Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Model Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) - Coggle Diagram
Model Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB)
Konsep KPPB
Merujuk kepada keupayaan pendidik untuk merancang, melaksanakan, dan menilai proses pembelajaran yang membantu pelajar memahami dan menghargai apa yang dipelajari dengan lebih mendalam dan relevan.
Backward Design Merungkai dan Merangkai (Interdisiplinari) The Big Idea dan Essential Questions
Proses perancangan pembelajaran yang menggunakan pendekatan lintas disiplin dengan fokus pada konsep utama (Big Idea) dan soalan penting (Essential Questions) untuk membantu pelajar menghubungkan pelbagai mata pelajaran dalam konteks pembelajaran bermakna. Pendekatan ini tidak hanya membina kefahaman mendalam tetapi juga mendorong pelajar mengaitkan pengetahuan dari berbagai bidang untuk membentuk pandangan yang lebih luas dan kritis.
Essential Question
Big Idea
Model Kompetensi Global 6C
Kewarganegaraan (Citizenship)
Kompetensi ini merangkumi kesedaran terhadap tanggungjawab sosial dan penglibatan aktif dalam masyarakat.
Komunikasi (Communication)
Kebolehan untuk menyampaikan idea, pendapat, dan maklumat secara efektif dalam pelbagai konteks dan kepada pelbagai audiens.
Karakter (Character)
Pembentukan karakter bertujuan menghasilkan pelajar yang berintegriti, beretika, bertanggungjawab, dan mempunyai empati terhadap orang lain.
Pemikiran Kritis (Critical Thinking)
Kemampuan untuk menganalisis, menilai, dan memahami maklumat secara mendalam serta membuat keputusan berdasarkan logik dan bukti yang sahih.
Kolaborasi (Collaboration)
Kemampuan untuk bekerja sama dengan orang lain bagi mencapai matlamat bersama, termasuk kerja berpasukan, menghargai pendapat orang lain, dan menyelesaikan konflik.
Kreativiti (Creativity)
Kebolehan untuk berfikir di luar kotak, menghasilkan idea baru, dan melihat cabaran sebagai peluang untuk inovasi.
Reka Bentuk Pembelajaran
Persekitaran Pembelajaran
Pemanfaatan Digital
Rakan Pembelajaran
Kapasiti Pedagogi
Model Pembelajaran Murid
Perhubungan
Kesepunyaan
Merangkai
Aspirasi
Jangkaan
Memahami jangkaan pelajar dapat meningkatkan motivasi dan mempengaruhi pencapaian akademik murid
Keperluan minat
Minat dalam pembelajaran mempunyai hubungan yang signifikan dan positif dengan pencapaian hasil pembelajaran
Belajar cara belajar
(Maklumbalas) mempengaruhi proses pembelajaran dan pencapaian murid.
(Agensi) Murid gemar diberikan autonomi dalam pembelajaran kerana mereka dapat berdikari, meneroka idea sendiri, belajar daripada kesilapan dan berfikiran kritikal bagi memilih cara dan alat yang sesuai dengan pembelajaran
(Metakognitif) membantu murid melaksanakan tugasan dengan lebih berkesan. Dalam melaksanakan dalam sesuatu tugasan atau pembelajaran murid perlu sedar apa yang telah mereka ketahui dan apa yang tidak diketahui.
Model 3R (Rigour, Relevence, Relationship)
Relevan (Relevance)
Relevan bermaksud memastikan pembelajaran berkaitan dengan dunia sebenar, pengalaman pelajar, dan keperluan masa depan mereka. Ini membantu pelajar memahami bagaimana pengetahuan yang dipelajari dapat diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.
Hubungan (Relationship)
Hubungan dalam pembelajaran menekankan pentingnya membina hubungan positif antara guru dan pelajar, serta antara pelajar dengan rakan sebaya mereka. Persekitaran pembelajaran yang didasari hubungan baik membuat pelajar merasa selesa, dihargai, dan bersemangat untuk belajar
Ketelitian (Rigour)
Ketelitian dalam pembelajaran bermaksud menuntut pelajar untuk mempelajari sesuatu secara mendalam, mencabar pemikiran mereka, dan membina kemampuan analitik yang kuat
Model 3E (Engagement, Enhancement< Extension)
Enhancement (Peningkatan)
Pada tahap ini, pelajar didorong untuk memperdalam pemahaman mereka terhadap konsep Big Idea dengan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran yang lebih mendalam dan menyeluruh. Mereka diberikan sumber atau alat tambahan yang membolehkan mereka memperkaya pengetahuan mereka dari perspektif berbagai disiplin
Extension (Pengembangan)
Tahap ini membantu pelajar mengaplikasikan pengetahuan yang mereka peroleh dalam konteks dunia nyata, dengan memperluas pemahaman mereka melampaui kelas. Mereka dilibatkan dalam aktiviti yang menuntut mereka menggunakan pengetahuan yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah nyata atau membuat keputusan yang relevan dengan kehidupan mereka.
Engagement (Penglibatan)
bertujuan menarik minat dan memotivasi pelajar dengan memperkenalkan konsep utama (Big Idea) secara kreatif. Aktiviti pada tahap ini dirancang untuk membangkitkan rasa ingin tahu pelajar serta mengajak mereka untuk terlibat dalam proses pembelajaran.