuai dan tugasan berbeza untuk memahami cerita.
ISU DAN CABARAN PEDAGOGI KONTEMPORRAI DALAM PdP
KETIDAKSEIMBANGAN AKSES TEKNOLOGI
Isu: Tidak semua pelajar mempunyai akses kepada peranti digital, internet, atau platform pembelajaran dalam talian
Jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar.
Kos teknologi yang tinggi.
KEBOLEHAN DAN KEMAHIRAN GURU
Kekurangan latihan profesional berterusan.
Penolakan terhadap perubahan kerana kebiasaan dengan pedagogi tradisional.
Isu: Guru mungkin kurang mahir dalam menggunakan teknologi atau pendekatan baharu seperti pembelajaran terbalik, pembelajaran berasaskan projek, dan lain-lain.
TAHAP KEMAHIRAN PELAJAR
Pelajar bergantung sepenuhnya kepada guru.
Kesukaran mengadaptasi kaedah pembelajaran kendiri.
Isu: Tidak semua pelajar mempunyai kemahiran kendiri, pemikiran kritis, atau kolaborasi yang diperlukan dalam pendekatan seperti heutagogy atau pembelajaran berasaskan inkuiri.
CABARAN PENGURUSAN MASA
Isu: Pendekatan seperti pembelajaran berasaskan projek memerlukan masa yang lebih panjang untuk perancangan dan pelaksanaan.
Menyeimbangkan antara pelaksanaan pedagogi kontemporari dengan keperluan menepati tarikh akhir peperiksaan.
PENILAIAN DAN PENGUKURAN PRESTASI
Isu: Pendekatan ini memerlukan kaedah penilaian alternatif yang sukar dibandingkan dengan ujian tradisional.
Mengukur hasil pembelajaran yang berbentuk kreatif atau tidak linear.
Membangunkan rubrik penilaian yang sesuai.
SOKONGAN ORGANISASI DAN POLISI
Isu: Kekurangan sokongan daripada pentadbir sekolah atau polisi yang ketinggalan zaman menghalang inovasi pedagogi.
Keperluan untuk dasar pendidikan yang lebih fleksibel.
Kekangan kewangan untuk melaksanakan program baru.