Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Peranan Guru dan Murid Berdasarkan Kluster Pedagogi - Coggle Diagram
Peranan Guru dan Murid Berdasarkan Kluster Pedagogi
Pedagogi Antik
Peranan Guru:
Pengajaran sehala tanpa maklum balas.
Menggunakan alat tradisional: papan hitam, buku teks dan nota bertulis.
Sumber pengetahuan tunggal dalam bilik darjah.
Penekanan pada hafalan fakta dan pengetahuan asas.
Penyampai ilmu secara mutlak.
Peranan Murid:
Pembelajaran berasaskan hafalan untuk peperiksaan.
Tiada penglibatan dalam aplikasi ilmu dalam konteks sebenar.
Penerima maklumat secara pasif, tanpa ruang untuk bertanya atau berdiskusi.
Mematuhi arahan guru tanpa cabaran.
Pedagogi Klasik
Peranan Guru:
Fasilitator yang menggalakkan soalan dan perbincangan.
Pengajaran melibatkan bahan seperti nota, lembaran kerja dan alat bantu mengajar.
Pengarah pembelajaran dengan pendekatan sistematik dan terancang.
Menggalakkan pemikiran kritis dan analitis melalui soalan dan perbincangan.
Peranan Murid:
Berbincang dengan guru dan rakan untuk meningkatkan kefahaman.
Melibatkan diri dalam aktiviti kolaboratif, terikat dengan arahan guru.
Terlibat secara aktif dengan mengambil nota, menjawab soalan dan menyelesaikan latihan.
Fokus pada aplikasi ilmu dalam tugasan seperti analisis dan penyelesaian masalah.
Pedagogi Temporari
Peranan Guru:
Menggunakan teknologi digital: aplikasi pembelajaran, papan pintar dan alat dalam talian.
Menggalakkan pembelajaran berasaskan projek dan penyelesaian masalah dunia sebenar.
Fasilitator dan pemudah cara, memberi kebebasan kepada murid untuk meneroka pembelajaran.
Menyediakan persekitaran pembelajaran kolaboratif, kreatif dan inovatif.
Peranan Murid:
Kolaborator yang bekerja dalam kumpulan untuk menghasilkan projek atau menyelesaikan masalah.
Meneroka maklumat melalui pelbagai sumber: teknologi digital, buku rujukan dan internet.
Peserta aktif dalam pembelajaran eksploratif dan kendiri.
Mengembangkan kemahiran abad ke-21: komunikasi, kreativiti, pemikiran kritis dan kecekapan teknologi.