Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KOMPONEN PEDAGOGI KONTEMPORARI - Coggle Diagram
KOMPONEN PEDAGOGI KONTEMPORARI
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Kontemporari :
Cybergogi
Menggabungkan teknologi digital dan siber dengan pendekatan pedagogi untuk mencipta pengalaman pembelajaran dalam talian yang berkesan. Ia dicipta untuk menyokong pembelajaran dalam persekitaran maya, di mana interaksi antara pelajar dan pengajar berlaku secara digital.
Ciri-Ciri Utama Cybergogi
Persekitaran Digital yang Kaya
Pembelajaran Fleksibel dan Terbuka
Penggunaan Gamifikasi
Peergogy
Pembelajaran kolaboratif di mana individu dalam kumpulan belajar bersama dan saling berkongsi pengetahuan serta kemahiran tanpa bergantung sepenuhnya kepada pengajar formal
Ciri-Ciri Utama Peergogi
Pembelajaran Kolaboratif
Pembelajaran Kontekstual
Dinamik dan Fleksibel
Heutogogi
Pendekatan pembelajaran yang berpusat kepada pelajar.
Prinsip Utama Heutagogi
Pelajar bertanggungjawab menentukan apa, bagaimana, dan bila mereka belajar, termasuk mengenal pasti keperluan dan hasil pembelajaran sendiri.
Proses pembelajaran tidak perlu terstruktur atau mengikut urutan tertentu. Pelajar boleh kembali dan meneroka topik mengikut keperluan mereka.
Pengalaman dunia nyata dan konteks pembelajaran menjadi komponen penting, membolehkan pelajar menerapkan dan memperhalusi pengetahuan mereka secara praktikal.
Kedah dan Teknik Pedagogi
Pembelajaran Teradun
Satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan kaedah pembelajaran bersemuka dengan aktiviti bermedia komputer
Pembelajaran Terbalik (Flipped Learning)
Murid belajar di rumah terlebih dahulu dengan bahan-bahan atas talian yang dibekalkan guru
Di sekolah, aktiviti interaksi berlaku, seperti perbincangan, sumbang saran dan soal jawab.
Pembelajaran Berasaskan Inkuiri (Inquiry Based Learning)
Murid mengemukakan soalan, penyataan masalah atau hipotesis untuk dijadikan sebagai topik kajian
Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem Based Learning )
Satu kaedah pembelajaran yang menggunakan masalah sebenar yang relevan serta bermakna sebagai fokus dalam proses pembelajaran
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) (Project Based Learning)
PBP (PBL) ialah satu kaedah pengajaran sistematik yang melibatkan murid-murid dalam pembelajaran pengetahuan dan kemahiran melalui proses inkuiri yang kompleks bagi menyelesaikan persoalan duniasebenar yang akhirnya akan menghasilkan suatu output pembelajaran
Pembelajaran Terbeza (Differentiated Learning)
Murid belajar secara optimum mengikut aras atau situasi mereka.
Isu dan cabaran pedagogi kontemporari dalam pengajaran dan pembelajaran
Teknologi dalam Pendidikan
Tidak semua pelajar atau sekolah mempunyai akses kepada teknologi moden seperti komputer, tablet, atau internet berkelajuan tinggi (jurang digital).
Ketergantungan kepada teknologi boleh mengakibatkan pelajar kurang terdedah kepada kemahiran sosial secara langsung.
Kepelbagaian Budaya dan Bahasa
Di bilik darjah yang pelajarnya datang dari latar belakang budaya dan bahasa berbeza, pengajaran yang seragam boleh mengabaikan sensitiviti budaya atau kebolehan bahasa individu.
Mengatasi halangan bahasa melalui pembelajaran dwi-bahasa atau alat sokongan digital.
Kesihatan Mental dan Emosi Pelajar
Tekanan akademik, cabaran sosial, dan penggunaan teknologi secara berlebihan boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan mental pelajar.
Pelajar mungkin menghadapi kesukaran untuk berkongsi masalah emosi atau mental mereka.