Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Teori Etika - Coggle Diagram
Teori Etika
- asas kepada prinsip moral atau garis panduan yang meliputi beberapa nilai
- memberikan sebab atau norma untuk menimbangkan kesahihan sesuatu norma
- terdiri daripada Teori Teologikal dan Teori Deontologikal
Teori Teologikal:
- tindakan atau perbuatan yang membawa kebaikan adalah bermoral manakala yang mendatangkan keburukan adalah tidak bermoral
- mementingkan hasil akibat sesuatu tindakan
Teori Utilitarianisme:
- tindakan yang bertujuan untuk memaksimumkan kebahagiaan atau keseronokan kepada majoriti.
- kebahagiaan yang dimaksudkan ialah keseronokan, iaitu sesuatu yang bukan bersifat moral.
Utilitarianisme Tindakan:
- melakukan tindakan yang akan membawa kebaikan maksima untuk setiap orang yang dipengaruhi oleh tindakan itu.
- Peraturan tidak diperlukan untuk tindakan kerana setiap situasi dan orang adalah berlainan.
Utilitarianisme Peraturan:
- membentuk dan mengikut suatu peraturan atau peraturan-peraturan yang akan membawa kebaikan maksima bagi semua orang terlibat
Teori Egoisme:
- tindakan "betul" jika membawa kebaikan kepada diri
- tindakan “buruk” jika ia membawa keburukan kepada diri sendiri.
Egoisme Etika
-
Egoisme etika personal:
Menentukan apa yang harus dilakukan oleh orang lain. saya patut bertindak untuk kepentingan diri sendiri tetapi saya tidak berhak.
Egoisme universal: Setiap orang patut bertindak demi kepentingan diri kecuali kepentingan orang lain juga memenuhi kepentingannya.
Egoisme Psikologikal:
- manusia sentiasa bertindak demi kepentingan diri kerana dibentuk secara mental untuk berbuat demikian
- terdapat orang yang kerap, tetapi tidak selalu, bertindak demi kepentingan.
Teori Deontologikal:
- perlakuan sama ada baik atau buruk, benar atau salah adalah berdasarkan prinsip moral dan kewajipan moral yang bernilai intrinsik, tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat tindakan tersebut.
Teori Deontologi Peraturan:
- kepiawaian tentang betul atau salah sesuatu tindakan terdiri daripada satu atau lebih peraturan.
- Peraturan itu adalah asas dan tidak berpunca daripada situasi tertentu.
Teori Deontologi Tindakan:
- semua pertimbangan keputusan moral bersifat spesifik, menitikberatkan apa yang telah berlaku atau bertindak dalam situasi tertentu.
Prinsip Kewajipan (Immanuel Kant) :
- Tanggungjawab dianggap sebagai satu nilai utama menentukan sama ada tindakan itu bermoral atau tidak.
- Konsep tekad baik (goodwill) adalah sesuatu yang baik tanpa syarat dalam melakukan susuatu tindakan.
- Prinsip Perintah Mutlak bermaksud satu perintah yang wujud tanpa sebarang pengecualiaan atau syarat-syarat. Ia mengandungi tiga prinsip utama iaitu prinsip tersebut mesti diterima secara umum, dapat menghormati manusia dan pihak yang bertanggungjawab sanggup diperlakukan sedemikian sekiranya dia berada dalam kedudukan teraniaya.
Prinsip Eksistensialisme:
- nilai baik buruk mesti berasaskan pilihan individu secara bebas
- Menurut Sartre (1905-1980) seorang ahli falsafah Perancis berpendapat bahawa peraturan dan prinsip kemoralan adalah terlalu abstrak, subjektif dan berubah-ubah. Beliau juga menyatakan bahawa tidak ada satu set peraturan yang boleh digunakan oleh manusia untuk menentukan tindakan bermoral.
Teori Kemoralan Sosial
Ciri-ciri
mengaitkan peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatahukum, tatasusila atau tatatertib masyarakat.
-
mengutamakan kepentingan dan faedah masyarakat, bukan kepentingan diri seseorang individu.
peraturan masyarakat: tradisi, norma, kebiasaan atau adat, kod etika, nilai dan pantang larang.
-
-
Teori Keperibadian Mulia:
- diperkenalkan oleh Aristotle bahawa “kecenderungan untuk mencapai sesuatu tujuan akan menjadikan seseorang itu manusia yang sempurna”.
- setiap keperibadian itu merupakan suatu ‘jalan tengah’ iaitu tidak berlebihan dan tidak terlalu kurang.
- Tindakan yang berlebihan atau terlalu kurang itu adalah tindakan yang salah, jahat, buruk dan boleh dicela