Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PEDAGOGI KONTEMPORARI - Coggle Diagram
PEDAGOGI KONTEMPORARI
PENDEKATAN PEDAGOGI KONTEMPORARI
HEUTAGOGI
Heutagogi adalah strategi untuk mendidik pelajar dengan
mendorong mereka mempunyai kemahiran mengarahkan diri.
menentukan pilihan secara bebas tentang apa yang akan dipelajari dan bagaimana mempelajarinya.
menawarkan kolaborasi aktif untuk menentukan pembelajaran, termasuk kandungan apa yang sesuai untuk dipelajari, bagaimana mempelajarinya dan bagaimana bentuk penilaian akan digunakan untuk membuktikan bahawa kemahiran terlah berjaya dikuasai
pelajar dan guru bertukar idea mengenai apa yang sesuai untuk pelajar dan bagaimana mengajarnya ataui apa langkah pembelajaran dan sumber pengajaran yang digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah ditentukan
Konsep ini didefinisikan sebagai self directed learning
PEERAGOGI
Peeragogi adalah strategi pendidikan yang membiasakan pelajar untuk dilatih supaya memberi tumpuan kepada pembelajaran berbentuk kerjasama
Merujuk kepada koleksi kaedah pengajaran terbaik iaitu pembelajaran secara berkomuniti atau dipanggil sebagai "peer learning"
Peeragogi menyeimbangkan penggunaan teknologi dan kemahiran sosial pelajar apabila mereka bersama menggunakan alat digital untuk mencapai objektif pembelajaran.
CYBERGOGI
Cybergogi adalah strategi pendidikan yang mendorong pelajar untuk terlibat dalam persekitaran pembelajaran dalam talian
Persekitaran dalam talian terhubung sepenuhnya telah menjadi sebahagian dari kehidupan pelajar. Jadi penggunaan cyber dalam pengajaran mewujudkan persekitaran dan iklim pembelajaran yang lebih luas tanpa dibatasi oleh halangan tradisional: bilik darjah, jadual dan kurikulum.
KAEDAH DAN TEKNIK
Pembelajaran Teradun (Blended Learning)
Bermaksud kaedah pengajaran guru dan pembelajaran murid yang menggabungkan amalan tradisional seperti pembelajaran bersemuka dalam bilik darjah dengan penggunaan teknologi sebagai pengantara seperti komputer dan rangkaian internet.
Guru menggunakan lebih daripada satu kaedah penyampaian dalam bilik darjah.
Kaedah ini disesuaikan dalam pendidikan formal iaitu murid akan belajar dalam bilik darjah dan guru menyampaikan isi pelajaran secara interaksi bersemuka menggunakan papan tulis dan digabungkan dengan penyampaian bahan sikingan menggunakan komputer dan talian internet.
Aplikasi ini sangat memduahkan guru untuk mengumpuldata dan membuat penyesuaian pengajaran dan penilaian terhadap murid dalam pengajarannya.
Guru boleh merancang aktiviti pembelajaran dan menyediakan bahan pembelajaran yang pelbagai dengan mengambil kira kecenderungan dan minat murid serta variasi sumber sedia ada dalam melaksanakan pembelajaran teradun.
Model pembelajaran teradun menghasilkan 5 pola interaksi:
Interaksi murid dengan murid
Interaksi murid dengan guru.
Interaksi murid dengan komuniti
Interaksi murid dengan bahan pembelajaran
Interaksi murid dengan teknologi
Pembelajaran Terbeza (Differenttiated Learning)
Bermaksud murid belajar secara optimum mengikut aras atau situasi murid.
Dalam suatu PdPc, kaedah ini perlu supaya murid dapat mencapai objektif pembelajaran.
Mengambil kira 3 aspek:
Kandungan
Apabila kandungan yang diberikan berbeza mengikut
tahap murid.
Proses
Murid melakukan aktiviti yang sama tetapi
melalui proses yang berbeza.
Hasil
Murid berlainan kemahiran menghasilkan produk yang berlainan
Dengan kaedah ini, semua murid dapat terlibat dan diberi perhatian dalam proses PdPc.
Semua murid mendapat peluang yang sama untuk mencapai tahap optimum dalam pembelajaran.