Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Komponen Pedagogi Kontemporari, . - Coggle Diagram
Komponen Pedagogi Kontemporari
Pengenalan
Kontemporari bermaksud "pada masa yang sama, semasa atau sesama atau pada masa kini" (Kamus Dewan Edisi Keempat). Maka pedagogi kontemporari bermakna pedagogi yang digunakan pada masa kini atau semasa. Perkataan kontemporari membuka minda para pendidik dan membangunkan pandangan baharu tentang pedagogi di mana kontemporari menekankan ciri-ciri masa kini dan kepunyaan masa kini. Ini bermakna pedagogi kontemporari akan sentiasa berkembang dan bersesuaian dengan keadaan semasa
Pendekatan PdP Kontemporari
Heutagogy
Heutagogi merupakan kajian tentang pembelajaran terarah kendiri. Tambahan pula, heutagogi melihat pembelajaran sebagai satu proses yang aktif dan proaktif yang mengambil pendekatan menyeluruh untuk membangunkan kemahiran pelajar. Pelajar mempunyai peranan penting dalam pembelajaran mereka hasil daripada pengalaman peribadi. Tambahan pula, heutagogi adalah sejenis pembelajaran yang ditentukan sendiri berdasarkan aktiviti dan prinsip ilmu anagogi.
Peeragogy
Pembelajaran Peeragogy ialah satu amalan pendidikan di mana pelajar berinteraksi dengan pelajar lain untuk mencapai matlamat pendidikan.
Peeragogi, juga dikenali sebagai paragogi) iaitu satu set aktiviti pembelajaran rakan sebaya yang paling berkesan) Ia merupakan kaedah pembelajaran dan pengajaran bersama dengan rakan sebaya yang bertujuan untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang membantu dan menyokong proses pembelajaran terarah kendiri dan seterusnya menangani pelbagai masalah dalam proses pembelajaran.
Cybergogy
Penggunaan teknologi pendidikan telah menghasilkan satu konsep pengajaran dan pembelajaran baharuyang dikenali sebagai Cybergogy. Salah satu elemen penting cybergogi ialah niat untuk menggabungkan konsep pedagogi dan andragogi)untuk mencipta teknik pembelajaran baharu. Orang dewasa dan kanak-kanak sama-sama boleh mendapat manfaat daripada cybergogy kerana ia menggalakkan dan menyokong pembelajaran bebasdan kolaboratif berpusatkan pelajar dalam persekitaran maya.
Kaedah dan Teknik
Pembelajaran Teradun
pembelajaran berlaku di tempat yang sama. - menggabungkan online dan face-to-face. - dinilai sebagai strategi instruksional kerana dilaksanakan melalui gabungan online dan face-to-face.
Pembelajaran Hibrid
pendekatan pendidikan di mana sesetengah individu mengambil bahagian secara bersemuka fizikal dan sebahagian lagi mengambil bahagian dalam talian.
Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran kontekstual adalah suatu kaedah pembelajaran yang menghubungkaitkan isi kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian pelajar agar pelajar dapat menghayati hubung jalinan sesuatu tajuk pembelajaran dengan kehidupan mereka (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Pembelajaran kontekstual menggalakkan pelajar menghubungkaitkan ilmu pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan seharian. Misalnya, pelajar dikatakan telah mengalami pembelajaran kontekstual jika mereka dapat menghubungkaitkan pengalaman belanja di kedai runcit dengan konsep tambah dan tolak yang dipelajari dalam bilik darjah.
Pembelajaran Terbalik
Terbalik (Flipped Learning/Flipped Classroom)
Flipped Classroom merupakan model pendekatan pengajaran yang mengalihkan masa pembelajaran di dalam kelas kepada proses belajar melalui bahan pembelajaran yang lain di luar kelas seperti melalui video, modul, dan bahan bercetak yang lain. Maka waktu kelas digunakan sepenuhnya untuk aktiviti kolaboratif dan pengukuhan kepada pelajar secara kumpulan dan individu.
Pembelajaran Berasakan Masalah
Pembelajaran berasaskan masalah ialah pedagogi berpusatkan pelajar di mana pelajar mempelajari sesuatu subjek melalui pengalaman menyelesaikan masalah terbuka yang disediakan oleh guru.
Hmelo - Silver (2019) menekankan lima matlamat pembelajaran berasakan masalah. Ini termasuklah membantu murid mengembangkan :-
pengetahuan fleksibel
Kemahiran menyelesaikan masalah yang berkesan
Kemahiran pembelajaran terarah kendiri
Kemahiran bekerjasama yang berkesan
Motivasi Intrinsik
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran berasaskan projek ialah pedagogi berpusatkan pelajar yang melibatkan pendekatan di bilik darjah yang dinamik di mana dipercayai pelajar memperoleh pengetahuan yang lebih mendalam melalui penerokaan aktif terhadap cabaran dan masalah dunia sebenar. PBL atau pembelajaran berasaskan projek ialah kaedah pembelajaran di mana pelajar mengenal pasti masalah dunia sebenar dan membangunkan penyelesaiannya. Pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran dengan bekerja untuk tempoh masa yang lebih lama untuk menyiasat dan mendapat jawapan untuk soalan, masalah atau cabaran yang menarik atau lebih kompleks dan akhirnya dapat menghasilkan sesuatu produk.
Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
Pembelajaran berasaskan inkuiri ialah satu bentuk pembelajaran aktif yang bermula dengan mengemukakan soalan, masalah atau senario. Ia berbeza dengan pendidikan tradisional, yang secara amnya bergantung kepada guru menyampaikan fakta dan pengetahuan. Pembelajaran berasaskan inkuiri selalunya dibantu oleh fasilitator dan guru. Pelajar akan mengenal pasti dan menyelidik isu yang telah dikemukakan, menanyakan soalan dan seterusnya mencari jawapan untuk penyelesaian.
Pembelajaran Terbeza
Pembelajaran terbeza melibatkan pengajaran dan penilaian yang terbeza. Dalam bidang pendidikan secara ringkasnya, pembelajaran terbeza ialah rangka kerja atau falsafah untuk pengajaran berkesan yang melibatkan proses penyediaan semua pelajar dalam bilik darjah dengan pelbagai kaedah pengajaran dan penilaian yang berbeza untuk memahami maklumat baharu dari segi memperoleh kandungan, memproses, membina, atau memahami idea. Guru pula bertanggungjawab untuk menyediakan bahan pengajaran yang sesuai dan juga langkah-langkah penilaian yang relevan supaya semua pelajar boleh belajar dengan berkesan tanpa mengabaikan perbezaan dan keupayaan mereka.
Isu dan Cabaran
Integrasi Teknologi
Pembelajaran berpusatkan pelajar
Perbezaan Pembelajaran
Kemahiran abad ke-21
Ketidakseimbangan akses kepada pendidikan
Penilaian berasaskan kompetensi
.