Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA - Coggle Diagram
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
Sistem Pendidikan Pondok
Merupakan satu pendidikan tidak formal yang dimulakan oleh pedagang Arab dan India yang beragama Islam.
Pendidikan pengajian agama Islam diadakan di surau dan madrasah.
Guru merupakan imam dan haji.
Pelajar merupakan golongan dewasa lelaki dan perempuan.
Pengajaran dan pembelajaran mengenai al-Quran dan tajwid, tafsir al-Quran dan hadis serta fiqah dan tauhid.
Menggunakan buku rujukan dari Mesir dan negara-negara Arab.
Al-Quran
Pelajar akan mengeja dan membaca berulang kali sehingga dapat menghafal surah-surah dengan lancar.
Kitab-kitab
Hadis
Fiqah
Pelajar akan ingat hukum yang berkaitan dengan syariat Islam.
Tauhid
Tasawuf
Kaedah pembelajaran adalah secara hafalan
Waktu pembelajaran adalah selepas Subuh, petang dan malam
Seseorang pelajar dianggap telah tamat pengajian apabila sudah empat atau lima kali khatam.
Sistem Pendidikan Vernakular
Dasar Laissez-Faire
Sekolah Vernakular Melayu
Sekolah hanya dibuka untuk anak-anak bangsawan Melayu sahaja.
Kebanyakan sekolah Melayu ditutup kerana bilangan pelajar yang sedikit dan guru yang tidak mencukupi.
Pihak Inggeris telah menubuhkan dua buah maktab y ang guru-gurunya terdiri daripada kaum wanita.
Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim.
Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka.
Sekolah Vernakular Cina
Sekolah didirikan oleh masyarakat Cina sendiri.
Bagi memastikan pengekalan warisan budaya dan bangsa.
Berorientasikan pemikiran orang Cina kerana buku teks dibawa dari Tanah Besar, China.
Pelajar diajar dengan bahan-bahan klasik, mengira dengan menggunakan sempoa dan menulis tulisan Cina.
Kaedah pembelajaran adalah secara hafalan.
Sekolah Vernakular Tamil
Sekolah didirikan oleh pemilik ladang.
Bilangan pelajar yang rendah kerana kekurangan infrastruktur, buku teks dan tenaga pengajar.
Kesedaran masyarakat India terhadap pendidikan adalah rendah.
Pihak Inggeris tidak mempedulikan soal bantuan dan mutu sekolah ini.
Sekolah Inggeris
Sekolah didirikan oleh pendakwah Kristian.
Sekolah agama atau madrasah
Didirikan oleh masyarakat Melayu.
Pihak Inggeris telah mendirikan beberapa "Free School" serta mengenakan bayaran yuran dan semua bangsa dibenarkan menuntut di sini.
Pihak Inggeris menentukan kaum Melayu, Cina dan India tidak bergaul.
Guru-guru setiap jenis sekolah dibawa dari negara masing-masing.
Laporan Cheeseman
Untuk membina semula dan mengembangkan sistem pendidikan dan tidak menyentuh tentang perpaduan kaum.
Semasa pemerintahan Jepun (1941-1946) sekolah Melayu dan Tamil diteruskan.
Bahasa Jepun dijadikan pelajaran tambahan.
Sekolah vernakular lain dan sekolah Inggeris digantikan dengan sekolah Nippon-Go.
Menekankan lagu-lagu klasik Jepun dan kebudayaan Jepun dalam kurikulum sekolah rendah.
Pihak Jepun membubarkan pendidikan peringkat menengah aliran biasa dan digantikan dengan pelajaran vokasional dan teknik.
Bidang perikanan
Bidang perhubungan
Bidang sains
Bidang samudera
Bidang pertanian
Bidang pembinaan
Tanah Melayu dijajah oleh Inggeris semasa Perang Dunia Kedua sehingga mengakibatkan pandangan penduduk Tanah Melayu berubah.
Kaum Melayu meminta pihak Iggeris memperbaiki keadaan pendidikan di sekolah-sekolah Melayu kerana bagi mereka pendidikan adalah penting untuk mempertingkatkan kedudukan ekonomi dan sosial.
Laporan Barnes
I. J. Barnes telah ditugaskan untuk menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu.
Seluruh sistem pendidikan dirombak semula
1) Matlamat pendidikan ke arah membentuk satu bangsa berasaskan pelbagai kaum.
2) Semua sekolah vernakular dibubarkan dan digantikan dengan sekolah kebangsaan.
3) Sekolah kebangsaan ini hanya menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah.
4) Kanak-kanak berumur 6-12 tahun menerima pendidikan di sekolah kebangsaan dan diberikan pendidikan secara percuma.
5) Setelah tamat pendidikan sekolah rendah, murid-murid akan meneruskan pelajaran ke peringkat menengah dan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
6) Pembinaan sekolah vokasional yang moden.
7) Kurikulum hendaklah menekankan mata pelajaran Sains, Seni dan Sains Rumah Tangga.
8) Pentadbiran dana kewangan sekolah kebangsaan perlu ditanggung oleh Penguasa Pelajaran Setempat dan kerajaan.
9) Penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan.
10) Pembinaan maktab perguruan berasrama untuk pemegang Sijil Persekolahan.
Mendapat tentangan hebat daripada kaum Cina kerana mereka berpendapat bahawa laporan ini merupakan usaha untuk menghapuskan bahasa dan kebudayaan mereka.
Laporan Fenn-Wu
Terbentuk kerana wujudnya tentangan atas kewujudan Laporan Barnes.
1951, Henry Gurney melantik Dr. W.O. Fenn dan Dr. Wu The Yau
1) Orang Cina perlu diberikan peluang untuk membentuk kebudayaan mereka.
2) Galakan diberi kepada orang Cina untuk menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
3) Orang Cina digalakkan oleh kerajaan Inggeris untuk menguasai ketiga-tiga bahasa.
4) Pengajaran bahasa Cina, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu hendaklah diperbaiki.
5) Guru terlatih bagi sekolah Cina tidak mencukupi.
6) Bantuan kewangan untuk sekolah Cina perlu ditambah.
7) Buku teks sekolah Cina terutama dari negara China dan Hong Kong perlu disemak dan dimasukkan unsur-unsur masyarakat tempatan.
8) Dasar Pendidikan Negara hendaklah bermatlamatkan membentuk kewarganegaraan Melayu.
9) Sekolah-sekolah mesti mempersiapkan kanak-kanak untuk menempuh semua aspek kehidupan berdasarkan latar belakang kehidupan masyarakat Melayu.
Ordinan Pelajaran 1952
Kerajaan Inggeris menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji laporan-laporan tersebut kerana cadangan yang dikemukakan adalah tidak sama.
1) Mengadakan dua sistem persekolahan.
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
2) Pelajaran bahasa Cina dan Tamil perlu disediakan sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar yang ingin belajar bahasa ibunda mereka.
3) Pelajaran bahasa Melayu diwajibkan di sekolah Inggeris manakala bahasa Inggeris diwajibkan di sekolah Melayu.
Dibentangkan di Majlis Perundangan Persekutuan dan diluluskan pada September 1951.
Menetapkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan di Tanah Melayu.
Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sebahagian daripada sistem persekolahan kebangsaan.
Bahasa Cina dan bahasa Tamil diajar sebagai bahasa ketiga.
Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan atas masalah kewangan dan jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji semula kaedah cadangan tersebut.
RUJUKAN
Perkembangan Pendidikan di Malaysia Sebelum Merdeka
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan