Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran kontemporari - Coggle Diagram
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran kontemporari
Heutagogy
Maksud: .
dikenali sebagai "pembelajaran kendiri" atau "pembelajaran berdikari." Ia menekankan peranan aktif pelajar bukan sahaja sebagai peserta tetapi juga sebagai pengarah yang mengawal hala tuju, matlamat, dan kaedah pembelajaran mereka sendiri
Konsep
Pembelajaran Kendiri: Pelajar bukan sekadar menerima maklumat, tetapi menjadi pengarah pembelajaran mereka sendiri. Mereka memilih apa yang ingin dipelajari, bagaimana cara untuk mempelajarinya, dan bagaimana untuk menggunakan pengetahuan yang diperoleh.
Pembelajaran Tidak Linear: Heutagogi menggalakkan pelajar untuk memilih jalan dan kandungan pembelajaran mengikut keperluan dan minat mereka. Pembelajaran tidak perlu mengikut urutan tertentu, membolehkan fleksibiliti dalam proses pembelajaran.
Peeragogy
Maksud Peeragogy:
Pendekatan pendidikan utk pelajar belajar bekerjasama & Mencipta bersama-sama
(bukan bahasa Yunani) adalah rakan yang belajar bersama & saling mengajar
Jon Andrews: Ialah Pembelajaran rakan sebaya adalah amalan pendidikan di mana pelajar berinteraksi dengan pelajar lain untuk mencapai matlamat pendidikan
Persekitaran pembelajaran terbukan & cara baharu untuk melihat & berkolaborasi atau belajar
Sering tidak berstruktur dalam praktik & pembelajaran bersifat kolaboratif, bukan hanya koperatif atau penyumbang
Peningkatan akses ke rangkaian dalam talian, memungkinkan pengembangan pembelajaran kolaboratif yang seterusnya membina kemahiran & kecekapan yang diperlukan dalam komuniti pembelajaran
Hak dalam Peeragogy
hak untuk bersuara
hak untuk didengar
hak untuk mendengar
hak untuk brkerjasama dan pencambahan pilihan
hak untuk “bersama-sama memimpin”
Cybergogy
Strategi pendidikan yang mendorong pelajar untuk terlibat dalam persekitaran pembelajaran dalam talian.
Persekitaran dalam talian, terhubung sepenuhnya, kini telah menjadi kehidupan seharian pelajar.
Media komunikasi dan interaksi, suka atau tidak, kini telah beralih dari bentuk fizikal ke bentuk maya.
Keadaan ini mewujudkan peluang baharu dalam proses pendidikan dan pengajaran dan pembelajaran.
Guru dapat mewujudkan persekitaran dan iklim pembelajaran yang lebih luas tanpa dibatasi oleh halangan tradisional: bilik darjah, jadual dan kurikulum.
Proses pendidikan dapat menerokai kehidupan pelajar dengan lebih luas, dan menjadikan iklim penerokaan pengetahuan menarik dan relevan dengan keadaan semasa.
Istilah "
cybergogy
" berasal dari gabungan kata "
cyber
" (siber) dan "
pedagogy
" (pedagogi)
Contoh Cybergogy dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan Platform Pembelajaran Maya:
Guru menggunakan platform seperti Google Classroom, Moodle, atau Microsoft Teams untuk memberikan arahan, berkongsi bahan pembelajaran, memberikan kuiz, dan memantau kemajuan pelajar.
Gamifikasi:
Menggunakan elemen permainan dalam pembelajaran, seperti papan markah, lencana pencapaian, dan anugerah digital untuk menggalakkan persaingan sihat di kalangan pelajar serta meningkatkan motivasi mereka. Contohnya, menggunakan platform seperti Kahoot! atau Quizizz dalam kuiz.
Simulasi dalam Talian:
Pelajar boleh mengakses simulasi dalam talian untuk memahami konsep abstrak. Sebagai contoh, pelajar sains boleh menggunakan simulasi makmal dalam talian untuk menjalankan eksperimen yang sukar atau berbahaya dalam dunia sebenar.
Realiti Maya untuk Pembelajaran Mendalam:
Menggunakan VR untuk pembelajaran sejarah atau geografi, di mana pelajar boleh "melawat" tempat-tempat bersejarah atau lokasi geografi dalam bentuk maya, memberikan pengalaman yang lebih immersif.
Pembelajaran Berasaskan Projek Kolaboratif:
Pelajar bekerja dalam kumpulan secara dalam talian dengan menggunakan alat seperti Google Docs atau Trello untuk menyiapkan projek, menggalakkan kemahiran kolaborasi dan komunikasi.